Saturday, April 4, 2020

8 HARI 7 MALAM DIY TRAVEL OSAKA DENGAN 2 ANAK KECIL DAN KUMPULAN BESAR


Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it helps korang yang mana merancang nak bercuti ke Osaka, Jepun. Moga bermanfaat untuk semua 😊😊😊😊😊

👘KEMBARA KE JEPUN BERMULA
3 LELAKI DEWASA
7 PEREMPUAN DEWASA
2 KANAK-KANAK 4 TAHUN
2 BABY SETAHUN LEBIH
TOTAL : 14 orang
*gambar geng tak banyak sebab jenuh nak cari dekat telegram ada beribu ribu gambar. Yang kat Umeda je ada kat HP I. Then limited 30 keping je gambar. Acaner 🤣🤣
**kami jalan approximately 12km sehari. 21,000km lebih untuk 8 hari 💪💪💪💪

19.9.19 - 26.9.19 (8H7M)
FLIGHT AIR ASIA (RETURN)
KL - Osaka
2pm - 9.45pm
Osaka - KL
10.15pm - 4pm
RM790 - Adults & Kids
RM250 - Infant
BUS YOYO
IPOH - KL (RETURN)
RM90

ACCOMODATION (AIRBNB)
Address : 3 Chome-21-20 Nakatsu, Kita-Ku, Osaka-Shi, Osaka-Fu 531-0071, Japan (location sangat sangat strategic. Dekat dengan 2 line stesyen. Satu Hankyu satu Metro. Rumah sangat selesa. Ada 2 tandas. So bahagian atas memang semua untuk perempuan. Bawah untuk lelaki)
RM3,539.66
Bahagi 10 orang jadinya sorang RM353.97. Recommended sangat!!!

INSURANS (ETIQA)
RM135.10 - beli sendiri di website ETIQA. Cover satu famili. Kalau tak reti dan tak berapa faham tentang terms takaful boleh cari agent.

TIKET
1. USJ 1 DAY PASS (KLOOK)
RM158.50 (ADULT)
RM108 (CHILD)
**dapat murah sebab bday KLOOK. Dapat buy 1 free 1
2. KAIYUKAN AQUARIUM (KLOOK)
RM90 (ADULT)
RM24 (CHILD)
3. SAGANO ROMANTIC TRAIN (1 WAY) - beli kat sana
¥620 (RM25)
4. NINOKUBI HERB GARDEN ROPEWAY RETURN (¥1,500 - RM58.26)

TRANSPORT
1. OSAKA AMAZING 2 DAYS PASS (KLOOK)
RM135 (ADULT)
RM152 (CHILD) - ni last minit beli sebab ada attraction yang budak atas 3 tahun kena bayar. So setelah pengiraan, OAP JIMAT SANGAT-SANGAT sebab dia cover pass masuk attraction dengan transport 👍👍👍
- nak lagi murah beli kat TRAIN MASTER OFFICE kat stesyen stesyen tertentu. RM130 sahaja for adults. Siap dapat map lagi.
- guna untuk jalan NAMBA AREA.
2. KANSAI THRU PASS 3 DAYS
RM199 (ADULT)
Guna untuk pergi Kyoto dengan Nara dan balik airport on the last day. Yang ni boleh skip skip hari pakai. Contoh pakai Isnin then Selasa then Rabu tak pakai, skip Khamis. Boleh.
3. HANKYU PASS (KLOOK)
RM26 (ADULT)
Ni guna untuk pakai pergi Kobe.
4. KOBE 1 DAY LOOP BUS (Information Counter)
RM25.54 (ADULT)
FOC untuk budak bawah 6 tahun
Jalan jalan Kobe naik bus je tapi dia sampai 5.30pm je so balik tu kena guna Hankyu Pass and JR untuk pulang ke rumah.
6. TRANSPORT DARI AIRPORT KE RUMAH NAKATSU
30,000YEN (bayar kat sana. Abang Malaysia yang ohsem ambil kami. Perjalanan mengambil masa 45 minit. Worth every penny. Convert duit Malaysia dalam RM1,165. So sorang dalam RM116.50)
**MAKE SURE JAGA ELOK-ELOK PASS KORANG. LETAK DALAM DOMPET KE LEBIH SELAMAT SEBAB 2 AHLI KAMI KEHILANGAN OAP ON THE FIRST DAY DAN KTP ON THE LAST DAY. ME MYSELF HAMPIR HILANG, TERJATUH MASA KELUARKAN HP. NASIB BAIK KAWAN NAMPAK

FLIGHTS ADD ON (RM800)
LUGGAGE PERGI - 30KG
*exceed 15KG so tambahan RM150
LUGGAGE BALIK - 30KG
*exceed 15kg so tambahan RM400. Pengajaran lain kali estimate lebih takpe jangan kurang. 😅😅😅
MEALS X 3 (RETURN)
MEALS BAWA KE SANA
Kembara 4 pax - RM83.40
Serunding
Sardin 2 Tin
Kopi 3 in 1
Milo 3 in 1
Biskut Tiger
Banyaknya keropok anak-anak je
**makanan kat sana starting ramen sahaja RM30. Mineral water jangan mimpi bawah RM4. Setiap kali masuk 7Eleven dengan Family Mart comfirm habis RM30. Paling budget onigiri RM5. Macam geng kami bawak BRAHIMS. Malam je makan luar. Breakfast dengan Lunch makan bekal. Masak dan panaskan sesiap kat rumah masuk tupperware.

LUGGAGE & HAND CARRY
Baju tidur x 2 (sebab tak berpeluh pun so baju tak busuk pun)
Pampers anak (4 pampers sehari x 7 hari)
Wet Tissue x 4 pek kecil
Baju anak & baju sendiri (7 helai ngam ngam x 4 orang)
Seluar - skirt - jeans - 3 helai x 3 orang
Baju Dalam & Seluar Dalam - 12 helai x 4 orang
Tudung - 7
Anak tudung - 7 (sebab berpeluh so nak selasa kena bawak banyak)
Telekung
Sejadah Travel Nipis (penting sebab tak semua tempat ada tempat solat)
Power Bank
Charger
Passport
Pen
Travel Adapter
Nursing Cover (mudah supaya boleh menyusukan anak di mana sahaja anda berada dalam keadaan yang sangat selesa)
Nursing Pillow (penting untuk mak yang ada anak infant supaya tidur anak dan mak selesa tak sakit pinggang masa dalan airplane)
Neck Pillow
UBAT
Paling penting panadol, minyak panas, yoko yoko, ubat tahan sakit (untuk lutut dan kaki sakit), ubat demam anak, ubat selsema, minyak angin, plaster kaki melecet. Untuk yang ada anak kecil jangan lupa mosquito repellent. Kesian Cinta banyak gila nyamuk gigit dia.
Mainan Anak (colour pencil, lego)
Stokin x 4 (each)
Stroller anak
Scc
Stroller Rain Cover (penting sangat)
Baju Hujan x 3 (penting juga sebab cuaca tak menentu. Kita tak nak sebab hujan, perjalanan kita terbantut)

ETC
¥800 (RM32) - locker letak luggage kat Namba
NAVIGATION
Transport - install Navitime apps
*JANGAN LUPA AKTIFKAN KAD DEBIT (SENANG KALAU TAK CUKUP CASH BOLEH SWIPE). Tak payah pergi beratur kat bank. Pergi kat ATM jer then select others select activate international apa tah then masukkan date pergi dan balik. Ni buat awal pun takpe. Date balik kalai boleh lebihkan 2-3 hari. Just in case.

