Sunday, June 26, 2011

Jadual Sabtu Ahad saya padat sekarang...


Hula hup semua. Haishh tak tahulah macam mana nak gambarkan betapa bznya kehidupan sekarang ni. Sabtu Ahad walaupun cuti kerja tapi ne heii cuti ahh for me. Asal Sabtu Ahad mesti keluar pergi selesaikan benda benda kahwin ni. Serious! Nak keluar dengan kawan pun tak ada masa woihh. Sori Ain Salleh kesayangan, dah berapa lama dah ni tak jumpa awak dah ni. Hari tu tak dapat nak reply mesej ko ajak aku teman ko pi cuci kereta kat Ampang tu sebab tak ada kredit. Dah 2 hari tak ada kredit. Pokai rabak semua ada. Nanti ada masa, I'll meet u ok best friend. Ohh untuk wawa yang tadi jumpa kat Pasar Tani, tadi aku pergi rumah ko tapi tak ada orang. Haiyaa! Esok lepas balik kerja, aku singgah kejap okay update life.


SABTU

Ok, ini wajah hari Sabtu. Malas punya pasal, pakai t-shirt dengan jeans je. Muka pun selebet alahai. Mana taknya, penat kot berjalan menunggu lalu berjalan balik dan akhirnya sampailah kat Fruit Land, De Garden ni haa untuk isi perut. Tu yang masing-masing muka layu je. So apa benda yang dah berjaya diselesaikan pada hari Sabtu?

1. Hantar baju nikah untuk dijahit.
2. Discuss mini pelamin kat rumah. Vendor De Anggun.
3. Tukar dulang yang dah beli untuk hantaran I kat Mr. Lufflove tapi sayangnya dulang tu kecik beno makanya terpaksa ditukar. And part paling best, kiterowang dah jumpa dulang emas idaman hati. Tapi tak adalah sebijik macam dulang yang I tempek last day tu. Tak dapat weyhh kat Ipoh ni nak ada dulang macam tu. Haishh selamat duit minyak nak pergi Nilai 3 yang jauh tu. I dengan Apek tak rajin okay nak pergi jauh-jauh sana. So sekarang ni nak beli bunga je. Nak share gambar dulang tu tapi sayangnya bakal husband tak bagi ahh pulak. Konon nak suprise lerr teww. Siapa orang Ipoh nak cari dulang emas tu tak yah nak gi jauh jauh, cari je kat Jalan KK. By the way thanx sangat dekat rakan blogger I yang bernama Sharifah Athirah Izyan dengan Azilshah yang ada bagi cadangan dekat I mana nak beli dulang emas tu. Thanx sangat tau. Really appreciate it, darlings. Kowang best!


Ahad



Yeah! Asal starting gambar je mesti gambar kat tempat makan je kerjanya. Ni pulak lepas penat berjalan jalan mencari tak tahulah apa tujuan keluar hari ni. Ahahahah! Waktu ni kat Black Canyon, Jusco. Haaa hari ni rajin sikit berdandan so tak ada ahh sakai sangat.

Apa yang telah berjaya dibelanjakan hari ini?
1. Beli 3 lagi dulang emas kat Jalan KK
2. Beli comforter & cadar untuk belah Apek. Tapi comforter tu tak ada ahh pakai time bertandang nanti sebab belah Apek kan ala-ala tradisional gitu so kiterowang akan pakai cadar yang warna merah menyala gitu. Yang ada sulam-sulam gitu. Yang memang tradisional habis gitu. I like, nyah!


Jumpa lilin pastel color ni kat Jusco. 36 ketul RM13.90 sahaja. Memang plan nak letak lilin atas meja as one of the centerpiece tapi ingatkan nak letak warna putih tapi entah macam mana rezeki kot, terjumpa ahh lilin yang comel comel ni. Dah lah comel, warna memang dah sesuai sangat dah dengan warna tema. Dah lah warna seswai, murah pulak tu. Wangi pulak tu. Jimat! Jimat! Haaa ni nak bagitah ni jangan ahh beli lilin kat SSF, rugi je. Tadi I dengan Apek pergi, tengok harga dia amboihh mencekik. Lilin sama tapi harga 6 ketul RM4.50 kalau tak silap.
Ohh nampaknya hari ni kiterowang banyak berjalan. Duit pun banyak habis tapi barang yang disettle sikit je. I punya bekas hantaran tak jumpa jumpa lagi. Hadoooyai! Tak apa, pencarian bakal diteruskan pada minggu hadapan. Minggu depan pun gonna be a bz week for me and Apek sebab kiterowang akan pergi Taiping untuk jumpa vendor pelamin belah I nak discuss further details.


