Masalah memang selalu akan hadir dalam hidup kita. Masalah kewangan, masalah keluarga, masalah dengan kawan. Macam-macam jenis masalah.
Dan dengan adanya berlainan dan pelbagai masalah, wujudnya juga pelbagai cara seseorang itu menangani masalah tersebut. Ada yang suka bercerita ada yang memilih untuk berdiam. Macam saya, saya pilih untuk berdiam. Saya hanya suka bercerita sesuatu yang menggembirakan. Masalah keluarga? Masalah kekasih? Masalah kewangan? Dan bermacam lagi masalah? Hemm.. Saya lebih suka memendam. Biar masalah itu larut pergi sendiri tanpa perlu digembar-gemburkan. Nanti saya dah lupa masalah tu tapi orang yang saya ceritakan tu tak lupa-lupa lagi pasal masalah saya. Lagi satu, takut! Takut apa? Takut orang lain akan bercerita pasal masalah saya itu. Habis dicanangnya satu dunia. Sebab tu biasanya saya akan berkongsi masalah saya dengan tunang terbaik saya, Apek dan famili terhebat saya sahaja. Sebab tu kawan-kawan tak pernah dengar masalah itu masalah ini daripada mulut saya.
Bagi saya, masalah itu datang dan pergi. Kalau kita tak selesaikannya dengan segera maka masalah itu akan sentiasa berada di takuk itu. Di takuk yang tak pernah beralih walau seinci. Otak saya ni pelik. Tak suka fikir masalah. Biarlah masalah tu besar mana pun, susah betul nak lekat tapi kalau dia dah lekat tu boleh buat hati keruan tak menentu wohh! Tapi sehari je sebab otak saya ni tak boleh simpan masalah lama-lama. Kan dah cakap tadi tak lekat. Tak tau lah haii nak cakap macam mana. Senang cakap malas nak fikir pasal masalah. Tak lama nanti masalah mesti selesai. Kadang-kadang ambil masa seminit, kadang kadang berhari hari, ada tu bertahun tapi apa-apa pun mesti selesailah. Macam masalah baju nikah saya yang dichargenya sampai beratus ratus padahal ia hanyalah satu baju kurung moden yang bagi saya biasa sahaja. Lepas tu dia yang jahit salah dan dia yang dah buat janji akan membuatnya sebaik mungkin, akan dibetulkan kalau tersalah jahit tapi dia nak kenakan charge pulak atas kesalahan dia sendiri. Semalam memang marah, bila marah saya akan lontarkan tapi tak sampai beberapa minit saya akan sejuk kembali dan terjadilah insiden tak lekat saya itu semua gara-gara malas nak fikir.
Maka janganlah terlalu dibebankan otak itu dengan masalah, carilah penyelesaian daripada memberatkan otak dengan masalah kecil besar itu. Usaha-doa-tawakal-pasti ada jalan.
Wednesday, September 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOURIST SPOT IN KYOTO
ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...
-
Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila. 1. U...
-
Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it ...
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
No comments:
Post a Comment