Thursday, November 17, 2011

Malaysia Theme Park yang wajib pergi


Semua orang suka fun fun fun macam Rebecca Black cakap so I nak gak fun fun fun pergi theme park. So I terbacalah news feed dekat MSN pasal "A thrilling time at Malaysia’s theme parks". Here is the link.

And the list go on. Ada 7 theme park je pun.

1) The Lost World of Tambun

Benda alah ni ada kat Sunway City, Perak. Dia kiranya dalam Ipoh jugaklah. Dulu waktu first first dia bukak, I dengan kawan kawan I pernah tipu kiterowang ni darjah 6 padahal dah form 3 semata-mata nak dapat harga tiket murah. Nasib baik lepas. Tapi sekarang ni nak buat penipuan kita ni darjah 6 memang tak lepas dah lah kan. Sekarang ni tiket dah mahal, tak silap nak dekat RM30. Ehh ke lebih. Entahlah. Tapi dah kahwin ni nak ajak Apek pergi lah sebab nak gak merasa masuk taman haiwan yang tak kena kurung dalam kandang tu.

2) Genting Theme Park


Oh my, yang ni tengok gambar je hati dah melonjak lonjak nak pergi okay. Dulu waktu kecik-kecik aktiviti wajib tiap tiap hujung tahun mesti pergi Genting tapi sekarang dah besar, ayah dengan ibu pun macam dah tak heran dah nak bawak kiterowang pi jalan-jalan. Kesian adik paling kecil. Haaa tu lah untung tau jadi anak sulung, mak bapak still muda dan rajin nak pergi jalan-jalan. Tak sabar nak bawa adik kecil pergi Genting. Sebenarnya diri sendiri yang tak sabar nak pergi Genting ni ha, dah lama tak pergi weyh. Rindu!!


3) Berjaya Time Square Theme Park

Ok yang ni terang lagi nyata bersuluh lah kan dia ada kat dalam Times Square. Hoyeahh, dah pergi jugak. Paling tak boleh blah bila naik DNA Shack tak silap nama dia. Memang sumpah kau pening macam kau kena tumbuk kat kepala berkali-kali. Ehh ke pening macam orang pregnant 2-3 bulan. Sumpah pening weyh. Macam eee gila pasni pergi sini sumpah tobat tak nak naik dah minatang tu. Ada ke orang tu elok elok satu round je dia perginya pusing sampai 2-3 round. Memang DNA Shack habis ah dia buat kiterowang ni. Apa apa pun yang paling fun dia punya mainan yang hayun ke atas tu yang buat kita terbalik tu. Aihh tak reti ahh nak sebut.


4) Desa Water Park

Best ke Desa Water Park ni? Tak pernah pergi and no komen. And sorry to say tak ada langsung feel nak pergi. Takut kena macam Bukit Merah Laketown. Tak fun langsung. Rugi minyak je pergi. Orang kalau Theme Park kena ada FUN FUN FUN tu. Get it?


5) Bukit Merah Laketown Resort


Baru cakap apsal dia, dia dah keluar. Ok definitely reject. Dah bertobat tak nak jejak kaki kat sini dah. It is so gonna be my second time and the very last one. Yang first time tu rasa fun sebab masa tu kecik lagi darjah darjah kan, baru bukak pulak tu. Cat semua cantik lagi. Sekarang ni cat dah luntur, memang tak fun ah.

6) A’Famosa Water Theme Park
Yang ini memang fun fun fun. Tak tahulah dulu je fun sekarang ni tak fun kan. Dah lama dah tak pergi. Last time pergi pun time baru je lagi dia bukak. Memang famili I dulu pantang ada benda baru semua nak serbu. Tapi dulu dapat masuk yang main dalam air je. I teringin sangat nak tengok show malam malam tu makanya harus dan wajib pergi lagi. Dan lagi satu benda wajib ialah sliding dia yang super tinggi tu. Walla! Nampaknya kena beli swimming suit muslimah lah macam ni

7) Sunway Lagoon Theme Park
Lamanya tak pergi sunway lagoon. RINDU!!!! Rasanya tempat ke-2 yang I suka sangat pergi lepas Genting semestinya SUNWAY LAGOON! Oh mai, wajib wajib wajib dan wajib pergi ni tahun depan. Dah lama sangat dah tak jejak kaki kat sini. Sumpah rindu weyh.

Memandangkan dah ada husband ni senanglah nak pergi mana-mana kan. Tak adalah ibu ayah I risau semua. Yeah, semua tempat yang MSN suggest semua I dah pergi. Yeah exclude Meru Desa Park yang which I tak ada keinginan pun nak pergi. Best ke tempat tu?

5 comments:

fezal mohd said...

Gambang theme park kt pahang best gak pasty kt sg petani Ada gak tk pernay jejak lagi . = fezal mohd

maksu said...

ainee yang kat Times Square tu nama dia DNA Mixer. betull pening nak mampus naik benda tu.kalau tak ramai orang, lagi lah staff dia biarkan lelama. make sure kalau nak naik DNA Mixer tu naik last skali kalau tak, kompem pening tanak naik benda lain dah.

maksu said...

btw, nanti ainee g la Melaka Worderland and gambang resort tu.. heee nanti boleh buat review :)

Ainee Cumi said...

FEZAL: ohh gambang theme park best ke fezal? Ok ok akan ku pegri weyh nanti. Apalah MSN ni tempat best dia tak cadangkan pulak. Carok sungguh. Btw apahal ko banyak sangat typo ni?

Ainee Cumi said...

MAKSU: Ohh DNA Mixer eh. Ahahahah! Tak tau nama dia apa dah. Lupa. Hihihihi! Tu lah teruk betul pekerja dia. Eeee aini takkan naik dah kot kalau pergi lagi sekali pun. Melaka Wodnerland dengan Gambang Resort eh? Ok! Checked. Nanti kalau aini pergi aini gebang kat sini. Dah lah entri kahwin pun tak buat buat lagi. teruk betul. HIhihihi!

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...