Hari Ahad hari tu tengah syiok syiok ni lepak kat living room, ehem ehem living room lagi.. Haa lepas tu Iqa bagitahu ibu ajak pergi Pantai Remis kutip duit sewa tanah lepas tu terus pergi Lumut celebrate bday adik dekat KFC. I macam woishh bday dia bukan ke 2 minggu lepas which is 11/12/10.. Memang super duper belated ni. I pun ok je..
Bertolak pukul 2.45 petang macam tu..
Bertolak pukul 2.45 petang macam tu..
HAI! SAYALAH PEMANDU PELANCONG ANDA PADA HARI NI.
Arigato Godaimaz Su...(saya baget budak Jepun haitt watashi)
Arigato Godaimaz Su...(saya baget budak Jepun haitt watashi)
Ok! Tayar terkopek terkobak terbelah semua ada. I yang drive time ni. Waktu ni dekat Pantai Remis. Haip!! Bukan salah I ok, tayar ni memang dah basi busuk reput semua ada tu pasal dia pecah tu, kalau tak mesti elok jee.. Betullll =))
Ok! Sori ayah terpaksa menggunakan kekuatan tenaga ayah sebab ohh akak memang tak laratlah ayah nak menukar tayar dengan kekuatan sendiri. Sesungguhnya saya memang seorang wanita yang dimanjakan... Haip! Tapi I reti tukar minyak hitam kereta ok. Heheheh! Tak habis-habis dengan kebanggaan yang satu tu.
HAI IBU! Ibu sangat kelakar ok.. Nanti scroll bawah-bawah sikit boleh tengok satu gambar yang menunjukkan kadang-kadang ibu I ni sengal jugak. Ahahahah!
OK time ni dah sampai teluk batik. Teluk Batik sekarang dah tak best sebab kereta kena park jauh-jauh tak dapat dah nak duduk dalam kereta sambil merasai hembusan angin pantai. Eee tak syiok! Tak syiok! Kiterowang memang pegi untuk tengok orang mandi-mandi lepas tu balik. Tak ada kerja kan?? Tak ada sebenarnya, Ifa yang nak mandi sangat tapi kesian dia semua orang tak bawak baju maka tak ada siapa yang dapat teman dia mandi. I memang taklah, zaman mandi laut I dah lama I tinggalkan. Kalau nak I mandi pun make sure time tu tak ramai orang sebab I super malas nak beratur ok.
Semua pun buat bodoh je bila I suwuh pandang camera. CIS!
Ok! Inilah dia muka muka pelahap tak sabar nak makan. Service kat KFC Lumut ni lembap nak mampus ok. Habis krem kaki rasa nak tercabut dah. Mau idaknya, heels I pakai hari tu tinggi dia 5inci ok.
Walaupun totalnya RM70++ tapi dengan adanya kupon kita hanya perlu mengeluarkan RM50++ sahaja. Bagus kan?? Kupon ditaja oleh Eddie Joe merangkap bday boy itu sendiri.
Ainee with the bday boi. Tapi bday boy ni dia sudah panas je sebab kerja I asyik tangkap gambar je tapi tak apa I dah biasa dengan ayat, "Ko ni nak makan ke nak tangkap gambar?". Ahh sungguh tak lut pada I ayat tu. Dah common sangat. I pun buat bodoh je suruh juga Iqa snap gambar I dengan dia.
Ok!
Makan...
Makann...
Makannn...
Hingga menjilat jari.. Dah basuh tangan semua duduk sembang-sembang kejap.
Lepas tu ibu I buat lawak..
Ada ke dia ambil hadiah yang dah berbalut kat christmas tree tu dia nak bagi kat adik kononnya nak buat macam hadiah hari jadilah tapi adik tak layan so I lah layan ibu. I cakap "Meh meh meh bagi kat akak.".. Ibu pun "Haa cepat cepat cepat takut orang nampak.. Cepatlah!"..Semangat tu siap suruh tangkap gambar lagi tu. Lawak! Lawak!
I LOVE U PARENTS!
Ayah sangat sengal sebab ada gambar sebelum ni orang suruh posing, dia perginya letak jari dia kat hidung Collonels tu konon konon macam dia tengah tolong Colonels tu korek hidung. Mentang-mentanglah dia tak ada tangan ya ayah oiii, baiknya hati nak tolong korekkan hidung dia.. Terus I cakap, "Eeee ayah, one more time.. One more time..Jangan nak buat aktiviti sengal lagi ehhh. Senyum! Senyum! Pandang sini.".
Nak balik tu nampak funfair, terus suruh adik berhenti sebab nak singgah sebab dah lama gila kot tak main funfair. Tapi cisss funfair macam Haram J je, tak best langsung ok!
Semua khusyuk tengok adik main tikam-tikam. Eeee judi-judi tapi adik cakap dia main for fun je.. Ok! Memang fun gila sebab macam nak jugak suruh adik kejar point tinggi-tinggi. Tapi hampeh dapatnya keychain dengan tabung burger je itupun ibu tambah RM2 beli kat cina tu.
Last but not least, terimalah gambar lesbianku bersama adikku sendiri. Muah!
Sampai rumah pukul 10.45malam.
Urghh penat gila ok. Esoknya dah kena kerja. Dieowang semua bestlah. Ayah ngan adik kerja sendiri, apa ada hal nak bangun pukul berapa pun, ibu suri rumah alah buat buat kerja rumah sikit kalau nak rehat boleh je rehat tak ada siapa marah, Iqa pulak cuti kolej seminggu, Ifa pula cuti sekolah. Nampaknya I sowang je lah keletihan kena bangun bersiap untuk pergi kerja.
No comments:
Post a Comment