Kahwin Muda Part 2

Ok lewat sehari. Apek dah bagi jawapan semalam tapi ayat dia gula sangat so macam haishh tak nak lah update. Nak simpan sendiri je jawapan tu. Tapi hoishh mana boleh weyh. Kegulaan dia tu harus dikongsi bersama agar korang pun dapat diabetes sikit. Apek reply kat inbox FB. Tak boleh copy paste semua kang habis kang dia celup muka dia dengan minyak hitam. Mana ada laki nak tunjukkan keromantisan dia weyh. So NO NO NO, biar I je tau apa yang dia taip panjang panjang tu. Sikit sikit boleh ah. =))

Ok kenapa dia ambil keputusan nak melamar awek egoistic dia ni di usia yang muda?

Haishh tak boleh nak menaip sebab gula sangat ayat dia.

mmg baru 20an tp saya rela hilang masa 20an tu dari hilang orang yang sentiasa syg saya..kekasih saya mcm umur saya..sekali hilang atau berlalu ia hanya jadi kenangan..<= apek's

Auwww so sweet. Ni jawapan kalau orang lain tanya dia. Jawapan bagi persoalan I lain pulak jawapannya. I list down satu-satu lah ya, senang sikit.

1) I ni punca inspirasi dia. Susah senang tetap bersama dia.
2) Dia ada plan. Plan itu izinnya dari Allah. Kunci utama bagi kejayaan. I adalah kunci utamanya. Bila dia dapat kunci utama barulah dia boleh buka bekas bekas yang berkunci. (Muka I ni ada bentuk muka kunci ke?)
3) Setiap kali dia bangun dari tidur dia nampak bayang-bayang I.
4) Kalau dia sakit, dia percaya I ada ubatnya
5) Dia percaya I akan bersama dia susah dan senang
6) Dia dah berjanji bila dia habis study, lepas je dia dapat kerja yang dia suka, yang boleh membahagiakan cinta dia, dia akan lamar I. Dia nak I jadi salah satu bab dalam cerita dia. Nak I teman dia. Nak I bagi sokongan. Nak I sentiasa ada di sisi dia. Kiri dan kanan.

Ok cara I meringkaskan sungguh tidak gula. Kalau nak gula kena baca ayat dia sendiri tapi mana boleh, kang dia tempek tepung pulak atas minyak hitam yang dia celup kat muka dia.

Ohh tu sebabnya dia lamar I. Ok! ok! Faham dah?Ada lagi ayat manis dia di akhir akhir ayat.

bby sentiasa dekat sini..di sebalik tulang rusuk ni ada hati..kat situ lah bby selalu ada syg..dan tolong jadi tulang rusuk b yang tak cukup ni balik jaga sama2 hati<= apek's

My Future Husband memang super duper extra sweet. Tak tahu dah nak ukur tahap gula yang dia sumbat kat I hari-hari. I love u honey bee.

Ok nak balik dah. Hari ni hari Jumaat maknanya I akan bercuti dari mengadap internet selama 2 hari. Sambung lagi hari Isnin ya. 14 days to go.

To be continue...

Comments

Ateyn Bella said…
awww so sweet. untung sis :)
Huda Luna said…
huhuhu

laki kalau jadi gula2 sweet kan
lysa said…
sweet! Gula gula pon tak sweet macam ni. :)
Hanie Adzman said…
Such a sweet guy ;p Anyway, I heard you are interested to use Premium Beautiful..u can buzz me if u are interested ok, dear? =) Hanie 0193590533
Ainee Cumi said…
ATEYN: Diabetes! Diabetes!
Ainee Cumi said…
HUDA: Huhuhu tu untuk menangis ke huda? Ahahahah!
Ainee Cumi said…
K. HANIE: Ha a nanti kalau aini interested aini akan bagitau kak dura. =)) Tak ready lagi. #FutureHubby cakap so mahal.
Ainee Cumi said…
LYSA: Tu lah pasal.. Dah penyakit banyak dah ni..

Popular posts from this blog

Budget & Tips ke Pulau Redang, Terengganu

#TravelDiary - 4H3M LANGKAWI

#TravelDiary - 4 Hari 3 Malam in Phuket, Thailand