COUSIN'S WEDDING & AUNTY'S WEDD

Hai korang-korang. Ni Apek punya trademark bila masuk kereta untuk sapa adik adik I. Hari ni tak ada mood nak bercerita makanya layan gambar je boleh?


WEDDING MAK LIN

Masuk je TownHall terus terpegun tengok pelamin dia. Gah gila!! Besar gila. Dah tak tengok benda lain pun, makan pun tak. Datang untuk tengok pelamin je. Snap gambar pun ala kadar je sebab tengok pelamin secara real life lagi memukau. =D


Siapa siapa nak contoh pelamin kat Town Hall maybe boleh amik pelamin mak sedara I ni sebagai inspiration. I memang tak bolehlah nak amik as inspiration sebab weyh kang dikata meniru pulak. Tak nak I. I roman style ok?? Ecehhh!


Ni meja makan pengantin. Simple tapi cantik. I suka bunga ros besar besar kat depan tu.


SOLEMNIZATION ABANG APEH & KAK FARA

Lepas dah pergi wedding my aunty minggu lepas, kiterowang pergi Sungai Petani pulak. Apek pun I grab sekali bawa pergi Abang Apeh which is my cousin brother punya akad nikah kat Sungai Petani.


I suka tengok Apek senyum macam ni. Make me melt. Eeewahhh!


Yeah! Akhirnya Abg Apeh dah ada bini dan I dah ada kakak sedara yang baru. Tapi.....................................


......kakak sedara tersayang yang tua setahun ni tetap tak dilupakan sebab tak ada siapa boleh challenge gedik kami. Mana ada pengganti weyh. Selisih faham gelak ketawa semua ada tapi air dicincang manakan putus weyh sampai Kak Fara ingatkan kiterowang kembar. Kembar ke? Agak rambut fesyen sama kot cuma Kak Lieya belah rambut ke kiri, I belah ke kanan. Aahhahahah! Opss, we're both taken so tak ada chance eh.. Kak Lieya kawin bulan 6 ni which is weyh nak dekat dah gabranya while me is in October so tak gabra sangatlah. All the best kakak saudara, first night kang jangan gelabah lebih. Ahahhahaha!




Now cuba teka time ni kiterowang kat mana??



PENANG BABY!!!!!!!!!!!!!!!!



Yes, Penang again. Baru je pergi waktu bday hari tu dengan Apek tapi kali ni pergi dengan family I pulak. Tapi tak jalan mana mana pun, saja bawa adik I paling kecik si Ifa Joe tu naik feri then lepak kat Batu Feringhi lepas tu balik Ipoh. Tapi we have so much fun. Serious!






Iqa Joe & Ifa Joe is having so much FUNnnnn.



Remember this kedai jeruk? Apek punya posisi jalan sama je.

Tapi kali ni Ibu pulak borong jeruk jeruk.

Ok so dats is my happy story with Apek and my family. Da da.

**pen off

Comments

Popular posts from this blog

Budget & Tips ke Pulau Redang, Terengganu

#TravelDiary - 4H3M LANGKAWI

#TravelDiary - 4 Hari 3 Malam in Phuket, Thailand