OK! WHATERVERLAH AKAK TU! JANJI RABU NI GUA AMIK. MAKE SURE LU JAHIT CANTIK!
Disebabkan I risau akak tukang jahit tu tak mengotakan janji dia, I pun belilah sepasang kebaya kelabu kat Jusco. Saiz I XS nok! XS TU BUKAN S! HAA NAK BANGGA SIKIT! Lepas tu dapatlah beli kasut kat Vincci sepasang. Gila suka kasut tu. Jatuh cinta. Tapi yang sedih tu duit melayang macam tu je lah. Habis RM300 untuk 2 barang je. WEYH!! 2 BARANG JE=RM300. Duit sekarang ni nampak sikit je kan. Kalau ada RM100 je tadi memang tak dapatlah nak beli kasut idaman hati I tadi tu. Kasut sekarang pun dah beratus ratus. Nasib baik tak Rm300 kalau tak mana den nak cekau duit. Tapi yang lagi sedih tu ada satu cardigan leapord kat MNG tu, I berkenan gila tapi tak dapat nak beli sebab duit sudah habislah. Nasib baiklah pikir nak kahwin tahun depan kalau tak dah habis I borong satu Jusco tadi. Lagi satu sebab fikir ni raya maka kena beli baju kurung-baju kebaya-baju kurung kedah-kaftan semua sebab kalau beli jeans biasa atau baju tee shirt biasa semua boleh beli hari lain tapi kalau baju kurung serta kebaya amat jarang nak beli di bulan bulan biasa maka bulan nak dekat raya ni memang wajiblah nak kena beli baju tadisional. Ceewahh padahal baju raya ada 3 pasang je tahun ni berbanding tahun lepas yang lebih satu iaitu 4 pasang.
Oklah, dah penat kaki I ni dok jalan-jalan kat Jusco tadi dengan Apek, sekarang I mau pergi rehat dan pergi www.tonton.com.my nak tengok cerita 8 Bulan. Update ni pun sebab nak tengok 10tahun akan datang macam manalah harga kebaya dengan kasut. Dapat lagi tak beli 2 barang dengan duit RM300 je, ke 10 tahun akan datang Rm300 dapat satu barang je. UISHH!! PENGSAN!! Boss, sila upgrade gaji saya.
No comments:
Post a Comment