Thursday, June 3, 2010

AINEE CUMI IS A LEGEND? Biar betul??("_O)


CERITA NI MEMANG I NANTI NANTI SAMPAI BOLEH MAKAN KAT SERI MENANTI SANGAT SEBAB DAH MENANTIKANNYA UNTUK SEKIAN LAMA!


Teringat kot dulu zaman sekolah pinjam kat kawan-kawan novel Ahadiat Akashah ni. Waktu tu tak silap form 2. Nak buat macam mana kan diri tak mampu nak beli. Duit belanja RM3 je weyh lepas tu dah makan minum kat kantin tu lagi beli pemadam comellah, pensil comellah mana nak ada balance. Maka pinjam tu adalah satu kewajipan dalam kamus. Kena pandai berlakon, buat-buat sedih, buat-buat sawan depan member yang ada novel tu barulah dia bagi pinjam lebih dari sehari. Ye lah kalau dia bagi pinjam sehari je mana sempat nak habis baca weyh. Tebal tuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!Waktu tu memang demam sangat baca novel-novel macam ni kan sampai I pun sangap tulis cerpen pendek-pendek sekadar suka-suka. Lepas tu bagi kawan pinjam. Bagi dieowang baca. Dieowang cakap best! Masa tu tersipu-sipu malu dalam hati cakap silap tak kenakan bayaran kalau tak boleh beli novel Lagenda Budak Setan yang tebal nak mampus tu. Amboihh!

Tapi sekarang ni feel nak menulis dah tak ada. Feel nak membuka plot-plot cerita dah hilang sama macam Ahadiat Akashah hilang feel menulis dia juga kot. Eee perasan sungguh kan? Geli tak sampai rasa nak dengar lagu Gelimat banyak-banyak kali kan?kan?

Padahal dulu ada feel menulis sebab suka berangan. Tak ada boyfriend maa. Kecik lagi mana boleh bercinta nanti ayah marah, cikgu marah, semua orang marah. Bila angan-angan tak tercapai maka adaptasikan dia dalam cerpen. Bila cikgu suruh tulis surat kiriman tak rasmi, seronok habis sebab dapat create nama-nama yang konon bandar habis. Tak mainlah weyh Ali ke Kiah ke Abu ke. Tu semua untuk reka ayat-ayat budak darjah satu macam,

"Ali suka main bola Abu."

Apehal entah Ali suka main bola Abu. Mainlah bola sendiri.

I ingat lagi salah satu karakter I nama dia Isdaniel. Lepas tu kawan-kawan semua bahan cakap apalah dah Is, Daniel pula. Dulu baget nama Isdaniel tu rare lah sangat kan?


Tapi peduli apa dengan semua tu, I memang nak pergi serang panggung sekarang. I tau I takkan bazirkan duit I tu sebab cerita ni I tau memang best. Bayangkan si Farid Kamil yang tak adalah hensem mana pun bagi I selama ni jadi hensem macho gila sampai meleleh air liur tengok dia dalam poster ni. Ye lah weyh gaya macam bad boy gila lepas tu rambut style nak mampus. Macam Alicia Keys versi lelaki. Weyh! Tak leh tahan! Tak leh tahan!


Dahlah nampak gila sweet si Lisa dengan Farid dalam poster ni. Kalau tukar Lisa tu jadi I, Farid tu jadi Apek, kowang rasa laku tak cerita ni? Bhahahhaha! Ok tak lawak. Sengal ada!

OK! KENA BLAH SEKARANG! SEBAB KALAU TIDAK HABIS SAMPAI ESOK MALAM TAK HABIS-HABIS CERITA PASAL KEINGINAN NAK TENGOK CERITA NI!

Roger and out!

No comments:

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...