Sunday, August 15, 2010

Buka Puasa dengan Si Baik Hati


HAIP! JERAWAT ATAS DAHI NI MEMANG BIKIN SLACK!
Rambut I dah makin teruk. Dah makin tak ada struktur. Dah makin degil. Tak tahu nak lentur tang mana dah tu yang sekarang ni getah rambut dan cekak merupakan sahabat baik I.


Time ni dah bukak pose dah, tapi kiterowang dekat stesyen minyak sebab pergi tunaikan hasrat adik ketiga I si IQa teringin nak makan sate dengan ayam percik. Haishh! Nasib baik ko duduk jauh kat Sungai Siput ceruk kampung sana kalau tak memang tak ada maknanya nak tunaikan hajat ko tu! I ni biasalah, kalau boleh keluar lagi lambat dari rumah tu memang lambatlah I keluar. Nasib baik Apek ni si penyabar, I cakap pukul 7 dia paham dah, pukul 7 tu bukan I sampai depan rumah dia tapi keluar dari rumah I. Ahahahaaa! Nasib baik I ada beli Apam Hangus Coklat kat bazaar tadi kalau tak tak tau dah nak bukak pose makan apa. Perghh memang terbaiklah makcik medan gopeng punya Apam. SOODAAAPPP!!! Apek cakap asal nak keluar dating je tak pernah nak aman kalau dengan I. Biasalah bro I ni kadang-kadang artis kadang-kadang menjadi si kakak dan anak yang baik hati.

TENGOK! Apek teruja lebih sampai I nak snap gambar apam tu pun dia tak bagi. DAYUS GILA! DIa cakap orang dah lapar dia boleh pulak nak snap pic. BIASA BRO! KO TERUJA LEBIH TAK APA PULAK KAN??


Kiterowang makan kat SSI. Alah yang depan Bank Islam kat Padang Ipoh tu. Haa kat situ je kiterowang makan tapi kedai yang kiterowang selalu makan tu tutup pulak hari ni maka makanlah kat gerai hujung sekali. Nampak macam bersih je.

Mentang-mentang I belanja, Apek order fresh oren besaq punya! Dasar pengikis tapi dia cakap I kikis dia lagi dasyat. EHH WAK LU! Bila pulak? Saya baik tau. * kelip-kelip mata

NASI GORENG AYAM
Tak sedap! Tawar, tak ada rasa. Keciwa Apek. Awal-awal dia dah cakap mesti tak sedap, tapi I positif I cakap mana u tau, lepas tu dia diam. Bila sampai dia cakap memang tak sedap lepas dia suap dekat I, I cakap "OK JE". Apalah! Bagi kat I yang tak tahu rasa makanan ni, memang jawapan keciwalah dia dapat.

YONG TAU FOO
Serious sangat hanyir. I sampai nak muntah ok! Dan memang dah muntah pun. Apek cakap maybe dia tak tukar air rebusan dia. OK DAT SO EUUUWWWWW!!!!!! I ingatkan nak makan kat tempat feberet yong tau foo I dengan Apek kat Food Court Meru yakni kawan I punya kedai tapi tu lah jauh sangat tapi memang tak lah nak makan kat SSI tu dah, sanggup I bazir minyak pergi Meru. At least berbaloi baloi.


AEFY & WAN, TUNGGU OK! HUJUNG BULAN NI AINEE NGAN APEK TERJAH SANA! Yong tau foo korang memang the best in town siap boleh plih nak goreng ke nak rebus. Perghh! Terbaik! Siapa nak tumpang book siap siap ok! Duit minyak tu haa jangan nak buat lupa pulak.

No comments:

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...