Tuesday, July 13, 2010

Selamat Tinggal Adik Ke-3

Hari ni I amik cuti sebab nak hantar Iqa masuk kolej. Dia masuk Kolej Komuniti Sungai Siput. Ambil bidang pelancongan. Cehh! Bahasa pun tahu bahasa melayu dengan bahasa inggeris je, sungguh tak maju. Ambillah bahasa perancis ke, bahasa jepun ke bagus juga. Untung-untung, dia dapat ajar I kan??kan?? Lepas tu boleh beria tengok cerita perancis, tengok cerita Jepun tak payah pasang subtittle.


SUASANA BONET MALAM SEMALAM





TIPS DAFTAR KOLEJ
Tak payah datang awal-awal pagi subuh bagai. Penat badan je. I bertolak dengan famili I pukul 10.30pagi dari rumah. Rilek je sebab kawan ayah I datang pukul 8pagi pun tak settle settle lagi anak sedara dia. Kiterowang yang settle dulu. BERBULU JE KAWAN AYAH I TU! Hehehehe! Mintak maaf ye pakcik, kami ni VVIP.


Lelaki-lelaki kesayangan I. Ehh bukan pakcik hijau tu. Pakcik Hijau tu pakcik yang berbulu-bulu tu. Ehh bukan! Bukan! Bukan berbulu macam mawas, BUKANLAH!!! Dialah yang berbulu sebab kami datang lambat tapi settle cepat. Lelaki-lelaki kesayangan I mestilah Joe Tiger dan Eddie Joe sahaja ehh! Ohh, Apek sekali. Tapi Apek tak ikut sebab tak muat kereta. Mak I tak ikut sebab kena ambil Ifa kat sekolah. Ifa tak reti nak ponteng sekolah sebab dia ada percubaan UPSR. Ayah I dah macam buat reunion pulak, asyik terserempak dengan kawan je pun kat kolej komuniti ni. I tak ada pulak kan nak setembung dengan jejaka hensem ke apa kan. AISEY! PENAT I CUN-CUN TAU, HABUK PUN TARAK!


Dan semalam I dapat anting-anting baru. JELES KAU NYAH!!! Trainee comel kat tempat kerja I bagi kat I tau. Nama dia Ruwen. Dia memang sangat comel, sweet, manja.. Ehh semua ciri-ciri comel ada kat dialah, penat I nak list kat sini. Terima kasih Ruwen. Trainee kali ni baik-baik betul, siap tahu lagi I ni memang peminat anting-anting. Terharu akak receptionist. Akak ke? Trainee pun lagi tua dari I. Ada hati nak jadi akak. Bangga I, konon I lah paling muda kat ofis I tu.

Baru Vincci, belum lagi dapat subang emas. Kalau dapat, mau heboh satu bumi!!


TADAAAA!!! Ni lah kolej adik I. Nun jauh ke dalam kelapa sawit. Tak adalah jauh mana, 3km je. Nasib baik adik I dapat rumah sewa dekat je dengan kolej, tak payah penat-penat naik bus semua. Jalan kaki je dah boleh sampai.


Masuk-masuk je kolej ni, uuuu makkk aihhhh ramainya manusia. Tak percaya?? Betul, tak tipu!!


I dah cakap dah ramai. Ni kalau nak buat kenduri ajak gotong ramai-ramai pun boleh, tak payah nak penat upah katering.

Lepas tu dah habis daftar semua apa lagi, pergi rumah sewalah. Rumah sewa semua kolej dah sediakan. Ohh! Yang sebelah tu kawan adik I yang bernama Ira. Untung kau, dah lah satu sekolah, dapat pulak satu kolej, sama bidang pulak tu. Tak cukup dengan tu dapat satu rumah pulak tu. Aihh lepas dah satu rumah, satu bilik pulak. Amboihh! Untung sungguh korang ya! BELAJAR RAJIN-RAJIN YA KAMU BERDUA, KALAU TAK!! SIAPLAH!!


Alahai caringnya bapak I ni, bawakan Iqa dengan Ira milo ais dan makanan. I LOVE U AYAH ROXX!! WHY U BEING SO SWEET HUH, AYAH??

