Friday, October 2, 2009

Bila kau berdepan dengan maut, baru kau nak gelabah

Bila jam tuding 2 jari dia dekat nombor 12, I cepat-cepat angkat beg pergi dekat moto memandangkan itu waktu rehat. Memang kalau HARI LAKI RAJIN PERGI SEMBAHYANG KAT MASJID, I akan balik rumah sebab rehat 2jam. Nak buat apa 2jam kat ofis? Untung-untung bila balik rumah gosip boleh dengar gosip adik-adik.


Nasib I hari ni memang terbaik sebab bila IFA balik-balik dari sekolah, dia terus cerita gosip yang tergempar, kelakar nak mampos. Kalau korang dengar sure korang teruja dan gelak kuat-kuat sampai jiran sebelah maki-maki.


Hari ni Ifa ada jamuan Hari Raya dekat sekolah. Tapi apa jadah jamuan Hari Raya ada CIK SITI SIFIR di akhir persekolahan. OK! Itu bukan gosip adik I. Adik I punya gosip hebat tapi tak sehebat budak darjah 5 sudah pandai rakam video seks macam dikhabarkan dalam paper. Itu terlalu hebat dan tak kelakar langsung!


Adik I baru darjah 5. Dia obses dengan pet society dekat FB. Dia cerita pasal seorang budak perempuan dengan dua budak lelaki. Budak L1 marah sungguh bila si budak P nak pergi dekat budak L2. Kelakar gila bila budak L1 tu cakap "AKU BEBASKAN KAU!". **gelak
Adegan lain biasa sahaja, lari-lari then nak pukul dengan kerusi(GANAS BTOL!)
Ehh tiba-tiba teringat dekat iklan arwah Yasmin Ahmad yang budak lelaki cina minat dengan budak perempuan melayu tu. COMEL GILA!


*****ok!cukup cerita tentang budak belum akil baligh. mari cerita tentang I


Lepas sahaja dengar gosip adik I, I terus capai topeng muka yang ada tanda senyum untuk dipakai dengan helmet yang dulu memang gempak gila orang dok cerita pasal helmet ni masa keluaran pertama. Alah helmet CRV tu! Ingat lagi tak?
Gagah je menyusur jalan-jalan sambil menghirup ketenangan angin dekat Jalan Kelab Golf sebab kat situ redup tiba-tiba ada kereta kerek wira merah, belok sambil himpit I dekat atas rumput.

MEMANG LANGSI HABESHHH

I pecut! I kejar! dengan kelajuan yang tak boleh lebih dari 60km/j, I gagahkan jugak. Sampai satu selekoh, I potong. Masa potong tu kedudukan I lari sikit sebab terlanggar bahagian bumper depan. Sengaja I langgar dan duduk baik depan dia bawa slow-slow biar dia berbulu.
Tapi bila da sampai roundabout, I blah!


Lepas tu I tak taulah I kena sumpah ke ataupun motor I dah berkarat, sedap-sedap pecut main selip selip celah celah kereta, bila I nak brek, brek putus. Korang dapat bayangkan tak kegelabahan I tu bilamana tengah bawak laju-laju, brek tak makan. BUKAN TAK MAKAN YA! TAPI PUTUS!PUTUS! PUTUS!. MEMANG JAWAPNYA BREK KAKI LAHH! Dah macam flinstone punya kereta pulak. Nasib baik ada cerita Flinstone kalau tak, tak tau nak guna tektik apa. Kalau ada lori depan mata tadi memang selamat tinggal dunia nyata dan dunia blog lah!


Lepas tu pelan-pelan I bawak moto ketepi dan dengan keadaan tangan pakinson, I tepon bapak I. Memang bodohlah kan kau moto, bukan nak bagitau awal-awal brek kau nak putus! Bikin gabra je. Dahlah malam ni nak chau KL sekejap. Paling I tak boleh maafkan kasut raya I baru 13hari musnah begitu sahaja. Kurang 1 koleksi kasut *sob*sob

10 comments:

siggplus said...

haha tu la berani sangat nak p main pecut2..haih nasib baik xda pape..

sok kn g kl, bli lah kasut baru..suh ur boyfie belikan..heh

dh 13 ari eh raya?xsedar lak..15hb chap goh mei raya la eh

Unknown said...

ya ampun,alhamdulillah la u tk apa2 babe. haihh

Ainna Jalil said...

YA ALLAH..
nasib bek kau x jadi arwah..
beli motor baru la enni oi!!

leadleedeea said...

ainee nih...wat akak risau je laaaaa...u have to take care of urself..k?

cha said...

ainee,bukan jasmin ahmad la.yasmin ahmad :P

Ainee Cumi said...

siggplus: tau takpe..ak da gabra nak mati da wei..semua kete ak langgar..

ahahhaha!manyak r duit bf ak..

aku lagi ahh igt da lama lepas da weii raya

Ainee Cumi said...

qis: tau takpe..

Ainee Cumi said...

enna: vavi r kau enna..ahahhaha!!

Ainee Cumi said...

k.lead: mana nak tau brek tu nak putus kak..kus semangat tau!takpe satu experience apa dalam hidup..beshh!!heheheh

Ainee Cumi said...

k.sasha: owhh no nasib baik akak tegur..sumpah gi tukar skang gaks

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...