Friday, August 12, 2011

CURRENT DIY PROJECT : FABRIC FLOWER HANDBOUQUET

Hai hai.


Kain beli kat Kamdar. RM1.80 je semeter. Murah gila kan? Makanya beli 6 colour untuk buat bunga kain ni. Total RM10.80 sahaja, beli peralatan menjahit macam gunting, benang baru RM10 so modal baru je RM20.80. Yang paling I suka semua pastel nok.


First day beli kain terus buat. Semangat gila! Dengan bantuan #FutureHubby, #FutureMotherInLaw & #FutureSisInLaw. Lepas tu kalau nak siapkan dalam sehari memang takkan sempatlah kan. Lagipun I ni cerewet gila, nak iron bagi kemas so dat kelopak dia cantik je. Ni #FutureHubby yang tolong ironkan first day tu, memang tak kemas lah tapi takpe, dia siap semangat nak tolong jahit lagi tapi I dengan Kak Ida tak bagi makanya dia hanya menjadi pemotong kain dan tukang iron je lah. Happy dapat in laws yang sudi menolong tanpa meminta ni.

Tapi ada separuh tak siap lagi, sebab I tak nak menyusahkan orang sangat maka I bawa balik rumah dan jahit di rumah sambil dibantu oleh adik kesayangan, Ifa. Ifa ni walaupun paling kecil, paling muda, pendek kata si bongsu ah tapi kalau bab wedding gila best share dengan dia. Rajin tolong and rajin dengar.



Separuh yang dah siap ada dalam kotak. Yang ni hari ni bawa pergi ofis, rehat 2 jam tak keluar tak makan sangatlah membazir kalau tak buat kerja-kerja DIY ni sebabnya Sabtu Ahad mesti busy buat benda lain. Esok nak settlekan kad kahwin belah I untuk orang tua. Orang muda punya yang hari tu I tunjuk teaser tu. So kad kawin I kiranya ada 2 jenis ah. Satu untuk orang muda, satu untuk orang tua. Lepas tu esok kalau boleh nak jumpa teman tersayang, Ain Salleh sebab dah lama gila tak jumpa dia. Rindu nak marah dia. =D


Tutorial boleh dapat di sini. Buatlah! Tak susah pun. Tapi kakak kawan I buat lagi super cantik kot. Nampak vintage je. Nanti lepas dia kahwin 24.09.11, I post dekat belog ok. Mesti kowang pun suka. Dia guna cotton bunga-bunga. Sweet sangat!

Ok, bai!

2 comments:

Call me, Eyka said...

dear, rajin gila u!!!!!!

Ainee Cumi said...

EYKAMEOW: Mana ada rajin. Buat pun on off on off..

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...