Lilin putih. Tinggi sikit. 9 ketul RM6.90. Murah jugak. Sebab kiterowang ada main centerpiece yang perlu letak lilin dalam tu, just wait and see. DIY! Apek yang incharge this thing, u gotta love this idea because I love it too. =))

Tengah belajar cara cara nak masukkan comforter dalam sarung dia. Comforter yang kami beli 100% cotton. Biar bayar lebih sikit janji selesa.


Alolololo ciannya my honey bee ni kepenatan dia menunggu. Ye lah penat kot berjalan cari cadar yang menepati citarasa kami berdua. Dari Jusco pergi Akemi then pergi Ipoh Parade. Bila dah jumpa yang kiterowang suka, duit pulak tak cukup. Kenalah jalan pergi ATM Machine nak kena cucuk duit. Penat! Penat! Tu yang Apek terbaring kat kerusi ni haa. Hihihihihihi! I will remember all of this great moment of our wedding preparation, darling. I even create a folder written "Persiapan Kahwin" and put all of our pictures of effort into that folder. And video too. Sekarang kan kita dua dah rajin buat video.


Aineee???

Ainee maintain bat muka vain.

Ok muka dah penat malas nak layan kamera dah.

Ok, itu je nak share. So kawan-kawan yang nak ajak lepak ke apa tapi I bagi alasan bz or tak balas mesej. Here is the reason. For this 3 months, I memang akan super bz. Serious!!

12 comments:

anaztasias nora aira said...

dear..jusco mana yg ada lilin warna warni tu.. mahuuuuuuuuuuuuuuuuu :)

Ainee Cumi said...

NORA: Kat jusco Ipoh. Kalau kat Jusco Ipoh ada, Jusco yang lain-lain pun sure ada punya. Try cari kat session manik manik tu.

eykameow said...

so sweet, x sabar nak tunggu gambar kawin u nanti *over*

papepun, u ni bagus lah...bz2 pun leh update lagi =) good2...teruskan...u lah pencetus inspirasi pd org yg nak kawin tp x kawin2 lg ni... (lom ada jodoh) =P

keep on posting babe!

aZilsah said...

malu tau mention nama. mmg suka baca this blog dr dlu cuma selalunya malas komen. BTW, i baca dlu u kata nk buat kuning+merah kan. i tgk nona, ada orang buat merah kuning. sbb i rajin, here is the link: http://beautifulnara.com/gambarmajlis-perkahwinan-fazren-rafi-pelakon-drama-spa-q/

:)

oshinz said...

holloh holloh comel lettew!!! hehehe. gambar kat tempat makan tu wajib sebagai bukti cukup makan sebelum pengsan jalan sini sana. hehehe.

oshinz said...

holloh holloh comel lettew!!! hehehe. gambar kat tempat makan tu wajib sebagai bukti cukup makan sebelum pengsan jalan sini sana. hehehe.

Ainee Cumi said...

EYKAMEOW: Heheheh! Hai eyka. Wah tak caya ahh u baca belog I. I do read ur blog tu. Comel je u ni. Hehhehe!

Eleh ye lah tu tak ada calon. Piirahh!! Comel macam ni boleh pulak cakap tak ada calon.

Ok, I akan terus menulis dan menulis dan doakan lah I selalu jadi rajin macam ni sebab kebanyakan masanya I malas. Ahahhahah!

Ainee Cumi said...

AZILSHAH: Ye ke? Alah takpe, tak yah komen pun takpe. I pun kadang kadang dah excited ni nak komen blog sekali dia k eluar error error tu, pergh tu yang jadi malas tu.

Weyh cantik gila kot. Nampak gila mewah. Kan?kan?kan? I serius tak sabar nak tggu my wedding, nak tengok the outcomenya macam mana.. =))

Tq for sharing. Tengok, u memang best!

Ainee Cumi said...

OSHINZ: Tau takpe.. Kan??kan?? Tapi duit banyak habis kat makan je. Sepatutnya kena pergi beli barang dulu baru pergi makan. Biar tinggal baki so dat tau nak saving bila makan time sampai

~SYAZ~ said...

sis!!
tak pe susah2 dulu cari barang semua tu..biar senang dikemudian hari..
teruskan mencari barang yg diidamkan..
good luck sis!! ^_^

Ainee Cumi said...

SYAZ: tau takpe. =))

~sue~ said...

ainee : SSF ipoh dekat area mane eh? cari tak jumpe...

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...