Ok! This is the best part.
ESOK I AKAN TENGOK MOVIE DENGAN APEK KAT RUMAH I! Memandangkan TV kat rumah I tu 80inci kan, apa salahnya gunakan kelebihan yang ada. Feel sama je macam dalam wayang babe. Free pun free cuma perlu keluarkan Rm5 je untuk satu cerita. Boleh makan nasi goreng lagi sambil tengok movie. Kalau rasa nak kencing ke nak mengeluarkan najis dari dubur ke apa susah boleh tekan butang Pause. Cuba kalau kita tengok kat wayang mana boleh weyh nak pergi tandas nanti duit rugi juga sebab tertinggal scene paling best. Tambah-tambah part bercium. Amboih! Kowang suka kan? I memang tak lah, I innocent, I tutup mata wooo kalau part ni datang. Malu! Malu!
OK! So malam ni kena buat appointment dengan itu cina dekat itu Ipoh Jaya juga sebab mau beli DVD baik original punya I repeat original punya ehh tapi harga Rm5 je. Murah hati gila apek-apek tu original jual Rm5 je. Dahlah ramah mesra, memang I sukalah service dieowang. A++++++. Kalau siapa orang Ipoh nak tahu kat mana tempat panas berapi ni kan sila tinggalkan emel anda sebab ini barang baik punya. Ecehh! Gaya cam jual dadah je kan?
LIST DVD DALAM KEPALA OTAK I
Woohaaa the hot J.Lo. Auwww! Mesti super sweet ini cerita. Nanti bila I bawa adik I si Ifa comel tu mesti dia akan cakap, "Eeee akak takde ehh nak romantik-romantik. Akak asyik nak romantik je".
Lepas tu bila I buat muka kesian sambil buat muncung sambil kelip-kelip mata sikit terus dia cakap, "Ok! Tapi satu je tau!".
Auwww! Comel je! Sebab I memang suka cerita cerita romantik, jadi mangsa kena pau siapa lagi kalau bukan adik I tu kan. Budak kecik apanya nak romantik weyh! Dia layan cerita animasi je kerjanya. Poyo!
Wahh cerita ni Apek dengan Ifa nak sangat tengok! Addict sangat dengan Avatarnya. Unsur airlah apilah apalah. Lantaklah, I zass je.
Alahai mesti best gila cerita ni. Mesti gelak pecah perutlah tengok cerita ni. Wohh tiba-tiba tak sabar nak tunggu esok.
Wahh ini cerita action. Mesti lagi best! Dahlah heroin kacak dan gagah. Heroin pulak gila cun. Tapi heroin dia I suka dalam cerita ni je, bila kat luar biasa je muka dia. Body pun macam lari sikit je. Kiranya macam I lah heroin ni, dalam gambar macam cun je, macam ehh bukan memang ehh padahal kat laur muka tongkang. Yeah! I lagi suka tengok perempuan cantik daripada laki hensem. Apakah?
Cerita ni ayah I nak sangat tengok. Dia cakap ini cerita aaa mesti best woo sebab dia cakap ini cerita dulu-dulu waktu dia remaja juga pernah keluar. Wah mesti I terkepit ketakutan. Ye lah korang semua dah tengok kan cerita ni, I je ketinggalan. Yelah! Yelah!
PALING PALING PALING I NAK TENGOK! Dulu I ingat lagi waktu kecik-kecik dulu I dengan adik-adik I dok ulangtayang tengok cerita koboi ni je. Dulu mana ada cd, mana ada vcd. Guna tape je. Lepas tu bila muncul cd, cerita pertama I layan ulang tayang banyak kali apa lagi kalau bukan teletubbies. Dulu I rasa telletubies tu comel sangat sampai I namakan watak-watak tu dengan nama adik-beradik I memandangkan kami pun empat beradik. Lepas tu mintak ibu belikan anak patung teletubbies sorang satu. OHH COMEL GILA WAKTU ZAMAN KECIK. RINDU!!
Ok senarai cerita pun da list out, sekarang jom kira berapa penjimatan yang I boleh buat kalau tengok DVD kat rumah dari tengok kat wayang.
WAYANG
Hero & Heroin: Apek & Aini
Cerita: 6xRM9=RM54(ni baru sowang kat bawah tu I kira untuk 2 orang)
Jumlah duit keluar=RM108 tak termasuk minyak, makan dan parking
RUMAH
Hero & Heroin: Apek & Aini
Watak tambahan: Ifa
Cerita:6xRM5=RM30
Jumlah duit keluar=RM30 makan free, transport takde. Letrik je kena bayar.Itupun ayah yang bayar. =))
Jumlah keuntungan kalau tengok dekat rumah=RM78
Weyh RM78 boleh beli macam-macam kot bai. Tambah Rm2 boleh pergi register nak ambil lesen kereta tapi dengar ceramah je lah erkk. Siap boleh panggil pelakon tambahan berapa ramai pun takpe. Uishh memang berbaloi baloi tapi make sure Tv kalau boleh sekecik alam lepas tu pakai headphone ok! Memang berkedip-kedip mata tengok lepas tu sumpah seranah lahabai baik aku pi tengok wayang. Sapa nak join I, Apek dengan Ifa boleh tapi sediakan RM20. Makan minum disediakan.
No comments:
Post a Comment