ITERNARY
------‐----------

DAY 1 - Kami dah booking airport transfer guna HIS. Sangat berbaloi sebabnya kami tak adalah terkial kial bawak luggage yang berat dan banyak nak cari rumah. Dah lah hari pertama. Hari pertama comfirm blur. Tq dekat menteri perjalanan carikan transport. Memang mahal tapi mahalnya berbaloi. Daripada dah sampai lepas tu stress cari rumah.

Day 2 (FRIDAY)🏯OSAKA CASTLE 🏯
Cost : OAP (Free)
-hari pertama tak pandai lagi pasal rail so kami sesat selama 2 jam. Ahahhahaha!! Lepas tu hari seterusnya terus terror.
SANTA MARIA CRUISE
Cost : OAP (Free)
🎠LEGOLAND DISCOVERY
Cost : OAP (Free)
🐋🦈🐟AQUARIUM KAIYUKAN
Cost : RM90 (adult) RM24 (child)
🎡TEMPOZAN GIANT FERRIS WHEEL
Cost : OAP (Free)
TEMPAT SOLAT - Tempozan Mall, Tingkat 3 (kena minta password dekat Information Counter. Dia bagi masa 30 minit je)
* siapa ada masa lebih boleh guna CAPTAIN LINE 🚤 untuk ke UNIVERSAL CITY. Free je kalau ada OAP. Tapi kami tak pergi sana sebab kami akan ke USJ pada hari ke-6. USJ terletak dalam UNIVERSAL CITY. Lagipun hari hujan masa tu. Gerimis manja. Sesuai untuk siapa yang tak plan pergi USJ. Kalau pergi USJ tak perlu buang masa.
**pengangkutan kami FREE je sebab kami guna OAP. Dengan syarat guna OSAKA METRO SAHAJA.

DAY 3 (SATURDAY)
🏢OSAKA MUSEUM HOUSING & LIVING
Cost : OAP (FOC)
*dalam ni boleh sewa kimono ¥500. Serius siapa yang teringin pakai kimono kat sini paling murah. Tempat lain semua ¥2600 atas.
🛣TENJINBASHISUJI SHOPPING CENTRE ". Apa benda ni?? Ni ialah the longest shopping arcade. Tempat ni walking distance seminit je daripada museum. Dia betul-betul sebelah OSAKA MUSEUM tu. Memang panjang gila. 2 jam pun tak cukup.
🗼UMEDA OBSERVATION DECK
Cost : OAP (free sebelum pukul 5pm)
💸DENDEN TOWN 🎊
- banyak jual anime. Sesuai untuk peminat anime. Kata my husband harganya berpatutan.
🚤TOMBORI RIVER JAZZ
Last ride pukul 8.30pm. Kat dalam boat ni nanti dia akan berhenti betul betul depan GLICOMAN so kita tak payah nak berebut nak tangkap gambar dengan GLICO MAN tu. Kita tangkap dalam boat ni je. Make sure duduk belah kanan.
Transport : jalan kaki dari DENDEN TOWN
Cost : OAP (free)
🍱🍣DOTOMBURI AREA.
Boleh snap gambar GLICO MAN, DOTOMBURI ZAZA and CRAB BESAR. Siapa minat shopping boleh pergi SHINSAIBASHISUJI STREET sebab dia seberang jalan je daripada DOTOMBURI.
🍫DON QUIJOTE
Turun je daripada boat jangan lupa singgah kedai depan boat tu. Namanya DON QUIJOTE. Biskut kapal dia murah. ¥79 sahaja satu.
🦐LUKE LOBSTER (area Shinsaibashi). Takde dine in. Only take away. Rasa dia macam makan roti burger tepi jalan cuma dia letak lobster je. Not recommended tapi bolehlah try. Harga RM70++.
TEMPAT SOLAT : Open. Kami solat depan Umeda Sky Building tu.

Day 4 (KYOTO)
FUSHIMI INARI
Transport : JR NARA LINE (dia berenti betul betul depan Fushimi Inari)
Cost Transport : ¥230
🗼 KYOTO TOWER atau MANGA MUSEUM
Transport : Naik Bus
Cost Transport : KTP
🗼KYOTO TOWER
*cost - ¥600
Or
🏘KYOTO INTERNATIONAL MANGA MUSEUM 🏢
Fee : ¥800
*kat sini kami pecah 2 kumpulan. Siapa yang pergi tokyo tower lepas habis je Tokyo Tower bolehlah jalan jalan kat NISHIKI MARKET 🍣🍤🍵. Siapa yang pergi Museum boleh jalan NISHIKI MARKET 🍣🍤🍵 dulu then pergi museum. Berkumpul semua balik dekat museum. Boleh solat kat sana.
Apa tu NISHIKI MARKET 🍣🍤🍵??
*tempat street food. Banyak pilihan nak makan.
Transport : Jalan Kaki 1.1km
Cost Transport : Jimat
Lunch bekal 🍙🥚
🎎YASAKA SHRINE
Transport : Bus
Cost Transport : KTP
*dah start hujan masa ni. Then plan asal nak pergi Hanamikoji street nak tgk kelibat Geisha tapi hujan. Kat Shrine ni kami tangkap gambar je.
🍵STARBUCKS TATAMI
Cost Transport : kepenatan. Nak jalan kaki pergi Starbucks Tatami 1.1km padahalnya dia dekat sebelah YASAKA SHRINE tu je. Tapi sebab nam pergi tempat Geisha kita menapaklah sikit. Takpe. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Lepak STARBUCKS TATAMI. Satu pengalaman yang berbeza. Alhamdulillah ada rezeki dapat tempat kosong. Merasalah minum starbucks duduk kat lantai tatami.
🎎KIYOMIZU DERA TEMPLE
Transport : Jalan Kaki (dekat je dengan Starbucks Tatami. Jalan mendaki)
Cost Transport : Kepenatan tapi worth every steps.
Tengok sunset and menikmati pemandangan indah nampak bandar gitchew. And solat kat sini. Idea Baim. Power!!! Islam itu mudah. Temple ni tutup pukul 6.30pm.
🥘DINNER AT CURRY CLUB RUU.
Kat sini ada tempat solat. Selesa sangat. Staff friendly. Makanan memang sedap. Rugi siapa datang Gion tak pekena chicken curry namban🥘. Pergi pukul 6pm atas sebab pergi awal dia CLOSED untuk masa rehat dia. MEMANG SEDAP!! Nak makan 2 kali tapi jauh. 🤣
Transport : jalan kaki. Dekat je. Sebelah STARBUCKS TATAMI. So siapa nak pergi Starbucks malam pun boleh sebab dia bukak lagi and tak ramai orang.

