Monday, March 7, 2011
Menimba Pengalaman Baru
Seperti yang tidak ramai sedia maklum, Jumaat lepas aku ambil cuti. Sebab apa? Sebab nak kerja part time dekat IT FAIR. Makanya 3 hari lah aku berdiri dengan merabakkan kaki sebab sumpah ko bayangkan 3 hari berdiri daripada pukul 9.30 pagi sampai pukul 10.30 malam. 3 hari ok! Cuba 13 jam darabkan dengan 3 hari maknanya dah 39 jam aku berdiri je kerjanya. Dahlah hari pertama gila bebal aku ni, pi pakai kasut tinggi. Memang hebatlah berdiri dengan kasut tinggi selama 13 jam weyh! Kagum kan? Tapi sakitnya memang sakit tak tercakap lah weyh. Kalau korang nak tahu sakit dia macam mana, kasi try pakai heels lepas tu jalan jalan jalan kat shopping mall tu dari dia bukak sampailah dia tutup. Jangan duduk ok! Haaa itulah dia! Itulah dia dinamakan kesakitan demi kecantikan. Lepas tu tobat terus esoknya dah tak pakai heels dah, pakai flat gitu.
Jadi promoter rupa-rupanya best ok! Dulu before this tengok kerja promoter ni macam payah je sebab kena jual jual barang kan, kena panggil panggil orang kan tapi perghh kepuasan dia bila dapat customer tu memang bestlah. Susah nak cakap woo, kowang kena try lah. Dahlah boss pun best. Dalam sehari tu tak payah risau lah nak makan apa ke minum apa ke, memang boss dah providekan dah. 2 kali makan pulak tu. Semalam last day boss belanja makan McD. Aku memang sapu BigMac lah apa lagi kan. Nyum! nyum! Nikmat dia lain macam tu, ate benda free kan.
Yang paling best, dapat kenal dengan kawan-kawan barulah macam Ms. Chen, Ah Yong, Ah Kit, Carmen, Ah Ying, Kila, Anis, Siti, Mirza, Mira, Wan dengan Akmal. Kena tulis semua nama kat sini kang takut lupa. Hihihihi! Dah lah hari hari last baru nak menghafal nama itupun tanya kat Kila. Sempoi ahh deme, macam sedih je bila hari last tu. Gedik gila kan? Well!
Kaki memang tak payah cakaplah, sakit bukan main tapi memang berbaloi ahh weyh. Yang hari last tu, boss cakap kalau dapat jual satu laptop dia kasi RM70 satu unit. I dapat jual 2 lepas dia umumkan benda tu. RM140 dah ada dalam tangan dah. Satu hari dia bayar RM60. Oklah tu. Kira kira dalam 3 hari ni dah jual 12 laptop jugaklah. Apek pun sama dapat jual banyak juga. Haa kalau komisyen Rm10 untuk 1 laptop pun oklah.
Tapi dalam suka ada gak rintangan. Promoter cha ya nun alif memang perangai macam ba alif ba ya. Tau nak curi customer orang je. Mentang mentang customer tu pun cha ya nun alif, dia pun cakap bahasa ibunda dia memang malas ahh nak nyampuk dah kan sebab kompem-kompem customer tu pun cakap bahasa ibunda dia. Haishh geram betul. Ingatkan aku je tak suka rupanya dengan accountant dengan boss kedua yang satu kaum pun tak suka 2 orang tu. Sowang laki sowang perempuan. Perangai macam tahi katanya then lepas tu dia cakap lepas ni tak nak panggil dah. Hahahahah! Padan muka!!
Overall ni memang satu pengalaman yang barulah sebab tak pernah kerja yang dapat rasa puas macam ni. Its such a new experience for me. Doa-doakan gaji banyak sikit tau, kiterowang nak pergi honeymoon tempat best best punya maka kena cari duit lebih sikit mau honeymoon punya pasat. Haa jangan nak fikir biru ehh. Tak sabarnya PC Fair lagi.
P/S: Akhirnya dapat beli pendrive 4G. RM20 tu der, murah gila tuuu. Kowang boleh dapat?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOURIST SPOT IN KYOTO
ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...
-
Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila. 1. U...
-
Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it ...
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
No comments:
Post a Comment