Wednesday, October 21, 2009

kucing pun ada penyakit tahu

Semua orang sayang kucing. I pon sayang juga. Famili I pon sayang juga. Nabi lagilah sayang dekat kucing. Jadi kucing wajib hadir dalam hidup kami. Kalau tak ada kucing, adik-adik I sure merayu dekat I suruh I buat muka tebal, muka ayam dekat kawan-kawan dan makcik kantin sekolah untuk dapatkan kucing. Apa-apa jenis kucing pun tak apa, kami tak memilih asalkan boleh main baling-baling sangkut atas kipas. Tapi kalau dapat kucing seCOMEL ini adalah SATU BONUS!

Jadi saya saja godek gooogle, geletek-geletek dia sampai dia mengeluarkan info tentang penyakit kucing. Mana tahu in future si UPIK ABU dan LAURA jatuh sakit. OHH!tak lupa juga kepada JESSICA.


Mari kita ke segmen KUCING KU ITU BUKAN KUCING MU..=)


1.ASMA
Tengok, kucing pun ada asma. Barulah I tahu selama ni kucing I yang bernama COMEL satu ketika dahulu mati akibat asma. Selama ni I ingatkan dia tercekik ke apa. Macam mana kita nak detect?? Senang je, kalau dia batuk-batuk macam something tersangkut dalam kerongkong dia ataupun dia bersin. Batuk dia tu bukan macam batuk biasa tapi batuk yang kering then kucing comel ni akan tundukkan badan dia serendah yang mungkin dan tengkuk dia akan dipanjangkan. Kan bagus kalau kucing pun ada benda press-press tu, senang sikit kalau kita nampak dia batuk macam atuk tua tu boleh kita kasi dia sedut benda asthma tu..=)


2.CANCER
My friend punya kucing ada kanser tahap ke-3, kesiannya dia. Kalau operate pun peratus hidup 50-50. T_T

Kanser kucing ni kita boleh detect same as normal person like us punya signs.
a. Ada ketumbuhan yang makin membesar
b. Hilang selera makan
c. Kelukaan
d. Sukar untuk menelan makanan & memuntahkan makanan
e. Sukar untuk bernafas

Untuk mengelakkan kucing kena penyakit kanser ni, kita kena kasi dia makan makanan mahal-mahal je. Choosy pulaks kan kucing ni. *PIAPP!!
Kita kena make sure makanan yang kita kasi tu tak tinggi sangat karbohidratnya. So please choose makanan yang LOW GRAIN dan kalau boleh 100% NO GRAIN. OK lepas ni I akan sumbat Whiskas banyak-banyak dalam mulut si Laura dengan UPIK so dat tak membazir sebelum menukar menu ke ROYAL CANIN. Tak boleh IAMS sebab siggplus cakap mereka jahat test-test produk dekat haiwan...;(


3.KIDNEY DISEASE
Benda ni senang nak detect kalau kita ada sediakan mangkuk untuk kucing kita kencing. EEEUUUWW!! Kalau penghasilan air kuning dia tu melampaui batas maknanya dia ada masalah dengan pundi kencing dia jadi jangan ragu-ragu untuk bawa dia berjumpa dengan doktor.=o


4.DIABETES
Kompem Garfield ada penyakit ni sebab dia kan suka makanan yang bergula-gula ni. OK!Kenapa tiba-tiba rasa nak makan lasagna walaupun terang-terang lasagna dekat PIZZA HUT tak sedap langsung?

Penyakit ni dia admire sangat kucing yang mok-mok yang bila dia baring atas lantai orang ingat dia karpet sebab dia gebu sangat rasa nak pelok. Jadi hargailah kucing anda, jangan kasi dia gemok sangat nanti terkena penyakit garfield ni pulaks. Penyakit ni kita tak boleh detect so kita kena bawa pergi medical checkup then doctor akan test darah dia. WOAHH!!sebiji macam manusia kan??


5.FELINE LEUKIMIA
Penyakit ni menghasilkan lebih banyak sel darah putih dari sel darah merah. Macam mana ia berlaku? Melalui persetubuhan(ahahhahah!ok, kidding!)..melalui perkongsian mangkuk makanan, tempat melempiaskan tahi, nose contact dan penyakit keturunan.

Penyakit ni tak ada ubat tapi ada suntikan pencegahan. Sedihnya bila kita tahu kucing kita akan mati walaupun kita tahu tahu dan tahu dia memang tak boleh hidup lama. YEAH!FACTS IS HURT!


6.FELINE INFECTIOUS PERITONITIS (FIP)
Sumpah terbeliat lidas nak membaca penyakit ni. Dalam nama dia yang panjang-panjang tu penyakit ni ialah penyakit yang boleh melumpuhkan organ sistem kucing. But it depends organ mana yang infected.

Senang je cara nak hindari penyakit ni, kalau boleh make sure tempak berak dia dengan tempat makan dia diceraikan talak tiga(maksudnya jangan letak tempat makan dan berak dekat-dekat).. Then janganlah malas sangat nak bersihkan tahi dia, kalau boleh tiap-tiap hari kena make surekan tempat berak dia bersih. Haaa korbankan masa tidur tu jangan malas-malas. MARI TIRU MACAM SAYA! Bangun awal pagi, kemaskan tempat tidur kucing, tukar air, bagi upik abu dan laura disusukan oleh Jessica, dan buang segala tahi yang mereka telah laburkan kat loji pembuangan.