DAY 5 (MONDAY)
KYOTO
🚞Sagano Romantic Train Station
-nak pergi sini lepas je turun lrt, naik bus guna KTP untuk ke Sagano Romantic Train.
Fees : ¥620 (1 way) Balik naik JR ¥200. Then akan berhenti dekat Arashiyama Toroko Station.
TIPS : Minta seat nombor genap. Macam no. 2, 4, 6 dan 8. Beli tiket awal. Dan amik seat C dan D. Siapa dapat seat ganjil serius tak puas tengok view. 😅 Nak ke Sagano ni kena ambil bus. Guna KTP je. FREE.
🎋Arasyiyama Bamboo Forest
*jalan kaki 8 minit sahaja dari ARASHIYAMA TOROKO STATION.
TIPS : Sebelum nak masuk bamboo forest, boleh beli ais krim matcha + vanila bertentangan entrance. Paling murah pernah jumpa. ¥250 sahaja. Kita takkan patah balik so kalau suka tu beli terus. Kalau ada aiskrim bamboo + cherry blossoms boleh try juga.
FEES : Free
👇👇👇👇👇
plan asal kami sepatutnya ke TENRYU-JI TEMPLE & SOGENCHI GARDEN tapi kami skip. Siapa sempat boleh pergi. Kami keluar rumah hari tu. Pukul 10am baru sampai Kyoto.
*Cost : ¥500 (garden) ¥300 (temple)
*Open : 8am-5.30pm
☝️☝️☝️☝️☝️☝️☝️☝️
🏞HOZUGAWA RIVER
*naik je jalan ARASHIYAMA BAMBOO FOREST tu then belok kiri. Nanti kita akan jalan turun bukit terus je tembus Hozugawa River. Boleh solat kat sini. Ada tandas untuk ambil wuduk. Then duduk duduk sambil tenangkan fikiran. Layan tengok river dia. Gunung ganang. Santai sangat. Siapa nak lunch boleh lunch kat Restoran Yoshiya Halal Restaurant (dekat je dengan bridge) then boleh beli puding matcha halal.
👘KIMONO FOREST
- kat sini tiang tiang dia dibalut dengan kain kimono sebab tu dipanggil kimono forest. Biasa je. Tapi yang best ada foot hot spring. Kami semua rendam kaki secara beramai-ramai. Bayaran ¥200 je siap sekali towel kecil.
🛶TOKETSUYO BRIDGE
- jalan menyeberangi bridge, tengok HOZUGAWA RIVER, snap snap gambar atas jambatan. Memang layan. Dengan angin kuatnya. Wajib pergi!!!
🥣DINNER AT AYAM-YA
Jalan kaki ke Restoran Ayam-Ya. 1.5km from Denden Station
*servis very poor. Tapi makanan sedap.
🛍SHINSHAIBASHI STREET
Sempatlah grab G-Shock kat Bic Camera walaupun lagi 5 minit je nak tutup. Dengan grab buah PANDORA LIMITED EDITION JAPAN.
Tips : Make sure peruntukkan masa betul-betul sebabnya orang Jepun tak macam orang Malaysia. Kalau client datang pukul 9pm masa deme nak tutup memang kena halau baliklah. Siap pesan lagi ada 10 minit je lagi untuk buat keputusan nak beli atau tidak.
Then kami pulang ke rumah 🏠 tq Baim belikan Takoyaki. Takoyaki dia boleh makan tapi jangan bagi dia letak sos dia. Memang sedap dan lain daripada rasa tokoyaki kat Malaysia. Must try!! Harga ¥480 untuk 6 biji. Kongsi dengan kawan dapatlah extra lagi 2 biji. Memang lain rasa tokoyaki kat sini. Wajib cuba!!! Kami beli Tokoyaki dekat kedai bertentangan dengan kedai Don Quijote. Nama dia saya lupa, nanti saya update. Dia jual tokoyaki halal.

DAY 6 (TUESDAY)
🌐🎢USJ
Transport : JR TO UNIVERSAL CITY
Satu hari memang kat sini. Tutup pukul 9pm. Lepas tu boleh jalan kat UNIVERSAL CITY. Ada hard rock.
Tips : Siapa ada anak kecil boleh request CHILD SWITCH kat penjaga gate depan ride tu. Dia akan bagi kertas CHILD SWITCH so katakan kalau ada 2 orang beratur then mintaklah child switch untuk lagi 2 orang. Orang pertama kena beratur macam biasa tapi orang kedua tak payah beratur. Kalau single ride pun boleh request so dah jimat masa kat situ. Kira macam EXPRESS. Ride pertama korang kena kejar adalah FLYING DINOSAUR. Naik je SINGLE RIDE walaupun waiting time dia lebih kurang je. Serius jimat masa. Then ride kedua boleh lari pergi HARRY POTTER. Harry potter takde single rides so boleh consider lari kat sana dulu. Bila dah pulun semua ride extreme mak ayah barulah beli jiwa anak anak dekat MINIONS PARK pukul 7pm then SNOOPY WORLD pukul 8pm sebab malam-malam tak ada orang kat sini. Banyak sangat rides untuk anak-anak. Lagi satu siapa bawak bekal make sure letak bahagian dalam sebabnya orang Jepun ni dia takkan check makanan kita teruk-teruk. Ada kawan tu siap balut makanan dengan telekung. 🤭🤭🤭 kita ni kalau kat Malaysia ni habis dipunggahnya beg kita selagi boleh. Kalau kantoi cakap Halal Food. Tapi depends juga kat orang yang jaga sebab ada kawan makanan dia kena rampas walaupun cakap Halal Food sedangkan ada kawan kami terang-terang bawak makanan 🤭🤭. Tapi lepas maybe sebab bawak anak kot. Tapi dia check bahagian atas je and kalau nak lunch bekal dia ada tempat khas picnic dia untuk kita makan. Kalau tidak makanan akan dirampas kalau bukan makanan daripada USJ. Untuk solat boleh pergi INFORMATION COUNTER.

