Wednesday, November 23, 2011

Alasan nak delete belog

Aku paling paling paling pelik bila ada ayat "Aku nak delete belog ah". Bila tanya kenapa dia akan bagi jawapan

1) Bukan ada orang baca pun
2) Tak ada masa nak update dah
3) Stalker ramai kot

Oklah tiga je lah alasan kat sini. Malas nak banyak banyak.

Ok apa alasan kau nak suruh orang baca? Nak orang tau ohh hari ni ko pergi makan mana, berak kat mana, berak basuh ke tidak ke? Please lah kalau hari hari ko sembang pasal tahi je, muka orang pun dah macam tahi kalau asyik baca pasal diri kau diri kau diri kau. Ok lah kot kalau pasal diri sendiri tapi perlu ke sampai nak suruh orang baca apa ko buat hari hari, ko kahwin dengan siapa semua. Biaq pi lah orang nak baca ke tak. Bukan ko tulis untuk diri sendiri ke? Lain ahh kalau ko share pengetahuan am ke, politik ke, nasihat ke boleh terimalah jugak kan ko nak orang baca belog ko. Kalau orang tak baca rugi ahh ko share ilmu ko tu. Ke laut..

Ni haaa takde masa nak update sebab tu nak delete belog. Ok lah kot boleh terima.

Stalker ramai? Ok ni tak boleh blah ni. Diva sangat stalker berlambak lambak. Privatekan je sudah. Sampai nak delete apehal? Ko menaip bukannya sebab orang lain kan, untuk diri sendiri jugak kan. So why should u delete your blog to please others? PLEASELAH!! Privatekan je. Haaa senang tak payah siapa siapa baca, ko sowang je baca. Baru puas hati. Stalker takde dah, belog tak hilang.

Haishh tak rasa rugi ke bila dah penat kumpul semua benda, penat tu menaip, belum kira nak tunggu gambar loading lagi, lepas tu kita senang senang je delete. Kasi private kan je lah sudah. Tak yah delete delete ni. Nanti bila dah ada rasa nak menaip balik at least belog awak tu wujud lagi. Ini kalau dah padam, tak ke haru.

Ingat! Menulis belog ni untuk diri sendiri bukannya untuk orang lain. Tak payah nak jadi attention seeker sangat. Kat belog ni boleh dapat ramai kawan ramai musuh pun boleh. Terpulang. Nak cari duit pun boleh.

Adios!

8 comments:

oshinz said...

kite kawan kan?? bila mau update pasal kawen ni dik oi...

PR!NC3SZ WAN!3 said...

Kannn... over taw org2 yg nak delete belog neyy.. Dah bertungkus lumus nk carik idea nk type ape.. nk carik gmba.. edit gmba n nk delete?? Omaiiiiiii....

Kite kan free writer. So ade org nk bace ke xde ke doesnt matter sbb kite tulis untuk diri sendiri n pade follower. Yg nak bace , bacelah. kannnn..

Anyway ainee keep on writing ok dear? xsabau nk tunggu entry ade org baru lam marriage korg.. hehehehehehehe =)

Dr.neerna hazeera said...

setuju! silent reader for so long. anyways,congrats!:-)

Huda Luna said...

maybe die ade reason.
think positive tau

Ainee Cumi said...

OSHINZ: Hahahahah! Kawan kawan. Ok nanti aini update. Susah ahh takde gambar cun cun. Ok ok janji sabtu ni aini update okay. Sabtu hari tu pergi rumah in laws ah apalah. Nak update dekat ofis cam malas gila pulak nak upload gmbr semua. Lembap pc ofis ni

Ainee Cumi said...

WANIE: So true wanie. Entah, aku macam haishh sayangnya ko nak delete. Privatekan je sudah. Baik kawan cantikku, akan ku post pasal weddingku. Haishh wuginya ko tak datang..

Ainee Cumi said...

Dr.neerna hazeera : Kihkihkih nanti I update okay.

Ainee Cumi said...

HUDA: Ini pandangan aku je lah. Masing masing kan ada pandangan masing masing.

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...