Dan kalau boleh litter box punya pasir tu ditukar seminggu sekali. Haaa barulah bersih, barulah tak ada kuman dapat hidup dekat situ. Lagi satu kebaikan, rumah pun tak busuk dan tak dihinggapi bakteria.

Ada lagilah, kalau kucing korang mati sebab disease ni jangan bawa kucing baru masuk 1-2bulan after dat sebab nanti kucing baru pula kena penyakit ni. Come on larhh takkan kasih sayang cepat betul hilang. Baru je kucing kita tu mati da nak cari kucing lain. Orang perempuan yang baru bercerai pun ada edah tahu?? So tunggulah 5-6bulan kucing mati/hilang barulah cari pengganti.


7.LIVER DESEASE
Penyakit ni biasanya berkait dengan penyakit-penyakit lain yang saya da list out kat atas sebab dia berkait rapat. Kalau dia ada simpton LUEKIMIA surely dia akan effect liver dia juga.


8.FELINE HYPERTHYROIDISM
Ini merupakan penyakit usia tua jadi kalau umur da naik atas 7tahun selalulah bawa dia jumpa VET


9.RINGWORM
worm itu cacing tapi penyakit ni takda berkaitan langsung dengan cacing. INI sebenarnya penyakit kulit. Penyakit ni bahaya gila sebab kucing boleh jangkit dengan manusia AND manusia pun boleh jangkit dengan kucing. LOSE-LOSE situation. Sama-sama dapat penyakit. HEHH!!

Manusia boleh dapat ringworm kalau suka share tuala, sikat, baju dan BOYFRIEND. =D
Kucing pula boleh terkena penyakit ringworm ni dari tanah. Ohh manusia pun boleh kena ringworm tau dari tanah tapi sangat jarang sebab zaman kita dah ada toilet jadi tak payah penat-penat korek lubang bila nak melepaskan hajat macam orang dulu. Jadi sila berterima kasih kepada datuk moyang saya yang berjaya mencipta tandas. PERINGATAN!!Kalau nak berkebun sila pakai handgloves, ok?? Tapi kalau nak kena ringworm, bersedialah membogelkan tangan.

Pendek kata ringworm ni kurap lah. Kalau tak ada kurap, kita boleh detect dengan cara tengok badan dia ada tak kehilangan bulu. Actually penyakit ni boleh hilang dalam masa 5bulan tapis seelok-eloknya kita hantarlah dia pergi rawat supaya tak adalah berjangkit dengan kucing-kucing lain ataupun diri kita sendiri.

Kucing patutnya dimandikan 2kali seminggu. Dan kalau boleh shampoo tu biar melekat kat badan kucing selama 10minit supaya boleh hapuskan segala bakteria. Tolong jangan bagi shampoo kita dekat kucing sebab content dia lain. Sometimes kita punya tu ada toxic segala.


OK!demikian sajalah information yang ainee cumi2 boleh berikan kepada anak-anak yang memelihara kucing di luar sana. Lepas ni nak cari penyakit beruksian pula. DAH!DAH! Saya nak pergi cium plok UPIK ABU & LAURA.=)


ohsopopup: Jangan tak tahu, 1tahun umur kucing bersamaan 10tahun umur kita.
7tahun=middle age
10thn=usia emas
(bersedialah dari segi batin dalam tempoh ini, snaplah picture kucing kita tengah berak, mandi segala supaya dapat refresh memori bersama bila dia da takde..T_T)

11 comments:

leadleedeea said...

thanx for da info..hehe~!!

ok ok..KMac da x mkn IAMS daaaa..huhu~! skang ngah try bgi dia mkn friskies..macam x selera je akak tgk dia mkn..

letak laaaa gamba kucing2 ituuuuuuu

cha said...

hihi apala yg korg suka kn dgn kucing.kazaa ckp kalau dh kawen akak tak bg bela kucing dia nk beli kucing mainan yg boleh gerak tu muahahaha

Ainee Cumi said...

k.lead: alah kesian KMac..dia da biasa makan IAMS tu biarkan je..ehh k.lead jangan kasi makan friskies kan aini da cakap kena kasi makanan mahal2..friskies tu terlalu banyak karbohidrat nanti kucing cepat sakit..

Ainee Cumi said...

k.sasha: ahahahha!lawak gila a.kazaaa...KUCING CHOMELLL!!tu sebab kami suka

Unknown said...

owh..
hurmm..
baru tau...

untuk arnab ade x?..
hee~~
ejam baru beli rabbit je...

Ainna Jalil said...

macam2 pnyakit ek..
yg pelik2 pun ada..

kucing aku 100% sehat!
hahaha

Ainee Cumi said...

ejam: rabbit??ahahhaah nanti aini search..kalau ad arnab boleh bg i tak??

Ainee Cumi said...

enna: sejak bila kau ada kucing???

Unknown said...

ala..ejam ade sekor je...
jenis "jersey wooly". . .

aini suh la abg tanyang aini beli..
hee~~

Ainee Cumi said...

ejam: ahahahhahah!!!abang tayang..eee gelilah abang abang ni..dia tu adik i r..ahahahhahah!

alah lepas ni aini nakcari types of rabbit laks larhh untuk tambah pengetahuan..itu jenis apa erkk?

misz_A said...

SALAM SINGGAH... NICE BLOG, CUMEL

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...