NIKAH: Masjid atau rumah

Nak dekat dekat ni tak tahu lah nak nikah kat masjid ke kat rumah. Hati nak sangat nikah dekat rumah sebab nak memudahkan tetamu so that tak payahlah nak pergi masjid then nak patah balik pergi rumah tapi tu lah rumah sempit takut semua orang tak dapat nak masuk dalam rumah nak tengok majlis akad nikah. And then lagi sebelah hati nak sangat nikah dekat masjid sebab masjid besar, selesa, ada microphone.

RUMAH
Kelebihan
. Mudah untuk tetamu tak payah nak patah patah balik pergi masjid then balik rumah
. Boleh duduk dekat pelamin time nikah
. Tok kadi boleh makan kat rumah

Kekurangan
. Tak ada microphone, tak best sebab nanti tak boleh dengar apa tok kadi cakap dekat bakal suami
. Sempit, takut ada orang tak dapat tengok terbentuknya sebuah ikatan suci. Eeewahh kau aini!
. Tak nampak dayang dayang yang cantik melecun dengan hulubalang hulubalang yang kacak lagi gagah


MASJID
Kelebihan
. Besar dan selesa
. Tak panas
. Dayang dayang yang cantik melecun boleh duduk sebelah pengantin perempuan dan hulubalang hulubalang yang kacak lagi gagah boleh duduk sebelah pengantin lelaki. Mesti cantik dalam gambar and video
. Ada microphone
. Senang tok kadi datang sebab tempat kerja dia dalam masjid tu juga

Kekurangan
. Susahkan tetamu karang kena patah patah balik

So siapa ada pengalaman nak share. Pengalaman nikah kat masjid ke kat rumah ke kan. Which one is better. Mana tau dulu korang punya cousin nikah dekat rumah panas gila and then ada cousin nikah dekat masjid susahkan orang. Haaa apa dia? Apa dia? Meh lah share sikit.

Tak lama je lagi ni. 26 hari lagi. Senyum sokmo.

Comments

me | is | aku said…
sebenarnya depends. cuma kalau kat masjid kalau boleh make sure, full-cover menutup aurat utk yg perempuan. jaga adab sopan tatasusila di masjid :)
xoxo--eena said…
babe, i pon dilema cam u dulu. mula2 fikirkan utk tetamu, tapi pokok pangkalnya pada keluarga kita. tanya ur parents nak buat dkt mana? mcm i, i mmg nak dkt umah. mula2 risau jugak sbb takut tak muat la, sempitla. cayela, by the time nak nikah, tu semua tak penting. sape yg dtg nak tgk nikah tu, masuk dlm rumah. sape yg ala2 tak penting, dorang sedar diri dan duduk luar rumah. tp alhamdulillah, muat je rumah. tak panas, since sblm tu hujan renyai2 skit. hehe. lega ok sbb senang. my kadi pon prefer kat rumah. lepas nikah, terus makan, photoshoot kat pelamin. senang
Cik Yana said…
This comment has been removed by the author.
Cik Yana said…
Kalau cik Yana, nak nikah kat masjid kot. Muahaha~ gatal pulak nak fikir soal nikah ni. Hehehe~
Ainee Cumi said…
me is aku: Dah suruh dah semua kawan kawan pakai tudung. Hihihihihi!
Ainee Cumi said…
xoxo-eena: Aloh bagi I semua penting. Heheheheh! Takpelah buat kat masjid je lah ka. Selesa sikit kot kan. Sebab kat FB semua nak masjid termasuk my aunty. So here we go, masjid menang the vote.

Tu lah dah selesai pun u kan nikah, I ni haa dok gabra lagi 2 minggu ++ je ni
Ainee Cumi said…
CIK YANA: Tu lah aini pilih masjid lepas dengar suara org ramai
paeh said…
kat rumah senang. kalau kat masjid banyak benda kena ambil kira. lebih2 lagi wanita. aurat, kesucian (haid), itu ini. banyak ah.

Popular posts from this blog

Budget & Tips ke Pulau Redang, Terengganu

#TravelDiary - 4H3M LANGKAWI

#TravelDiary - 4 Hari 3 Malam in Phuket, Thailand