DAY 7 (WEDNESDAY)
🐮KOBE
Transport : Kobe 1 Day Loop Bus & Hankyu Pass
*berbaloi sangat sebab tak payah jalan kaki teruk teruk then dia berhenti dekat spot yang memang dekat dengan tempat yang kita nak pergi berbanding naik LRT. Tapi dia beroperasi sampai 5.30pm sahaja so balik tu kami naik METRO (¥120) then guna HANKYU PASS.
- NUNOBIKI HERB GARDEN (naik cable car 2 way)
COST : ¥1,500 (RM58.26)
- Kobe Mosque (dekat je dengan Nunobiki Herb Garden)
-Motomatchi Street
-China Street (dia betul betul sebelah Motomatchi Street. Kami skip sebab tak ada makanan halal)
- Kobe Tower
- Harbour Land
*terlepas nak tengok Museum Gempa Jepun sebab tersilap ingatkan nama dia Harbour Land. So siapa nak pergi tengok Museum Gempa sila search Earthquake Memorial Park tau. Kat situ ada sign WEKOBE besar boleh tangkap gambar kat sana. Kobe ni bestlah jalan malam-malam. Sebab dia banyak lampu, restoran dia unik. Romantic sangat. Kat sini juga ada ANPANMAN CHILDS MUSEUM. Dan kita akan nampak Anpanman merata-rata sebab pelukis dia lahir di Kobe. 👀

DAY 8 (THURSDAY)
🦌NARA
- Hari terakhir. Letak luggage kat NAMBA STATION (¥800) then gerak ke NARA. Tengok rusa, bagi rusa makan (¥150) and beli mochi yang feymes tu. Then pukul 4pm geram balik ke NAMBA STATION ambil luggage and bergerak ke AIRPORT using KTP. 👍👍👍👍👍
Total untuk 1 famili (2 dewasa, 1 kanak-kanak & 1 baby): Dalam RM7K (All In lebih kurang cuma tak masuk makan kat sana)
*kalau ikut travel agency bayaran dalam RM12,800. Itupun tak puas cover semua. Alhamdulillah! Mana boleh jimat kita jimat. Tapi kena buat research kaw kaw lah. Tapi In Sha Allah, apa yang kita buat salah itulah yang kita belajar. Macam kami sesat first day then second day dan seterusnya Alhamdulillah smooth je perjalanan. And make sure letak time frame so kalau lari timing pun lari sikit-sikit je.
- cover OSAKA, KYOTO, USJ, KOBE & NARA 😍😍😍
- tak termasuk makanan dan shopping sebab tu hak individual.
- tak sesuai untuk orang tua dan siapa yang sakit lutut atau cepat penat dan tak ada stamina sebab banyak aktiviti berjalan. Power orang Jepun ni!!
-tapi serius Jepun best 👍👍👍👍 paling suka KYOTO sebab banyak nature.
- Alhamdulillah. Berakhir sudah percutian #genghuha 10 orang dewasa, 2 kanak-kanak dan 2 baby yang ke-7 Alhamdulillah!! We made it!!


*BOLEH SHARE TAPI JANGAN LUPA CREDIT TO MY BLOG. HOPE IT HELPS.
*Ohh siapa nak tengok video, boleh tengok di YouTube Channel Ainee Cumi

Tuesday, June 13, 2017

#TRAVELDIARY 4 HARI 3 MALAM BERHUHA DI KOSAMUI

Waduh waduh Assalamualaikum semua.
Lama kan kan kan kan Aini tak update blog.
Sibuklah sekarang ni dah ada anak sorang ni. =)

So here you go.
TRAVEL TIPS AND TRICKS AND TREATS 4 HARI 3 MALAM KE KOSAMUI

FLIGHT TIKET
--------------------
Kami naik AIR ASIA. Tipsnya beli time promotion of course. Sekarang dah susah sangat dapat yang terlajak murah sebab dah ada GST dah ada AIRPORT TAX semua mahal. Tapi still affordable. 2 way return RM235 (return) without baggage.

23/09/2016 - 26/09/2016

Add on Baggage RM50
Add on Makan (balik je makan) = RM36


TRANPSORT KAT KOSAMUI
Mini Van (Jeti - Villa) - 400BHT
Mini Van (Vila - Jeti) - 400BHT
Mini Van (Vila - Tempat Makan) - 600BHT pergi balik (hari pertama)
Mini Van (Vila - Tempat Makan) - 500BHT pergi balik (hari kedua)
Mini Van (Vila - Chaweng) - 600BHT pergi balik (hari ketiga)
Mini Van (Chaweng - Pasar Malam - Villa) - 600BHT (hari ketiga)

Kami cadang mula mula nak naik motor tapi jalan kat sana agak gelap so untk siapa yang bawak baby atau budak atau anak sangat tak sesuai untuk naik motor. Tapi kalau berdua ke sesuai sangat sebab jalan dia senang je dan signboard senang nak baca. Cumanya ada setengah tempat berbukit.

Kalau ramai-ramai better sewa kereta instead of naik mini van sebab lebih murah. Satu hari sewa kereta kat sana 1200BHT sahaja. Kalau ambil mini van 1200BHT pergi balik tapi dapat pergi satu tempat je. Kalau sewa kereta boleh pergi mana kita suka. Kereta boleh cari terus dekat AIRPORT. Sewa terus kat situ. Senang. Sebab harga semua standard lebih kurang je.


HOTEL@VILLA
---------------------
Kami duduk kat NATIEN BEACH AND GARDEN VILLA. Kami duduk 4 hari 3 malam. BEST SANGAT!! Memang sesuai untuk yang yravel dengan group. Kalau travel berdua tak sesuai sebab villa ni besar. Dalam satu tanah tu ada 4 rumah. Tapi rumahnya kecik je lah. Dalam setiap rumah ada dapur, peti ais dan bilik mandi. Then ada 1 swimming pool and 1 jakuzi. Best sangat villa ni.

Berapa kami bayar? RM253 sahaja seorang untuk 3 malam. Good bargain kan? Total semua RM2,024 sahaja.

Macam mana dengan area Villa tu? Keluar je ke kiri villa ada tempat urut. Keluar je ke kanan vila jalan 10 minit je akan sampai pantai. Tapi aktiviti kami padat sangat. Bila sampai vila pun dah letih tak sempat nak view pantai.

And the best part for muslim is villa ni terletak dekat dengan MUSLIM VILLAGE. So nak makan makanan HALAL pun senang. Nak jimat bolehlah jalan kaki dalam 10 minit. Kalau malas naik je mini van 250BHT.


PAKAIAN
-------------
Kami tinggal 4 hari 3 malam so...

