Wednesday, November 9, 2011

Bestnya kahwin

Ramai orang tanya "Best tak kahwin?'.

Oh man, soalan apakah itu? Sumpah tak reti nak jawab. Mestilah best

1) Dah halal
2) Selalu nak pelok je
3) Selalu nak kiss kiss kiss je
4) Kalau sakit sakit badan sakit kepala sakit sendi ada tangan gagah perkasa boleh urut. Ni kalau tangan sendiri urut alahai lemahnya takde rasa apa benda pun
5) Tidur ada orang pelok. Pelok ketat ketat sangat. Kadang kadang boleh buat 'dia' jadi bantal pelok
6) Ada cikgu mengajar cara cara nak masak sebab saya ni mana lah reti masak tapi sekarang dah reti dah. Semalam 100% masak sendiri ikan masak pedas. #Heartbeat cakap rasa Heaven. Amboihh!
7) Saling mengingatkan solat. Kalau I ada rasa macam malas-malas ubi, dia akan ajak. Kalau dia ada rasa malas-malas batu I akan ajak. Makanya dapatlah solat 5 waktu. ^_^
8) Jimat. Tak payah keluar dating. Jimat minyak. Jimat duit makan kat restoran.
9) Kalau batuk ada orang urutkan dada

Dan banyak banyak banyak lagi. So siapa nak rasa best ke tak kahwin ni, marilah kahwin. Ingat! Kahwin dengan orang yang sayangkan kita, jangan nak main serkap kahwin je macam Kim Kardashian tu. Kalau tak sure orang tu sayang kat kita ke tak cari orang yang telah terdidik agamanya. Mudah!

Ok fine ramai suruh update pasal kahwin. Tak ada gambar bestlah masalahnya. Ok Sabtu ni I update ya bermula dengan nikah. =))

14 comments:

sHieRa cAkAp said...

Alololo.. Cumelnye.. Lagi skali congrates!!! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. And yes please.. update la cpt pasal majlis. tak sabar nk tengok bau pengantin!!!

lysa said...

OMG. bace post ni rase cam nak kawin esok je. ahahahah. Saba saba. 4 bulan lagi. :PP

btw, happy for you. Semoga bahagia hingga akhir hayat ;)

oshinz said...

ngeeeeeeee.... nak kawen jugak.

Huda Luna said...

aaaaaaaa setahun lg aku nk kne tungguu

~SYAZ~ said...

yeehh!
x sabar nak tunggu gambar kawen.. :D

cha said...

lagi 9 hari turn akak. pasni ada bantal peluk yeayy tapi bantal busuk tak boleh buang gak heheh

cikcimi said...

hee. tak sabar tunggu ainee update. :)

Ainee Cumi said...

SHIERA: Sampai ke sudah tak update ehh. Hihihihi! Nanti dapat softcopy baru update eh.. =))

Ainee Cumi said...

IYSA: Bulan depan lah nak kahwin ni?? Bestt ohh. Alhamdulillah awak pun dapat seru nak kawin ni

Ainee Cumi said...

OSHINZ: Lahwinlah. Awak punya idea dah lah banyak best best

Ainee Cumi said...

HUDA: Tunang bulan depan. Hoorayy

Ainee Cumi said...

SYAZ: =)) Dah upload dah

Ainee Cumi said...

K.CHA: Apa perasan dah jadi isteri orang?

Ainee Cumi said...

CIKCIMI: Lembap kan ainee ni update? Malunyaa

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...