Apa yang telah dilakukan oleh saya pada hari Sabtu bersamaan 201208?
1) Buat ic baru
2) Hang out makan-makan bersama my Apek
3) Hang out bersama my shugga Yna
4) Bertemu sahabat yg kapan agak lame tak jumpe
Gilalah malas nak bangun awal di subuh pagi sebab nak buat IC. So saya pon siap-siap pakai baju hitam supaye saya tak disuruh pakai kot. It makes me look fatter. Gosh!! So saya pun pakailah baju hitam then saya ajak adik perempuan saya, Iqa buat IC sekali dengan saya sebab IC dia pun dah barai gila. Saya lupa nak snap gambar IC lama saya. Huhu!! Kalau tak, boleh buat kenang-kenangan muka saya waktu darjah 6.=[ Meyesalnya. Rasa nak je minta balik IC tu. Tapi tak apalah kan dah bagi dah pun orang tu. Aishh!! Tinggal kenangan je lah ainee oiii.
Then hantar balik si mok-mok yang bernama Iqa pulang then saya pon ke JJ dengan Apek. Ingatkan nak tgk wayang pagi. Almaklumlah lebih murah. Jimat RM3. Tapi tayangan pagi dah habis. Nak tengok HISTERIA pukul 1 petang, mahallah sikit. RM9. Tapi tak apalah sebab orang cakap cerita tu beshh tapi hampa dah penuh. Then pergi makan kat food court, kami 2 makan vegetarian food lah apa lagi. Feberet kami!! Saya seperti biasa tak minum air sebab saya minum air sangat sikit so saya selalunya kongsi dengan Apek sahaja. Then belikan Apek majalah photography. Harganye RM9. Saja belanja dia, tiba-tiba dia offer saya Mc'D. Dia nak belanja saya Mc' D. So sweet!! I love Mc'D so much. Bila burger dia tu masuk mulut, kunyah daging dia gila ahh rasa nikmat sangat!! Hehe!
Then jalan-jalan masuk kedai sana masuk kedai sini, balik & lepak rumah kejap sementara tunggu Yna. Pukul 3 lebih macam tu Yna pon sampailah Medan Gopeng. Saya dah tunggu dia siap-siap. Awal kot!! Memang sahabat sejati kan saya ni. Saya memang loves loves sangat dengan semua kawan saya. Then hantar dia balik rumah, lepak kejap, makan kejap, sembang dengan mak die kejap, tengok tv sementara tunggu dia siap. Muke Yna agak pucat sebab no makeup!! Kiterowang pergi JJ lah apa lagi. AGAIN!! Then bayar bil telefon Yna then pergi makan dekat kopitiam! Then jalan-jalan masuk Vincci dengan Nose sebab Yna cadangnya nak beli kasut tapi tu lah susah betul nak cari kasut untuk si Yna ni. Aishh!! And I spotted kasut yang sangat gila-gila saya idamkan. Eee baru nak muncul kat ipoh ni padahal dah lama trendy. Oxford shoes! Yang Rihanna pakai dalam video klip dia tu. Later I post the pic.
Then Reen telefon. She got a problems. Terus shot pergi rumah dia. Dia suruh datang esok tapi tak nak lah. Tak bestlah datang esok, lagipon esok ada aktiviti lain then terus pergi rumah dia. Memang saya ni sahabat sejati kan?? (tak malu puji diri sendiri) Sampai rumah dia dalam pukul 8 malam. Sembang-sembanglah dengan dia. Rindu sangat kat dia!! Sembang punya sembang then pukul 10 balik rumah.
So amacam aktiviti saya?? Banyak kan??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOURIST SPOT IN KYOTO
ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...
-
Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila. 1. U...
-
Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it ...
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
No comments:
Post a Comment