Amirul bawak 2 helai seluar pendek, 8 tshirt, 1 kain pelikat (untuk solat), 2 seluar jeans, 5 underwear.
Aini bawak 4 helai tudung, 4 helai palazo, 4 helai anak tudung, 8 underwear, 2 pyjamas, 1 swiming suit

KEPERLUAN UNTUK BABY BILA TRAVEL. Nak bawa berapa banyak baju, berapa banyak pampers and etc. So kat bawah ni list yang kami bawa untuk Qoshi
1. Baju 8 pasang
2. Baju tidur 4 pasang
3. Pampers (4 helai x 4 hari - 16 pampers)
4. Baju renang x 2 helai
5. Biskut/ finger foods
6. Mainan untuk dia main dalam flight. Macam Qoshi suka main kereta so kami bawak 4 kereta untuk dia. Konon nak bagi dia tengok Ipad tapi Ipad pun habis bateri. Hahahah! Lebih mudah kalau bagi tengok video bagi dia ralit.
7. Wet tissues
8. Kasut sepasang
9. Selipar sepasang (dah arwah puns elipar Qoshi buang kat laut)
10. Tuala


DUIT MALAYSIA KE THAILAND
-----------------------------------------------
So sad to say tapi kita kena terima juga hakikat ni yang mata wang Malaysia dah jatuh teruk. Kami tukar RM1,200 dapat 10,000BHT sahaja. Kalau dulu dapat 12,000BHT and more. =(
Kat Ipoh ni yang murah tukar dekat pekan baru. Depan MCD kat SUPER KINTA. Sebab kawan tukar kat KL dapat lagi sikit dari kami tapi tak adalah banyak beza but still every sen is money. Hihihihi!



So here is the iternary.

HARI PERTAMA
Kami bertolak dari Ipoh ke KLIA2 pukul 6 pagi. Kami naik YOYO BUS (RM80 return). Make sure simpan resit tu sebab balik nanti orang kat KLIA2 tu nak kita tunjuk resit atau snap photo baru boleh naik bus.

Dalam pukul 10am lebih sampai LCCT, check in then pergi breakfast kat Marrybrown (as usual).

Pukul 12pm apa lagi terbang lah kami ke SURAT THANI, Thailand. Why Surat Thani? Sebab flight direct ke Kosamui mahal so disebabkan nak jimat kami kenalah go thru the hard way. Tak adalah hard way. Serius best!

Flight dalam 1 jam 30 minit je.

Sampai je SURAT THANI AIRPORT benda pertama yang nak dicari ialah TIKET BUS + FERI.

TIPS : BELI KAT AIRPORT JE TAK PAYAH BELI ONLINE. ONLINE LAGI MAHAL.

Tiket bus dan feri ni ramai kata elak beli RAJA FERRY sebab RAJA FERRY ni ferry dia kotor. So kami beli SEANTRAN FERRY. Terbaik nox! Feri dia bersih sangat sangat.

HARGA TIKET FERI + BUS PERGI BALIK : 800BHT seorang

Bus dia standard bus express macam kat Malaysia. Selesa. Boleh tidur lagi. Perjalanan ambil masa 1 jam 30 minit. Dekat dalam bus tu nanti akan ada orang jual harga harga pakej ni. Kami bargain terbaik punya. Korang cubalah dapatkan harga macam kami ni tapi kalau tak dapat beli je sebabnya area Vila kami ni tak ada jual pakej. Susah nak cari. Melainkan korang duduk dekat Chaweng. Akak tu siap cakap kalau dapat lagi murah telfon dia. Dia boleh refund. Wahhhhh!! Terbaik sangat ni.

Dah beli pakej semua tibalah kami kat tempat feri. Siapa bawak luggage tu siap siap lah ya sediakan kederat tulang 4 kerat sebab kena naik satu tingkat. Tempat duduk orang awam kat atas. Bawah tu kereta. Macam feri nak ke Penang lah kiranya tapi......... serius bersih yang amat. Ada aircond pulak tu. Memang best!!! Kami lepak dekat atas sekali sampailah sampai ke destinasi. View dia subhnallah memang cantik sangat. <3 bergambar.="" kami="" p="" puaslah="">
1 jam 30 minit.....

Kami pun tiba di SEANTRAN PIER. Kena jalan jauh jugak. Dalam 200 meter nak pergi ke van kami. Tapi okaylah sebab ada tempat perjalan kaki. Yang tak bestnya, kami tersilap hotel. Dah lah lama nak sampai ke hotel tu. Kami dah terbayang bayang dah swimming pool. Rupanya salah hotel. Lepas tu tak lama lepas tu sampai ler ke NATIEN VILLA pukul 7.30 petang. Tengok je vila tu terus hilang penat. Cantik sangat! Worth the price. Memang rezeki kami.

So NAJWA duduk dengan BAIM  dan BABY ZARIF satu rumah.
NAZREEN dengan APEK satu rumah.
SYERA, ZAZA, YNA AND AKU SERTA MY BABY QOSHI satu rumah.
Lagi satu rumah unoccupied. Kosong.

Kenapa tak duduk satu rumah tu dengan Apek? Tak nak lah. Nanti kesian Nazreen. Lagipun okay je boleh lelepak dengan kawan and Apek nak datang bilik pun tak lah jauh. Depan bilik Aini bilik Apek. Dipisahkan oleh lautan biru je. Ececececeh! Taklah. Dipisahkan oleh swimming pool je.

Malam tu kami minta tuan rumah aturkan transport untuk kami nak makan malam. Satu mini van nak bawak kami ke tempat yang jauhnya tak sampai 500meter cost us 300BHT. Tapi tak terasa sangat sebab share. Kalau sorang bayar tu mau makan hati. 2 trip dah 600BHT. =(

Dekat MUSLIM VILLAGE ni boleh berbahasa melayu. Tak payah susah susah nak cakap ENGLISH. Kami order
1. green curry tomyam x 2
2. kerabu mangga
3. ikan siakap x 2
4. telur bungkus x 2

Kalau nasi goreng tu dalam 50BHT je. AMBIL PERHATIAN!!! Kesabaran kena tinggi ya sebab kat sini memang lambat sangat sangat dapat makanan.

Habis makan kami pun pulang untuk get ready esok pukul 8 pagi nak pergi island hoping.


HARI KEDUA

8 Pagi - Mini van sampai. Untuk perempuan kami pakai swiming suit kat dalam then kat luar pakai baju orang normal. =) Macam baby Qoshi and baby Zarif kami dah pakaikan swimming suit siap siap kat dieowang.

