Wednesday, February 9, 2011

WEDDING JOURNAL

OK! I memang ada satu habit di mana I memang suka sangat rekod apa yang I beli dalam satu buku. Bukan untuk tunang and kahwin je, on my daily basis pun I buat benda yang sama so that I tau duit I tu disalurkan ke mana. Tapi untuk kegiatan harian biasa I guna buku kecil je ala ala diari tapi serius kecil dan ringan senang di bawa ke mana saja. So for my wedding journal, I dah ada 2 buku. Lagi satu buku tu dah habis I tulis dengan semua I punya impianlah, harga pelaminlah. TETAPI!!! Haaa ada tetapi tu. I bukannya tulis yang cantik-cantik tu, I lebih kepada menconteng ok. Dats why I saja saja menyendeng dekat Apek mintak belikan buku baru. So I purchase this book kat MPH. Best sebab dia macam ada subdivider gitu.

So here is the journal..
Plain je sebab baru beli kan. Tak sampai seminggu lagi. Nanti baru nak hias-hias dengan sticker sticker comel ke lace ke.

COLUMN PERTAMA(XDA KALER)

Ok untuk first column I tulis harga harga bridal services. Contoh macam dalam gambar ni harga untuk photgrapher photographer. Ada banyak lagi, kat depan ada harga upah jahit bajulah, ada harga pelaminlah. Macam-macam.


COLUMN KEDUA(ORANGE)


Ok! Ni untuk warna oren punya. Oren punya merupakan gambar gambar pelamin atau baju atau kek yang I suka sangat lalu tapi tak sure designnya lagi so I tempek kat column ni. Bukan tu sahaja tips tips macam tips pilih photographer ke tips budget ke semua I tempek kat colum oren ni.


COLUMN KETIGA(KUNING)


Ok column kuning ni khas untuk nikah & reception belah I. Segalanya macam baju apa yang I suka, budget belah I, the wedding flow semua I tulis kat column kuning ni tapi nampaknya impian I memang sumpah banyak gila sampai bikin Apek pun pening makanya macam tak cukup je page kat dalam ni. Macam kena beli kertas biasa lepas tu attach kat column ni. Tengah cuma melimitkan ketaksuban I terhadap reception sendiri. I ni bukannya apa, cuma biasalah kawin sekali je kot makanya harus CEREWET GILA!


COLUMN KEEMPAT(BIRU)

And column biru ni khas untuk Apek punya reception. I tak tahu kenapa gambar terbalik balik padahal bila I upload dia elok je segar bugar straight. Haa bayangkan I punya column punya page nak dekat habis kan? Apek punya banyak gila balance lagi sebab sekarang ni Apek sendiri pun tengah fokus kat reception belah I dulu. Apek ni memang gedik tau, selalu je utamakan I ni. ILYSM DARLING.


Makanya, korang pun kenalah ada wedding journal ni tau, kalau boleh yang ada column column macam ni. SENANG! Lagi banyak column lagi bagus. At least kita tahu duit kita pergi mana lepas tu macam teratur je hidup. And maybe boleh digunakan as reference untuk kawan-kawan and saudara-mara kita yang nak kawin jugak kan. Ohh lupa pulak selain dariapda tulis tulis ni, I ada juga beli tempat letak-letak business kad and to do list. Macam macamlah I beli untuk attach kat buku ni. Nanti I tunjuk ok bila da settle. OK DAAA!!

No comments:

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...