Thursday, February 10, 2011

KURSUS KAHWIN

Haishh asyik cakap pasal kahwin je kan? WELL!!!

So 5/12 hari Ahad hari tu I dengan Apek dah pi daftar kursus kahwin. Dekat Medan Kidd. Nama dia Hasani agaknya tempat tu. Harga?? Jangan wisau, still tak naik lagilah yuran kursus kahwin. Still RM80. Mana-mana pun. Kursus 2 hari. Mak aihh I tengok dia punya jadual kalah macam waktu bekerja. Dari pagi sampai ke petang. Outfit? Perempuan pakai baju kurung dan wajib berhijab. Ok! Macam mana ni nak berhijab di khalayak orang ramai ni? Sure akan rasa diri buruk lepas tu rasa nak sorok muka bawah meja je dari pagi sampai petang tu. Lagi satu mana nak cari tudung?? Takpe takpe we will give it a try sebab satu hari nanti mesti kena pakai jugak, sampai bila nak kumpul dosa kan? Ecehhh!! Laki pulak macam biasalah pakai kemeja. Songkok? Uishh tak perlu kot...

Paling best I dah ada 3 orang nak teman I pergi. Satu Kak Aelin, kakak kat tempat kerja I yang baik dengan I lepas tu yang kedua Yna and ketiga Nurul. Huishh nasib baik ada teman kalau tak mau I buat muka tebal tegur je stranger kat sana buat jadi kawan.

HASANI! Haa betullah nama tempat dia Hasani. Kat Medan Kidd

-Tiket ke Kursus Kahwin-
Eee macam tak caya je dah nak kawin dah I dengan Apek. Gila kau mau nak percaya, kapel since sekolah kot. Rasa macam cinta monyet je. Hehehehe!


-SESI HARI PERTAMA-
26/2/11 (Sabtu)
Pukul 7.45 pagi tu start. Dah tu habis pukul 6. Fuiyooo!!


-SESI HARI KEDUA-
27/2/11 (Ahad)
Hari kedua pun kena bangun awal jugak just balik awal sikit. Sikit je ahhh! Tapi yang pasti sure syiok kan. Ye lah dapat ilmu kot mesti ahh syiok..


Ok, ada lagi 2 minggu nak pergi kursus kahwin ni, kalau I dah pergi nanti I update pandangan I untuk sesiapa yang nak ambil kursus kahwin kat Hasani ni. Best ke tidak. OK?

No comments: