Monday, July 12, 2010

Setakat Nak Bercinta Untuk Hilangkan Kesunyian Tak Payah Ehhh!

I tak pahamlah ada juga ehh jenis manusia yang kapel untuk hilangkan kesunyian je. Untuk apa orang kata, habis madu sepah dibuang. Kena ke peribahasa ni dengan suasana yang I cuba sampaikan ni?

Ada kawan I ni kan, aipp bukan kawan I yang kat atas ni tapi kawan yang lainlah. Kawan I ni kan dia kan cantik, comel, kelakar, sweet tapi entahlah kenapa bf dia ni tak hargai dia. Hari-hari asyik nak maki je. Kawan I ni dah lah jenis clumsy. Orang marah pun dia gelak-gelak je. Alahai! Comelnya ada perangai macam tu kan? Dahlah tu, kawan I ni sanggup berubah demi laki ni. Kawan I ni dulu kiranya sosial jugalah kan, bukanlah sosial sampai merosakkan diri tu kan. Dia setakat pergi clubbing clubbing je lepas tu keluar malam lepak-lepak. Lepas je kapel dengan laki ni dia terus dah tak pergi clubbing, lupakan life malam dia sebab laki ni mengongkong. Dalam hati I dah bising dah, laki tu suruh kawan I berubah tapi dia tu berubah ke? Dia pun pergi clubbing. Macam mengajar anak ketam berjalan je. Tapi biasalah semua benda yang nak kena ubah kan mestilah ambil masa betul tak?


Dahlah kawan I ni menyingle lama nak mampus, tup tup bila dia dah dapat si jejaka yang berjaya menambat hati dia mestilah hati dia gembira tak terkata kan? Tapi bila ko dah bagi dia harapan, bagi dia cinta, bagi dia hari-hari senyum sebab angankan kau, KAU BOLEH PULA BERPERANGAI SEPERTI TAHI KAN?? Tahi pun tak berperangai seperti ini tau, tahi pun tahu dia busuk maka bila orang flush dia, bila kucing timbus dengan pasir dia pun tak ambil hati sebab dia sedar dia busuk. ENGKAU PULA, BILA ORANG DAH BAGI CINTA SEPENUHNYA BOLEH PULA BUANG-BUANG MACAM TU JE MACAM DIA PULA TAHI!


**mendengus macam kerbau...


Dah tu pulak, muncul pula bekas awek laki ni. Boleh pulak nak mengorat mengayat bf kawan I ni. Perempuan ni tahu yang kawan I ni gf kepada ex-bf dia tapi ayat dia berapi lagi kencang, dia cakap dia tak kisah yang bf kawan I ni ada kawan I. SHIT WEYH KAU! Meruntuhkan rumah tangga orang lain. Ye lah memanglah tak kawin lagi tapi kalau dah kapel tu mestilah nak bahagia lepas tu kahwin dapat anak yang comel, dapat cucu yang comel. TIBA-TIBA I PULAK RASA TAK SABAR NAK ADA ANAK YANG COMEL NI KENAPA??? KENAPA??

Sekarang ni, I kesianlah kat kawan I ni. Dia ni ibarat macam pemecah kesunyian si lelaki ni je. Bila laki ni dah jumpa orang yang dia sayang dulu, dia sengaja je cari point nak mintak break dengan kawan I ni. Kawan I ni pun baru je kapel dengan dia tak sampai pun 3-4bulan tau. Kesian kawan I nangis-nangis dia sebab dia sayang kat bf dia ni. Ye lah, bf dia dah mintak break lepas tu dah tukar status dekat FB. ALOHAI KAWAN, kalau perang besar mana pun janganlah tayang kat FB. Matanglah sikit. Benda boleh settle, kasi duduk mata tentang mata, kasi bincang baik-baiklah machaaa! Ini benda manyak kecil juga saya lihat. Kepercayaan tu paling penting dalam hubungan tau. Itu je yang pasangan kapel kena pegang. Bukan pasangan kapel je, parents pun kadang-kadang tak percaya anak dia boleh jadi doktor sebab anak dia dulu kecik-kecik otak lembap inikan kapel hingusan kan? Sebab apa I cakap pasal kepercayaan? Sebab bf kawan I ni tak percaya dekat kawan I ni.

Paling baru, dia boleh pulak nak mengepau kawan I ni. Dia mintak topup. OK! Kalau mintak tolong topup untuk mengubat hati kawan I yang lara yang hatinya dah berkecai-kecai tu tak apalah juga kan. NAK TAHU TAK APA ALASAN DIA BAGI UNTUK TOPUP TU?? Dia nak mesej dengan ex-gf dia! Weyh ko tahu tak ko dah macam campak garam kat luka hati dia? KO TAHU TAK?? KO SEDAR TAK?? Kejamnya kau wahai bf sahabatku. I pun sekarang tak tahu dieowang kapel lagi ke tak sebab kawan I pun konfius. Status kat FB, masing-masing dah single. Alah sahabatku, ko single je lah senang. Ko tengok si Konisak tu, hepi hepi je menjadi seorang yang single mingle. Dia panas hati pun, panas hati dengan aku sebab kadang-kadang aku ingat aku bf dia rupanya aku perempuan dan aku merupakan gf kepada Apek. Perempuan rupanya saya!



FOR MY FRIENDS OUT THERE, PERCAYALAH SEMUA NI ADA HIKMAH! MESTI ALLAH NAK BAGI KO LAKI YANG LEBIH BAIK DARIPADA LAKI SEKARANG NI. U DESERVE SOMEONE BETTER DARLING!

8 comments:

princeduyong said...

amat betul kata2 awak tu....

Ainna Jalil said...

damn! u right dear!
i sekarang amat gemar digelar single!
happy je..xayah nak sedih2 :)

Emira Darmia said...

ckp kat kawan ainee tu..
lek je..jgn sedey2..
laki berlambak je kat luar tu..
somemore kawan u cun..
jgn tunjuk lemah dpn laki..
nnt laki pijak2 kita...
tunjuk kat dia yg kita lagi bagus...
ckp kat laki tu...bukan kawan ainee yg x cukup sempurna utk bf dia..tp bf dia tu yg cacat utk dia..so baek dia cow cri laki laen..

Ainee Cumi said...

princeduyong: amboih! sedara kepada ariel the little mermaid rupanya... betul kan apa yang i cakap kan??

Ainee Cumi said...

enna: tu lah aku rasa kena suruh dia jadikan ko contoh lagi satu selain konisak..hehehehh!

Ainee Cumi said...

emira: wahh ayat u ni kalau dia baca ni mesti semangat dia berkobar kobar..sekarang ni dia tgh down gila

lovelove said...

jahatnye laki tue..
he doesnt deserve her..
that gurl bole dpt better...
much better...

Ainee Cumi said...

lovelove: too bad! dieowang dah kapel balik..biasalah cinta kan buta..penat dah i nasihat..biarlah janji kawan i hepi hepi. I pulak yang sentap lebih sekarang ni..GERAM TAU!

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...