Terus pergi ke jeti untuk naik boat yang sangat besar. Mesti korang terkejut sebab Aini pun firstfirst terejut sebab tak expect yang bot tu besar. Biasa kita kan kalau nak pergi snorkelling kan bot dia kecil comel je kan muat dalam 20 orang ni boleh muat dalam 50 orang. And bila dah naik tu baru tahu kenapa bot dia besar. Sebab perjalanan dia jauh (almost 1 hour atas laut). Best sangat!! Then macam biasalah island hoping.
<3 bergambar.="" kami="" p="" puaslah="">
<3 bergambar.="" kami="" p="" puaslah="">Kerja paling gila like memang gila punya gila, kami berkayak dengan Qoshi. Bayangkan Qoshi time tu umur setahun 4 bulan. Baru pandai nak jalan memang kerja dia tak duduk diam. Lagi satu dia kan menyusu badan so tiba tiba je nak nenen. OMG!!! Apek dah bising dah. Cakap ni kerja gila bla bla bla. Nama pun perempuan kan mestilah degil kan kan kan. Dalam fikiran alang-alang dah sampai dan tak ada cara lain sebab bot dah bergerak ke tempat lain. Kami kena menyeberang lautan yang luas tu dengan berkayak untuk pergi ke bot tu. Yna ada ambil video. Seram bila ingat balik. Dengan tiba-tiba ombak bergelora, kalau terbalik kayak tu macam mana? Dah lah Ainee tak reti berenang langsung, Qoshi life jacket dia tak nak pakai lepas tu Apek pun bukan perenang handal. But thanks to sweet Nazrin, Syera & Zaza. All the time risaukan kami. Baby Zarif dia kecil lagi so dia tak meronta ronta nak lepaskan diri ke apa. Dia rilek je dekat mak dia. So kalau korang ada anak baru nak ligat better not join this kayak thing. Duduk diam diam atas bot tu walaupun hati teringin.
<3 bergambar.="" kami="" p="" puaslah="">
<3 bergambar.="" kami="" p="" puaslah="">Dah petang kami pun balik ke darat. Malam tu macam biasa pergi 7Eleven and order makan kat kedai depan villa kami. 
<3 bergambar.="" kami="" p="" puaslah="">
<3 bergambar.="" kami="" p="" puaslah="">
<3 bergambar.="" kami="" p="" puaslah="">HARI KETIGA

Hari ketiga kami pergi DAY TOUR. Dah lupa dah pergi mana. Nanti Aini update.
<3 bergambar.="" kami="" p="" puaslah="">
<3 bergambar.="" kami="" p="" puaslah="">
<3 bergambar.="" kami="" p="" puaslah="">HARI KEEMPAT
<3 bergambar.="" kami="" p="" puaslah="">Yeay!!! Balik dah. Cepat je rasa dah nak balik dah. Lepas ni kena make sure pergi 5 hari. Tak puas 4 hari. Macam rushing Dah lah villa best tapi nak terjun dalam kolam renang pun tak sempat. =(
<3 bergambar.="" kami="" p="" puaslah="">
<3 bergambar.="" kami="" p="" puaslah="">
<3 bergambar.="" kami="" p="" puaslah="">**Macam biasa kalau pergi travel tak sah kalau Ainee tak buat hal kan. Ainee tertinggal souvenir. Sedih betul. =(
<3 bergambar.="" kami="" p="" puaslah="">
<3 bergambar.="" kami="" p="" puaslah="">
<3 bergambar.="" kami="" p="" puaslah="">



Friday, April 14, 2017

#TRAVELDIARY 5 Hari 4 Malam Boracay, Philipines

01 November 2016 - 5 November 2016 
Durations : 5 Hari 4 Malam


FLIGHT DETAILS

AK608 Kuala Lumpur (10.50am) - Kalibo Boracay (2.45pm)
AK609 Kalibo Boracay (3.15pm) - Kuala Lumpur (7.00pm)
AIR ASIA (RETURN) - Total paid: 1,025.84 MYR

** harga ni dapat lepas redeem AIR ASIA BIG POINTS. Mahal juga. Harga ni untuk 2 orang dewasa + 1 infant + 20kg luggage + 3 meals. Ada orang Aini tengok boleh dapat sorang pergi balik RM480 termasuk luggage and meal. *_*

HOTEL
ALICE BORACAY HOTEL
RM626.26 (5 Hari 4 Malam)
** hotel ni sangat recommended sebab dia terletak berdekatan dengan pantai. Sangat sangat dekat. Ye lah kalau kita nak tinggal hotel mengadap pantai of course lagi mahal kan. Hotel ni depan dia ada 7 Eleven. Nak ke pantai tu melangkah dalam 20 tapak je. Sangat sangat dekat. 

Bad side is dia tak ada lif. Kena mendaki tangga so korang better siap siap mintak nak duduk kat first floor. Kami dapat tingkat 3 tapi okaylah tak adalah teruk sangat pun. Exercise lah sikit kan. Berat betul bontotnya pun. Then dia ada bagi breakfast sekali tapi halal dia diragui so we skip the breakfast.

TIPS PILIH HOTEL
Boracay ada 3 station. Station 1, Station 2 and Station 3. 
* Station 1 - lebih sunyi, pantai dia lebih putih lebih halus. 
* Station 2 - terletak tengah tengah. Sangat happening. Semua kedai makan kedai souvenir semua terletak kat sini. Pantai dia halus juga tapi tak sehalus Station 1.
* Station 3. Tak recommend sangat sebab jauh nak ke Station 1. Pasir dia sangat kasar. Korang boleh rasa kalau korang pakai selipar and nak berjalan tu. Tapi untuk backpacker dan hotel yang lebih murah boleh opt for Station 3 lagipun pantai dia bersambung so kalau korang nak ke Station 2 tak terasa pun. Just jalan je sepanjang pantai tu nanti sampailah ke Station Station yang korang nak pergi tu. Make sure ingat mana lokasi hotel sebab nanti sesat sebab banyak sangat lorong.
*Billabong. Ni terletak bertentagan dengan Station 1, 2 and 3 tapi kami tak sampai pun sana. Orang kata tak recommend tinggal kat sana sebab nanti kena pergi Station 2 untuk berjalan jalan di malam hari juga. Apa apa pun terpulang kepada citarasa masing-masing.


TRANSPORT
- Ipoh - KLIA2 (via Bus) - RM90 return (per person) 
- PAKEJ VAN + FERI + TERMINAL FEES + ENVIRONMENTAL FEES + TRANSPORT KE HOTEL (ALL IN 500PESO PER PERSON). 
- PAKEJ MINI VAN + FERI + TERMINAL FEES + ENVIRONMENTAL FEES + TRANSPORT KE JETI (ALL IN 550PESO PER PERSON).


-----------------------------------------------------------------------------------------
So lets start with the journey. Actually trip ni dirancang less than 2 weeks sempena anniversary kami yang ke-6. Anniversary on 28.10.2017 tapi kami ni wedding planner so on that date kami handle event tak dapatlah pergi bercuti. Cari punya cari Boracay menjadi pilihan hati. Gila kan? 2 minggu punya plan. Habis wedding on 28th terus pergi Philipines. ✌

TAKE NOTE THAT WE WERE TRAVELLING WITH 1 INFANTS. AT THAT TIME QOSHI 1 TAHUN 8 BULAN. SO SIAPA YANG NAK BACA MACAM MANA PENGALAMAN TRAVEL DENGAN BABY BOLEHLAH BACA WALAUPUN TAK BANYAK TIPS SEBAB QOSHI SANGAT BEHAVE.


