Sunday, December 14, 2008

Transporter 3

Best sangat semalam kami tengok movie citer Transporter 3. Best gila movie tu tapi tu lah sayangnya tak tengok pon 1st n 2nd Transporter. Sure best kan? Kan? Eee nak carilah VCD dia nanti.

Okie dokie first thing, funny things dulu. Tangki minyak kereta Apek punya penutup barai gila. Tak tahulah macam mana ganasnya si Apek sampai boleh patah benda tu. Saya tangkap gambar dia masa dia tengah bela tangki tu punya penutup. Dia bengang. Dia cakap saya boleh gelak-gelakkan die pula. Mana tak gelak, lawak kot!! Cer korang tengok sendiri. Mula-mula saya cakap tak payah letak penutup tu tak apa ke?? Then dia tunjuk saya macm mana rupa tangki tu tak ada penutup. Sumpah hodoh & malu gila kalau tak ada penutup. Lucky us, ada sellotape dalam kereta dia. So the solution is tampal penutup tangki minyak tu dengan sellotape tu. Nasib baik muka kiterowang ni tak reti malu. Hahaha!! Alah nak malu apa, kancil jer. No hal der. XD


Apek gigih modified tangki yang tercabut sambil I gelakkan dia terkekeh kekeh.


Rupa tangki die lepas sellotape. =))

Lepas dah sellotape, kiterowang gerak pergi Jusco. Dah lah dugaan tangki tercabut baik punya lepas tu datang pulak kebengongan Apek, dia asyik salah jalan. Hahahah!! Funny sungguh!! Bayangkan dari rumah I dekat Ampang tu nak pergi JJ tapi ikut jalan Rapat Setia. Confirmlah bertambah jauh lepas tu pula naik pula flyover lagilah cacat bin salah jalan lagi kan. Macam-macam Apek ni.



Minuman & makanan daku.



Makanan dan minuman Apek.

Alang-alang dekat JJ kami pun call lah customer NIMIpixel suruh ambil mereka punya rantai. Padahal 2 customer sahaja gaya ramai sangat. 2-2 customer ni member sendiri kot. Hehe!! Nadh dengan Ika. Sementara nak tggu mereka, kami pon makan lah dulu dekat food court JJ tu. I makan nasi ayam sahaja beserta chocolate ice blended, Apek makan vegetarian food bersama air milo. Sebenarnya air yang terbaik ialah Coke. Tapi coke da habis stoklah pula terpaksalah minum air yang tak berapa nak best. Then makan punya makan sampai dah habis makan & bersembang sembang nadh tak muncul-muncul lagi. Then continue lah gosip-gosip lepas tu Nadh yang cantik pun muncul..

Ini lah nimipixel yg diorder tue..


kiri: ordered by IKA
kanan: ordered NANADH


Lepas tu apa lagi serang lah movie. Mula-mula nak tunggu customer lagi sorang(Ika) tapi macam dah lama sangat kat food court tu tak tau nak buat apa maka kami pun belilah tiket wayang. Nak tengok Twilight tapi lambat sangat lah. Midnight kot, malaslah makanya kami pun tengoklah cerita yang gila barbie punya best iaitu TRANSPORTER 3. Gila ahh!! Sumpah korang kena tengok ok cerita ni. Mase tengah tengok wayang tu, Ika mesej dia ada depan panggung then saya pon terkedek-kedek menghalang pemandangan setengah penonton yang tengah syiok layan cerita tu. Then dah ambil duit lari-lari masuk balik dalam panggung Bilik NO.2.

Gila lah escalator kat JJ tu dah berbulan kot tak repair-repair. Statik tak bergerak. Yang merananyer penggunalah kan. Eeee teruk betol!! Bukan nak ambil tindakan. Kesian orang-orang tua nak turun tangga yang sepatutnya bergerak tapi sekarang tak bergerak. Terkedek-kedek I tengok depe. Kalau old folks tu gagah macam kita yang muda ni tak apa juga. Sumpah kesian ok!! Lagi satu masalahnyer bila sema orang keluar dari panggung jalan tu jadi jem. Gila ahh!! I dengan Apek pon pergilah jenjalan kat tempat game sementare nak tunggu orang-orang semua tu bersurai dekat escalator tu.


Tapi hari ni Apek jahat gila. Dia dera I!! Die kepakkan jari kelingking I. Kesian I kan?? Apek ni nakal btol!! Mula-mula macam kuat jer then kali ke-4 tak silap die kepakkan lagi, trs nangis. Such childish kan me?? Hehe!! Malunya!! Then terus balik sebab malu sangat nangis depan orang ramai. Nasib baik rambutku yang panjang dah rupa berus dawai ke penyapu ke apa entah menutupi mataku. Hehe!! Malu! Malu! Malu! But it was such a nice date Dear Apek.. Muahh!!

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...