Monday, December 13, 2010

Mas kawin banyak ke sikit ke apa ada hal?

Selasa lepas dah pergi book pelamin semua. Dah bayar deposit dah tapi macam menyesal pulak sebab ada satu Bridal Shop ni tawarkan harga jauh lebih murah. Hemm.. Kena pergi tengok dulu macam mana. Hari ni dok sibuk telefon dewan-dewan yang ada kat Ipoh ni. baget macam orang kaya sikit gatal pergi telefon tanya sewa dewan kat hotel-hotel. Perghh tak ada yang murah. Semua stok mahal je. Tak sanggup den. Tapi ada dewan yang ok, tu pun balik ni kena bincang dengan parents and Apek dulu. Nanti dah kompem semua I list out rate harga dewan-dewan kat sini ok.

Adalah satu benda yang I geram sebenarnya. Ada orang pergi pertikaikan pasal mas kawin I. Bising Apek nak bagi lebih. Apalah! Itu pun nak pertikaikan ke? Dah Apek nak bagi sebagai hadiah, suka hati dialah. Macamlah mintak duit dieowang untuk buat mas kawin I. Pening kepala. Macam-macam orang zaman sekarang ni. I ni dah lah pendendam orangnya, kalau marah tu boleh ambil masa berhari-harilah walaupun dekat mulut cakap OK. Nasib baik ada Apek si penyejuk hati, dah tak ada dah nak marah dah kat orang yang busuk hati dok siap berpantun cakap MAS KAWIN BANYAK TAK BAHAGIA, MAS KAWIN SIKIT BAHAGIA. Biarlah anak ko tu dapat mas kawin sikit, tak ada pun aku nak pertikaikan "Eeee sikitnya mas kawin anak makcik". Tak ada kan?? Ni orang nak bagi lebih pun nak bising. Apadaaa.

No comments:

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...