DAY 1
IPOH - KLIA2. Bertolak dari Ipoh pukul 3 pagi tapi sampai KLIA2 sebelum pukul 6am. Driver bus serius laju gila. Rasa melayang je naik bus tapi aku redha je lah kalau jadi apa-apa. Nasib tak ada apa-apa dan kami sampai dengan selamat. Depart pukul 10.50am. Perjalanan ambil masa 3 jam 40 minit.


TIPS
Beli makanan siap-siap waktu check in. Lapar wohh dalam flight. Kalau boleh beli makan malam extra atas flight tu sebab sangat susah like gila gila gila punya susah nak cari makanan halal kat Boracay. Make sure bawa makanan dalam tin, maggi apa semua yang korang boleh jadikan stok makanan korang kat sana.

Reach Kalibo at 2.57pm. Keluar je dari airport terminal korang akan nampak satu gerai jual simcard kat luar. Harga 300Peso.

Then dekat luar tu ada banyak orang van akan angkat signboard promote transportation to Boracay. CARI PAKEJ MINI VAN + FERI + TERMINAL FEES + ENVIRONMENTAL FEES + TRANSPORT KE HOTEL (ALL IN 500PESO PER PERSON). 

TIPS
Beli je pakej. Senang! Kalau beli van + feri 250PHP tapi kat sana nanti korang kena uruskan sendiri bayar terminal fees 100PHP dan environmental fees 75PHP. Then kena cari tricycle 100PHP. Total 275PHP + 250PHP = 525PHP. Lagi mahal lepas tu pening kepala. Perjalanan dia sangat panjang dan sangat penat so biar agent tu settlekan semua untuk kita plus kita jimat 25PHP.

Dari Kalibo ke Caticlan Jetty Port akan ambil masa 1 jam 30 minit. Naik van. Sila pilih tempat duduk yang selesa sebab macam Aini masuk van last sekali dapatlah seat belakang berhimpit. Dah lah seat keras. Kematu bontot. Pukul 5.30pm baru kami sampai. So korang jangan ingat turun airport terus jumpa pantai. No! No! No! Jauh lagi perjalanannya.

Caticlan Jetty Port - Cagjan Jetty Port (Boracay). Harga kalau naik bot sahaja (25php) + environmental fees (75php) + terminal fees (100php). Tapi kami dah ambil sekali dalam pakej. Perjalanan ambil masa 10 minit sahaja. By the time sampai Boracay, hari pun dah gelap. Dah malam. So siapa nak pergi sini make sure 2 hari tu dah buang siap-siap sebab pergi dengan balik memang tak dapat buat apa-apa. Jalan dekat beach je lah malam-malam. Happening!!! Cuma untuk orang Islam susah nak cari makanan halal because its all about pork pork pork. 


Then kami check in hotel. Nama Alice In Wornderland. Walaupun tak adalah wonderland sangat tapi cukup selesa untuk kami mandi dan tidur. Lokasi hotel kami adalah di Station 2. Nak dijadikan cerita, bila nak check in tu baru sedar beg passport kami hilang. Habislah hilang terus mood husband nak berjalan sebab nak kena pergi kedutaan ler apa ler. Perjalanan nak ke Manila tu ambil masa 20 jam. Nangis!! Dah lah dengan perut laparnya lagi. Nasib baik the next day kami dapat balik passport kami. Rupanya Aini tertinggal dekat dalam van yang hantar kami dari airport ke jeti. Alhamdulillah!

Malam tu kami jalan dari hujung ke hujung dah macam zombie sampai fedup. Last last nasib baik jumpa satu restoran jual INDIAN CUISINE selling HALAL MEAT. Portion dia besar so kami siap bawak balik bungkus tak habis,


TIPS
Orang kata kalau nak cari hotel cari dekat Station 2. Happening!! Lagipun kita kat tengah tengah. Di antara Station 3 dan Station 1. Makanan halal tak payahlah korang susah susah cari. Memang susah sangat. Almost 99% jual PIGGY BANG BANG. So first day ni korang beli extra food kat dalam plane okay.


DAY 2
Qoshi bangun awal hari ni. Pukul 5.40 pagi dah bangun. Then kami breakfast nasi bungkus semalam. Pagi-pagi kami pergi jeti untuk cari passport yang hilang. 
25php + 75php + 125php (per person).
Baik sangat orang-orang kat situ. Semua tolong. Siap view cctv kat imegresen tu nak tunjuk dia mana van yang kami naik. Lepas dah settle kami balik hotel. Makan tengah hari kami beli roti kat 7-Eleven depan hotel kami then makan cicah sambal ikan bilis bawak dari Malaysia.

Pukul 3.15pm keluar jalan-jalan kat pantai.

Aktiviti hari ini
--------------------
Paraw Sailing

- kami dapat private tour dengan hanya 1,000php. 40 minit. Worth it! Must must must do. Kalau dapat naik waktu sunset lagi best. Sunset dalam pukul 5.30pm. Kami naik kat Station 1.

Willys Rock

Dah alang alang dekat Station 1 kami pun jalan ke Willys Rock sebab ramai orang kata ni kira macam landmark. Memang kena pergi sini kalau dah jejak Boracay. Dia macam kalau kau pergi KL tak jejak KLCC. Haaa gitu. Kalau kau orang tourist lah kan. Tapi tak ada apa pun kat Willys Rock ni. Dia ada patung Mary kat atas dia lepas tu kalau air tengah surut bolehlah kita naik atas tu. Kecik je tempatnya. Tapi pantai dia memang cantik. 




Boracay Sand Castle 

Kami buat 3 nama so kena caj 300php. Dia mula mula nak caj sampai 900php. Lepas tu kami mintak kurang. Dapatlah buat nama kami. Dieowang tolong tangkapkan gambar tapi gambar goyang. Uwaaaa!!! Make sure kalau korang snap gambar dengan pasir tu bagi sedikit tip. Kat situ orang Islam tertindas. Tak boleh jual makanan. Dengan seni pasir tu je lah salah satu cara dieowang jana income. Orang Islam hanya boleh jual souvenir jer.

Johanas Milkshake

Serius sedap. Must try! Kami beli Banana Peanut Butter & Manggo Banana Milk. Each 120php. Lokasi dekat je dengan Willys Rock tu dekat Station 1.