TIPS MAKAN
make sure makan siap-siap dekat rumah sebab gerai kat sini menggila cekik darah. Gerai dekat luarlah, kalau dekat dengan kolej tu I tak tahulah berapa kan. Tapi I dengan ayah I and Eddie makan kena sampai RM27. Baru 3 orang tu makan. GIla mencekik!

TIPS RUMAH SEWA
tengok! I siap bagi tips lagi. Kalau siapa-siapa dapat kolej komuniti mana-mana dia ada suruh contact orang rumah sewa untuk booking kalau berminat, SILA DAN SILALAH kontek dia. Tak payah penat-penat telefon, hantar mesej je sudah. Dia bukan mintak apa pun, dia mintak nama dan number IC sahaja. Lepas tu jangan lupa cakap kat dia nak rumah dekat dengan kolej. Kalau ada kawan yang dapat satu kolej dengan kita, kalau memang dah sehati sejiwa macam kalau berpisah boleh matilah kan, haaa cakap kat dia nak satu bilik dengan kawan tu. Lagi satu tips kan, macam adik I ni dapat bilik-3. MEMANG! Memang kecik gila, so kalau boleh mintak bilik 1. Mintak master bedroom. Besar dan selesa walaupun tinggal 6 orang satu bilik. Siap ada bilik ayor lagi. Kalau korang tak bookingkan, alamatnya merintihlah korang tak tahu nak merempat kat mana.

Ruang tamu dia oklah! Sejuk, luas. Selesalah! Tapi sayangnya tak ada TV dan tak ada sofa. MATILAH KO IQA, TAK ADA HIBURAN! Nasib baiklah ko bawak TV dan radio. Tapi sayangnya, TV tak boleh pasang sebab tak ada ariel makanya ko kena dengar radio je lah Iqa oii.. Minggu depan baru ayah datang pasangkan ariel ok.


Bilik dia super kecik. Besar lagi bilik I. Ehh memang besar lagilah bilik I. Dahlah kecik, dia sumbatnya 6 orang dalam satu bilik. Lepas tu kan, kiterowang kan datang lambat maka tak dapatlah katil bawah. Tapi nasib baik ada makcik baik hati, suruh anak dia bersimpati terhadap adik aku yang berbadan comel ni kan, dia suruhlah anak dia tidur katil atas. Thanx makcik, u are so sweet. Dahlah datang dari Negeri Sembilan. Ohh! I dah berkenalan dengan anak makcik tu, nama dia Zila. Bukan Zila Bakarin ya, tapi cun juga budaknya. Maybe ada bau bau bacang dengan Zila Bakarin kot. Bau-baulah kan!

Katil adik I yang cadar warna ungu tu. Dia bawak barang macam nak pindah rumah terus. MACAM NAK UCAPKAN SELAMAT TINGGAL HAKTUIHH TERUS KAT FAMILI JOE NI! AMBOIHHHH KAU IQA!! TENGOKLAH TU, SIAP BAWA 2 TEDDY BEAR LAGI. Tapi padan muka, bawak teddy bear semangat-semangat tapi lupa bawa bantal. Kehkehkeh!


Almari memang gila kecil. Jangan lupa bawa pad lock untuk kunci almari tu. Tengok! Tips lagi.


Dah siap-siap semua, kiterowang pun pulanglah dengan meninggalkan Iqa kat situ. Iqa rilek je buat muka tenang. Kalau I, memang everyday, every minute semua nangis je lah kerja I. Nasib baiklah si Iqa ni hati cekal kering semua ada. Ye lah, lagipun kawan dia si Ira pun ada kan, apa ada hal.


SAYONARA IQA! BELAJAR BETUL-BETUL OKAY! MANA TAHU BOLEH KERJA DENGAN MENTERI PELANCONGAN KE KAN, BESTT WOOOO!!!

2 comments:

Emira Darmia said...

yes i'm ur seniorlah...mgs-rian
huhuhu

Ainee Cumi said...

emira: hey! i da agak da... hebatnya I...hehehehehhe!!! HAI SENIORR!!

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...