Friday, March 11, 2011

Dating dengan #DearFutureHusband

Kita pun nak jugak ohh tag tag macam HudaLuna dengan Kak Hanna Maruku dok buat. Ni semua sebab twitter tapi dulu macam ehh segan ehh nak guna tapi lepas dah ada geng nak gak weyh. Tak boleh jadi ni, kita pun nak gak!!


Hari ni I nak pi tengok cerita ni. Yes! Cerita Hikayat Merong Mahawangsa (malunya tadi gagah dan bangga je update timeline kat twitter cakap nak tengok cerita MerongMangsa). Graphic macam A je, wajib tengok ni untuk meluaskan pengetahuan #DearFutureHusband lagipun dah 3 bulan kot tak tengok wayang, konon tak nak enjoi apa apa lah sebab nak guna duit untuk kawin tapi kalau untuk MerongMangsa ni rasanya berbaloi baloi ni. 8Juta weyh baget dia. MESTI TENGOK!


Seperti yang sedia maklum, I akan berkahwin dengan my #DearFutureHusband tak lama lagi so kiterowang dah plan-plan dah nak pergi honeymoon tapi tak tahu kat mana. Yang mana best kami layan je. Tapi buat masa sekarang ni sumpah teringin gila pergi Japamala Island. Ni semua sebab ada sahabat I yakni bernama CIK SITI WAN KEMBANG (nama dia glamor ok! U should be proud darling. Haa kowang hado nama cam puteri puteri ni?) yang sowang ni rekemenkan tempat ni. Lagipun entah bila tengok KRABI tak jatuh cinta pun, tengok BALI jatuh cinta tapi bila tengok JAPAMALA ni perghh lagi ahh bertambah tambah jatuh sampai dah tak larat nak bangun untuk jatuhkan cinta balik dah.


JAPAMALA ISLAND

Romantik gila..


Laut! Birunya... Tenangnya... Damainya...

Indah gila kan ciptaan Allah. Biru gila laut dia. Mendamaikan.


Tapi tu lah budget pun macam nak RM3000 jugak ahh kalau nak tinggal 2-3 hari tapi memang berbaloi baloi ahh kalau dapat pergi sini. Percaya tak kalau I cakap Japamala ni dalam Malaysia je weyh? Dia dekat dengan Pulau Tioman. Nak pergi sini pun ada kapal terbang persendirian wohh. Memang private betul. I like! Tapi kena ukur baju di badan sendiri, mana mampu nak pergi sini, Bali lagi murah kot. Tapi takpe, one day dah janji dengan diri sendiri akan pergi juga tempat nI. ONE DAY BABY, WAIT FOR MAMA! =D


Ok, sekarang apa motif cakap benda ni? Ini kerana hari ni lepas balik kerja akan singgah MATTAFAIR. Duit pun dah cash out dah sebab ye lah kang kena bayar deposit kang mana nak cekau duitnya. Lepas tu minggu ni memang bz gila ahh, dengan nak jumpa abang photographer lah then nak pergi cari tailor lah sebab nak tahu berapa meter kain yang diperlukan untuk buat baju nikah dengan reception. Kalau ada duit lebih nak buat dress untuk potong cake juga. Cakap tengah sale kan sekarang ni. Siapa tahu dekat Jakel skang ni ada buat sale ke tak? Yang kat KL tu sebab ingat kalau ada sale nak ahh pi KL beli kainnya. =))

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...