Thursday, December 9, 2010

Enjoi lepas tunang

Ewahhh! Masih lagi dalam feeling feeling hari tunang.

Semalam sempena pembebasan salah satu dugaan yang hebat iaitu kegigihan Apek mengumpul duit hantaran dah kegigihan I mengumpul duit untuk sewa baju, sewa khemah semua, kiterowang pun mengambil keputusan untuk berjoli sakan. Amboihh! Gila melampau kan?? Tak adalah, duit hantaran I tu, I dah masuk dalam ASB ok. Nak tunggu dividen beranak-anak barulah boleh joli. Ni duit lain yang kiterowang jolikan.

Makanya semalam I dengan Apek pergi tengok wayang setelah hampir 4-5 bulan kiterowang tak menjejakkan kaki ke panggung kerana pada anggapan kami walaupun RM20 je tiket untuk 2 orang tapi ianya membawa kepada kepincangan besar untuk pengumpulan duit kami. AMBOIHH!!! Kiterowang tengok cerita Harry Potter. Best ok! Tak pernah miss tengok Harry Potter kat wayang sebab kalau miss tak dapat feeling feeling kat dunia ahli sihir kang. Lepas tu sebelum tengok wayang sempat tu melabuhkan punggung kat Sushi King. Haaa lebih RM60.50. Rugi! Rugi! Terasa rugi yang amat sangat betul sebab dengan RM60.50 tu boleh beli handbag baru ke kasut baru ke. Tapi tak apalah dah masuk perut pun. Baik aku makan Johny's lagi puas hati.

Dah makan makan dah tengok wayang tu semua singgahlah Baskin & Robbin belanja Apek makan aiskrim. Tengok! Semua makanan nak mewah saja lepas tunang ni. Melampau kan? Lepas ni dah tak nak dah mewah-mewah. Harus jimat! Pelamin pun dah booking dah hari Isnin tu. Gila cepat kan? Ye lah, I kan nak kawin tarikh artis kang semua orang dah booking kang macam mana. Kang kena buat pelamin sendiri kang. Pelamin tunang tak apalah buat sendiri sebab simple, pelamin kawin nak buat sendiri gilalah melampau kan...

Then, part paling best dapat rantai dari Apek tulis Baby. Tenkiu luff luff. I LOVE U SO MUCH! Dah lah tu izinkan I beli satu handbag kat Vincci. Apek cakap dia bagi beli sebab dia tengok mata I bersinar sinar lepas salesgirl tu cakap harga lepas diskaun..Eeee tenkiu tenkiu tenkiu lagi dekat Apek ni tau.



P/S: Korang kalau nak tunang sila silalah kumpul duit paling koman RM3000 kalau nak everything purfecttt ok. Tunang sekali je apa salahnya membuang duit sikit. RM3000 ni termasuk makan, khemah semua. Oklah tu kan.

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...