Kenapa MuhammadAmirulSyafiq?

Apa yang membuatkan aku menerima lamaran Apek di Cameron Highlands May tahun lepas yang secara logiknya aku baru berumur 21 tahun yang terlalu muda untuk menerima lamaran seseorang. Jangan terkejut ada inspektor polis tu siap cakap nak masuk meminang aku lepas aku habis sekolah yang di mana ketika itu aku baru berumur 15 tahun. Eeeuuwww!

Antara ciri-ciri yang ada dalam #BakalSuami aku ialah

1. Penyabar
Aku rasa lelaki itu sangat gagah perkasa bila dia boleh tahan amarahnya yang setinggi gunung berapi. Finelah, kadang-kadang aku ni agak annoying juga. Kalau aku geram, aku akan pukul pukul pukul si Apek ni sampai 10x kot atau sampai aku puas. Ko bayangkan ko kena pukul dekat tempat sama sebanyak 10x dengan kekuatan yang maksima. Mau tak sakit. Sakit kot walaupun tu tenaga perempuan. Aku ni memang spesies tangan tak boleh diam. Hari tu aku siap terpukul abang paeh sebab tak bagi aku tengok apa yang dia dok gelak gelak bila tengok tab apek. Rupanya tengok game comel. Tak sangka laki pun suka benda comel-comel. Haaa sambung balik. Ikutkan hati lelaki lain, aku rasa aku dah kena tombok dah kalau asyik kena pukul je. Apek usha sebelah mata je tanda tak puas hati. Well, siapa lu couple dengan kaklong babe.

2. Murah Senyuman
Dia ni buat apa pun senyum. Ada masalah pun senyum. Orang yang tak kenal dia betul-betul kalau tengok muka dia mesti cop dia ni tak ada masalah. Sebab kerja asyik senyum senyum senyum. Aku pun jatuh hati kat dia sebab senyuman tu lah. Aku panggil senyuman mc donald sebab lebar semacam.

3. Tidak berkira
Sepanjang kiterowang couple tak pernah timbul istilah pinjam meminjam or hutang menghutang.

4. ROMANTIK
Selalu buat benda benda handmade. Sweet sangat. Waktu sekolah dulu, tak sah kalau dalam seminggu tu tak ada lukisan dia. Lukisan cinta jiwang dia tu. Sweet nak mampos. I siap share dengan kawan-kawan lagi apa yang dia lukis semua. Semua cakap "Auwww sweet sangat! Untung! Untung!". Memang rasa untung sangatlah time tu. Sekarang dah maju sikit, buat video.

5. KELAKAR
Ok yang ni memang tak dapat disangkal lagilah. Siapa kenal Apek mesti tau ni dia ni memang kelakar sangat. Tambah tambah bila dia partner dengan pasangan gay dia ada je benda dieowang nak buat bahan gelak-gelak.

Ok lah tak nak puji lebih lebih, biar saya je simpan gula dia sorang-sorang. ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Budget & Tips ke Pulau Redang, Terengganu

#TravelDiary - 4H3M LANGKAWI

#TravelDiary - 4 Hari 3 Malam in Phuket, Thailand