Saturday, December 13, 2008

SAHABAT ATAU KEKASIH??


Apa maksud sahabat?? Dalam Kamus Bahasa Melayu penulisnya Arbak Othman cakap "Sahabat merupakan orang yang dikenali rapat dan disukai tetapi tidak bersedar dengannya". Bagi Kamus Pelajar cetakan ke-12 terbitan khas KBSM, maksudnya "Orang yang dikenal rapat dan disukai tetapi tidak bersaudara dengannya".

Kekasih pula apa maksudnya?? Dalam Kamus Pelajar terbitan ke-12, kekasih bermaksud "Orang yang dikasihi atau lebih dikenali sebagai buah hati". Dalam Kamus Bahasa Melayu penulisnya Arbak Othman cakap maksud yang sama juga. Sorry guys enggak ade Kamus Dewan, ini pun rembat paksu punya zaman tok kaduk.

Kalau awak semua jadi saya, awak akan pilih siapa dulu dlm hidup ni?? Susah kan nak decide. Bagi saya dieorang sama penting dalam hidup saya ni walaupun definisinyer berbeza. Kekasih boleh jadi sahabat kita tapi kalau sahabat, tak boleh jadi kekasih kita. Maksudnyer di sini ada kelebihanlah bagi sesiapa yang jadi kekasih kita. Makanya bagi sang kekasih bersyukurlah sebab terpilih menjadi kekasih hati si gadis. Bukan bermakna si gadis hang out dengan sahabat-sahabat dia bererti dia tak sayangkan anda. Come on!! Si gadis juga perlukan masa untuk bergembira.


Kenapa keluar dengan sahabat lebih best daripada keluar dengan kekasih? Soalan tu until now saya tak dapat cari, boleh tak korang tolong saya cari?? Maybe sebab sahabat boleh gembirakan hati kita. Mungkin ada yang akan cakap macam ni tapi tak terfikir ke pula nanti apa kata Sang Kekasih. Sure die akan cakap,"Ye lah saya ni apalah sangat!! Awak anggap saya ni macam kawan lelaki awak jer". Haaaaa makan dalam tu. Susahlah nak ungkaikan kenapa kita perlukan sahabat dalam hidup ni. Bagi saya, saya lebih rela tak ade kekasih daripada tak ada sahabat. Siape yang boleh hidup tanpa sahabat saya memang salutelah.

Tapi Sang Kekasih harus tahu sahabat juga penting dalam hidup Si Gadis. Seperti saya ni, kalau diberi pilihan sama ada untuk mati demi kekasih ke atau demi kawan, saya akan cakap "Tak rela aku nak mampos sebab korang". Hehehhehe!! Maka tolong erkk jangan tanya soalan macam ni wahai Sang Kekasih dan Sang Sahabat, mampos den nak jawab. Karang kalau saya jawab macam kat atas tu korang merajok terasa hati I don't know. Hahahah!! So better janganlah tanya ok!!

Pendek kata kekasih merupakan jantungku dan sahabat merupakan paru-paruku..
Tapi kalau kekasih dah bertukar menjadi suami tak tau lah pulak. Itu korang nantikan sahajalah bila saya dah kawin ok, saya akan post lagi tapi dengan tajuk yang berbeda..
Mungkin pilihan saya adalah sang suamilah semestinya kan. Syurgakan di bawak tapak kaki si suami lepas dah bernikah.

Pendek kata betapa pentingnya sahabat & kekasih ni sangat100x complicated..

2 comments:

zra_xoxo_venom said...

yup2..
shagat complicated..
i penah serabot pasal neh..
neway,shbt baek taw rahsea kite and adew mase ssh dan sng..uh tlah terbukti!
:D
kekasih? tmpt memadu kasih?
wat mendew romantik ngan si dia..
wah..shuwit..huhu!

NIMI Co. said...

hehe..
i runsing babe bende nie..cian kiter kan..

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...