Wednesday, March 9, 2011

Tak suka perasaan bila haiwan yang kita sayang pergi tinggalkan kita.. T_T

OK! Ini cerita sedih. Saya dah sediakan tisu bergulung kat tepi ni haaa sebab tisu biasa tak ada, tisu tandas pun jadilah. One of my pets dah pergi. Oklah bukan my pet acctualy, its Izzati's one tapi I dah jaga dia since Izzati sambung Degree kat Johor. Meaning dah setahun I jaga dia kalau tak silap I. Gilalah kalau tak sedih bila dia pergi. Ye lah kitalah yang tukarkan tempat tidur dia, kitalah yang bagi dia makan, kitalah yang bagi dia air, dialah yang kita tenung hari hari before masuk tidur. Now? Now dah tak ada. T_T


Ni waktu first day jaga dia. Waktu ni Atik dengan Kengkang teruja gila ada makhluk baru dalam rumah. Asyik tenang dia je.


Serius I tak tahu kenapa dan kenapa Gucci pergi. WHY SO SUDDEN? Sebab sebelum tu Ifa cakap Gucci tengok Iqa packing nak balik kolej. I pulak tengok dia sekali imbas je time tu sebab I nak mandi then tengok The Ordinary Family tapi cerita tu dah tak ada maka dengar ceramah pasal Santau dekat TV9 sampai pukul 11malam. Lepas dah dengar ceramah, masuklah bilik lepas tu nak kacau ahh dia tidur sebab selalu akan sergah dia goyang-goyang sangkar dia sebab selalu risau dia dah mati sebab serius Gucci kalau tidur memang macam mati tau, tengok tengok dia dah tak menguit dah and kali ni serius dia dah pergi. I macam ehh asal tak menguit selalu dia mesti macam terkejut macam rumah dia kena gempa buli lagaknya. Terus bukak sangkar then cuit dia. I macam "Ehh Gucci! Gucci dah mati! Gucci dah mati!". Habis satu rumah dengar. Lepas tu I gerak gerak dia tapi dia tak mau bangun jugak. Dia dah terkulai tak bergerak. Lama! Lama I pegang dia. I usap bulu dia, I tengok kaki kecil dia. I nangis kuat-kuat tapi tutup pintulah sebab nanti ibu ayah dengar habis I kena bahan. T_T

Tapi kenapa Gucci pergi? Makanan cukup. Air pun cukup. Serbuk hampagas semua bersih. KENAPA?KENAPA? KENAPA?? SEDIHNYAAA!!!


Until now bila I teringat yang I baru je lepas bersihkan sangkar dia, I cried. T_T
Ni gambar dia. Dia pergi waktu dalam tidur. Sedihnya!


Kat sinilah dia tidur lalu pergi. Tempat feveret dia. Tempat yang dia selalu tidur. Oh Mai! Please come back Gucci. T_T
**cant stop my tears T_T


Dahlah dulu selalu marah dia sebab dia selerakkan serbuk serbuk tu tapi lepas I dapat idea letak cage dia dalam kotak ni dah tak bising dah sebab tak sepah pun bilik. Alah bising pun bising bising manja macam, "Kenapa Gucci selerakkan bilik? Penat tau nak kemaskan sayang Gucci oii.".


I will miss u every single day Gucci yang comel. Walaupun awak selalu gigit tangan saya tapi saya tak kisah sebab awak kan haiwan. Lagipun saya tahu awak tak sengaja, mungkin awak ingat saya nak ambil awak dan makan tu sebab awak gigit kan??kan?? Anyway, rest in peace Gucci. Dah tanam kat tepi rumah dah. ;((

No comments: