Wednesday, July 7, 2010

Mari sini nenek nak bercerita : THE LITTLE RED RIDING HOOD

Alkisahnya bermula, ada seorang budak perempuan yang dipanggil The Little Red Riding Hood. Kenapa Red Riding Hood? Kenapa tak ikan hud hud je? Ini semua gara-gara cape yang nenek dia jahitkan untuk dia tu berwarna merah. Dan dia selalu pakai cape tu. Ajenya beno korang tak tahu cape tu apa.

Yang warna merah tu lah dipanggil cape. GET THE IDEA? GOODDDD!!

Pada suatu hari, dia nak pergi melawat nenek dia yang sedang sakit. Dia nak hantarlah makanan kat nenek dia ni sebab mak dia suruh. Ye lah dah lah tua, tinggal sorang lepas tu sakit pula, siapa nak masak untuk dia makan? Kesian nenek!

Tengah Little Red Riding Hood ni berjalan menempuh hutan menuju ke rumah nenek dia, adalah seekor serigala yang sangap nak makan si Little Red Riding Hood. Dia pun tanyalah Little Red Riding Hood ni, "Cik adik manis, cik adik manis nak pergi mana juga??".

Lalu, Little Red Riding Hood ni pun bagitahulah dia nak pergi rumah nenek dia untuk hantar makanan. Dia lupalah tu, mak dia dah pesan, DONT TALK TO STRANGER!! Approve stranger kat FB pun tak boleh inikan nak cakap dengan stranger. No! nO! NO! Si serigala ni pun pandai ohhh, dia suruhlah si Little Red Riding Hood kutip bunga untuk nenek dia barulah orang tua tu ceria nanti tengok bunga-bunga segar. Little Red Riding Hood pun buatlah apa yang dicadangkan oleh serigala tadi. Sementara dia tengah kutip bunga, si serigala ni pun pergilah rumah nenek dia dan berlakon jadi Little Red Riding Hood. Lepas tu si serigala ni tak pikir 2-3 kali apatah lagi 10kali, dia terus telan nenek Little Red Riding Hood bila nenek dia bukak pintu.

Tak lama lepas tu, Little Red Riding Hood pun sampailah.

Little Red Riding Hood pun tengoklah nenek dia. Dia pun pelik tengok mata nenek besar semacam maka dia tanyalah, "Kenapa mata nenek besar??". Lepas tu serigala pun jawablah, "Untuk melihat kamu dengan terang. Lagi besar, lagi terang!!".

Lepas tu Little Red Riding Hood tegur hidung dia pula. "Besarnya hidung nenek! Sebelum ni tak macam ni pun". Serigala pun cakaplah, "Ini untuk bau kamu dengan jelas. Lagi besar hidung lagi kuat dapat bau kamu".

Mata dah, hidung pun dah, kali ni Little Red Riding Hood terkejut tengok tangan nenek dia yang besar pulak. Dia pun cakaplah, "Besarnya tangan nenek!". Serigala pun cakap, "Tangan yang besar ni untuk pegang kamu erat erat dan dapat pelok kamu ketat-ketat".

Dan yang terakhir. Soalan ni lah paling gabra sekali. Little Red Riding Hood pun tanya, "Kenapa pula gigi kamu besar, mulu kamu pun besar juga. Kenapa? Kenapa?" tanya Little Red Riding Hood untuk mencari kepastian, jangan bikin panas. Serigala pun jawab, "Ini untuk membuka mulut saya seluas mungkin dan jadikan kamu makanan saya," sambil dia buka mulut dia luas-luas bersedia untuk menerkam Little Red Riding Hood dan merasai dangingnya yang manis dan tak liat macam nenek dia.

Tapi, biasalah mana-mana cerita mesti ada hero. AND YEAH! Hero datang. Tak sempat si serigala nak makan Little Red Riding Hood, ada seorang pemburu tanpa fikir 2-3 kali melepaskan tembakan ke arah serigala. Lepas tu pemburu pun belah perut serigala lalu keluarlah nenek dia hidup-hidup. AMBOIHH!! DAH KENA TELAN PUN BOLEH HIDUP LAGI.







Yeah! Ni yang real punya serigala dengan Little Red Riding Hood. Boleh pulak kan serigala pakai spek? Pandai ko menyamar jadi nenek aku yer serigala!

Ifa cakap ni bukan serigala tapi harimau. Lantaklah I nak cakap juga ni serigala. Kiterowang gelak terbahak bahak bila nak snap pic ni. Maunya tak kelakar? I tunjuk Apek pun, Apek gelak. Ifa buat topeng ni untuk matapelajaan Sivik dia. Semangat tu buat besar-besar. Haishh I tak boleh tengok lama-lamalah, nak tergelak.

Pandangan sisi ko lagi nampak macam nenek, serigala oiii!! Style lah serigala ni. Nak main pijak-pijak perut boleh??


Pengajarannya, kita jangan cakap dengan orang yang tidak dikenali. Dengar ya nasihat ni adik-adik! Kalau tak dengar nanti kena makan dengan serigala, mak tak bertanggungjawab!

4 comments:

enyheartsdiamond said...

ohh! dis is sweet honey :)

Siew Mei said...

LOL

Ainee Cumi said...

eny: kelakar adalah babe

Ainee Cumi said...

siew mei: ahahahhaha! u love it, rite??

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...