DTalipapa

Pergi sini naik tricycle. 30php dari Station 1. Harga untuk 2 orang. Teringin nak makan loobster. Kat sini ada gerai orang Islam tapi ke dalam. Pertama kali ni kami pusing sampai 3 kali tak jumpa jumpa lepas tu sampai tanya orang Islam jual souvenir kat situ dia tunjuk ada satu gerai tulis HALAL. Macam meragukan jugak sebab orangnya bertatu tatu tapi dah ada signboard HALAL tu kami redha je lah lepas tu lagi satu yang meragukan Aini bagi salam tapi dia tak menyahut. Kat situ kami dapat grab loobster, udang besar x 3, sotong besar x 1 dengan harga 3000php. Upah masak 800php. Nasi 25php. Total semua kalau dalam Ringgit Malaysia RM360. Dapatlah makan oobster for the first time. To be honest, Aini lagi suka udang biasa. Lagi manis. Actually itu gerai orang Islam kahwin dengan Christian tapi menjalani kehidupan seperti Christian. =((( Last second day baru kami jumpa orang betul betul Islam so korang kalau nak makan boleh pergi gerai kakak ni. Kat bawah entri ni on 4th day Aini share kat mana lokasinya ya. =)

Cari Souvenir kat DTalipapa
Beli fridge magnet dengan jeruk mangga. 350php

Then balik hotel naik tricycle. Kena 60php.

Habis aktiviti hari ni pada pukul 8pm. Lepas tu mandi dan rehat. Lepas mandi, Qoshi tak nak tidur. Nak jalan-jalan. Pakai carrier jalan-jalan then dia pun tertidur. Kesian Qoshi selsema time ni. Tak sampai 10 minit dia nari-nari dalam carrier dia tu lepas tu tertidur.



TIPS
Tak payah bawak stroller sebab nak jalan kat pantai macam mana nak tolak stroller so better opt for carrier.


DAY 3
Aktiviti hari ni pergi PUKA BEACH.

Pagi pagi dah kena bangun pukul 9 pagi. Yang menyesalnya kami ni tinggal kat Station 2 tapi beli pakej kat Station 1 maka kena  menapak ke Station 1. Jauh sangat okay. Sakit kaki. Dengan mengendong Ahmad Qoshi lagi sebab dia memang kalau nak berdukung nak berdukung dengan mami dia je so mami kena kuat. =)

So korang nak beli pakej, beli dekat station mana yang korang tinggal. Kalau beli kat Station lain pun make sure dia boleh ambil awak dekat station yang awak tinggal. Malam memang tak rasa jauh tapi bila siang alahai mak dato' punyalah jauh nak menapak.


Kami dapat private boat harga dah lupa. Nanti Aini tanya husband and update. Waktu nak pergi tu ombak tinggi sangat. Aini dah risau dah tenggelam sebab serius menakutkan okay. Ombak tinggi sangat sangat macam nak makan bot kami tu. Alhamdulillah sampai akhirnya dalam 30-40 minit.


Memang cantik PUKA BEACH ni. Nak masuk sini kena bayar evironmental fees dalam berapa peso entah. Murah jer. Make sure korang pakai selipar atau kasut. Jangan gatal nak tinggal kasut dalam bot. Sebab apa? Sebab jalan dia berbatu batu. Sakit kaki kalau tak pakai selipar. Aini dengan husband tak pakai selipar sebab Aini ingat jalan kat pasir tak payah pakai selipar sekali hamik kau batu batu mencanak mencucuk kaki. Tempat ni memang cantik. MESTI JEJAK!! Sangat cantik.

Dah habis explore PUKA BEACH, kami berhenti snorkelling. For me yang dah pernah snorkelling kat Mabul dekat Redang yeah tiada siapa boleh tandingi pulau kat Malaysia. Malaysia is the best kalau nak snorkelling. Even pernah snorkelling kat Bali, Phuket, Krabi still Malaysia menang. Samalah dengan Boracay ni. Tak cantik pun.

Then kami balik, bagi Qoshi main pasir kejap. Aduhai nak kena menapak lagi ke hotel memang memenatkan.



DAY 4
Hari hujan. Dari pagi sampai malam gerimis. Maka janji nak bawa Qoshi main pasir terbantut. Duduk je diam diam dalam bilik hotel. Pukul 4pm hujan pun sikit je so ajak husband pergi ada satu pulau tu dah lupa namanya nanti Aini update tapi sayangnya hari dah gelap dan kat pantai tu pun dah takde siapa. And tak ada apa pun kat sana. Sia sia je lah bayar motor tu. Husband dah nasihat dah tak payah pergi hari nak gelap tapi me being a woman kan mestilah tak dengar cakap. Hihihihihi! Terus pergi ke DTalipapa sebab nak beli souvenier. Hujan tak payah cakap. Lebat sangat sangat sangat. Nasib kami bawa payung dari Ipoh. Sambil beli souvenir tu tanya mana restoran halal. Kat situ kebanyakan yang jual sovenir orang Islam. Yang terkejut tu bila tanya mana restoran halal dia tunjuk kedai sebelah. Kedai sebelah tu jual baju, mana pulak datangnya kedai makan. Rupanya kedai makan kat belah dalam sebab dieowang tak dibenarkan berniaga makanan. Memang korang takkan nampak so korang kena tanya. Kali ni memang tak meragukan. Pakai tudung. Bagi salam. So korang kalau nak beli loobster ke apa ke bolehlah beli kat pasar tu dan bagi akak tu masak.

Sebelah kedai souvenir ni kedai kakak tu. Kebetulan beli souvenir dan terus tanya kat dia. Terkejut bila dia tunjuk kedai sebelah sebab memang tak nampak kalau tak tanya. Tak dapat nak tangkap gambar kedai makan tu sebab hujan lebat sangat.

Bersama akak tukang masak aka tokey gerai baju dan makan

Tempat makan

DAY 5
Tibalah harinya kami pulang ke tanah air tercinta. Sebelum tu breakfast dekat satu hotel ni yang serve halal food dan ada halal certificate. Yang geramnya tu, dia selang 2-3 buah hotel kiterowang je. Boleh tak nampak.

Okay in case korang pun pilih hotel Alice ni bila korang nak menuju ke beach, korang belok ke kiri. Kat situ ada hotel serve HALAL food. Siap dia punya tempat masak tak bercampur dengan babi ke apa. Dah habis breakfast kami pun jalan tarik bag nak naik tuktuk, ada orang approach harga pakej. Sebab tak nak pening kepala then ada orang tarik beg kami, kami pun setuju je sebab tak ada nanti kat sana nak pening nak cari van lagi kan. 550php sorang.

Naik flight ke KUL dan touch down pukul 7pm.

Sekian perjalanan kami anak beranak. Tak sangka dapat jugak pergi Boracay. Next Hong Kong. ^___^ Hope this entry helps.

Wednesday, October 19, 2016

#REVIEW Baju nikah