Wednesday, March 30, 2011

FORTUNECLUB, ITS A SCAM!

Hai babe, its been a long time kan I tak update belog. Been bz sangat sangat, banyak report nak kena taip lepas tu dengan internet kat rumah lambatnya.

So I ada satu experience nak share dengan korang semua. I HAVE BEEN SCAM! ME & APEK! BOTH OF US KENA TIPU! Sebab benda ni, after dis Apek dah tak mau manjakan me. Ok dats is sad but then I tahu tak mungkin punya so hepi balik. ^_^

So here goes the story, semalam lepas dah bayar bil P1, I dengan Apek pergilah makan dekat Tesco dekat dengan Jusco tu. Lepas dah makan makan makan, kiterowang pun jalan jalanlah keliling Tesco tu. Suddenly ternampak dis one booth which is FortuneClub. FortuneClub ni kiranya macam agensi perlanconganlah and they claim that they are under Air Asia but hell no ok! Tapi kiterowang kena join jadi ahli dulu yang memerlukan Apek & I bayar RM689 kalau nak dapat semua benefit tu makanya kiterowang bayar RM389 dulu. The balance dia cakap boleh bank in dekat Maybanklah, dekat CIMBlah, pejabat poslah. Semualah tapi tak bagi pun account number. Finelah! Lepas tu dah dapat resit semua, tanpa bagi penerangan dia suruh I dengan Apek study kat rumah. I macam, "What? Study kat rumah?? Kenapa tak terangkan je sekarang". Ok time tu dah pelik dah. So I dengan Apek duduklah kat food court study benda tu. Hati dah tak sedap dah time ni. Serius cakap punya! Tengok dia punya pamplet pun macam pelik je. Dah lah tu tak ada company chop, name card pun tak ada lagilah menambahkan kepelikan. Dah lah tu kat file tu pun gambar dia pecah-pecah, tak menampakkan professional langsung.

So balik tu ingat nak check dekat Internet tapi internet pulak buat hal. So pagi ni Apek check link dia broken. Tak boleh masuk pun. Telefon customer service pun tak angkat-angkat. Lepas tu, tadi pukul 12pm pergi balik Tesco tu untuk claim our money back. Perghh banyak gila alasan dia bagi. Dia cakap tak boleh dapat duit baliklah, tak ada duitlah, website tengah under constructionlah. Macam macamlah alasan yang dia bagi, ye lah cakap nak tipu duit orang kan kenalah pandai cakap. Tak rasa berdosa ke dieowang ni makan duit haram. Nak kata Islam, ISLAM. I memang tak bercakaplah, Apek je cakap sebab Apek kan penyabar, kalau kasi I cakap mau terbalik meja tu. See kenapa Allah menemukan I dengan Apek? Because we are so different. We complete each other. Insyallah.

So dipendekkan cerita, dia cakap pukul 9 malam ni dia akan return duit tu sebab dia cakap tadi dia tak ada cash. Peliklah weyh, takkanlah tak ada satu sen pun dalam petty cash. PENIPU BETUL! Then dia cakap kena tunggu HQ bank in lah apalah. BIG ASS LIAR! Bila orang suruh bagi duit dia sendiri, dia cakap dia tak ada duit. Takkanlah supervisor tak ada duit. Pelik gila. I memang duduk tak mengadap dieowanglah. I kasi my bontot kat deme. Hahahah!

So I tak nak ada sesiapa ni yang kena tipu macam I dat is why Im blogging about it. 4TuneClub ke ITuneClub ke FortuneClub ke semua tu penipu. Tak percaya pergi buat research kat google. Ni I bagi satu link untuk u all refer. Link. So sekarang ni korang doakan je lah dia tak lari ke mana and I will get my RM389 back. Amin! Sebab kalau ikut rasa hati ni I sanggup tu tunggu kat situ je sampai I dapat duit I balik tapi memandangkan I dengan Apek ada komitmen bekerja so we cannot do that. So pengajarannya never ever trust anything sebelum buat research dulu, ok!!! Lepas tu percaya kati hati. Please trust your instinct. OK?

By the way should I make a police report?

No comments:

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...