Monday, April 22, 2013

#TRAVELDIARY - 4D3N Krabi

Hello hello assalamualaikum. Hashtag dekat belog Ainee yang paling digemari ramai. #TRAVELDIARY.

PERINGATAN : SUPER PANJANG. BILA BACA BOLEH MENINGGAL!

So hari Rabu baru-baru ni (10/4/13 - 13/4/13), I dengan Amirul telah menjejakkan kaki ke Krabi, Thailand. Makanya sekarang ni dah boleh dah terangkan apa perbezaan Phuket dengan Krabi. Memang ada beza walaupun satu negara.

Phuket - Banyak pondan, nightlife memang happening, pub bersepah kiri kanan, susah nak cari makanan halal
Krabi - Banyak bangla, nightlife dia lebih ke arah makan makan dan makan, makanan murah yang amat, bersih tempatnya


TIKET KAPAL TERBANG (AIRASIA) : RM230 return untuk 2 orang (RM115 untuk 1 orang)
HOTEL (LANNA BEACH GUESTHOUSE) : RM277
PENGANGKUTAN IPOH KE LCCT (STAR SHUTTLE) : RM84
PENGANGKUTAN DI KRABI : 920BHT (RM96)
MAKAN : 1408BHT (RM147.40)
SOUVENIER + SHOPPING : 1169BHT (RM122.30)
TOUR : 5100BHT (RM533.60)
TOTAL : RM1490.30 for 2 person

Kalau sorang lagilah murah RM745 sahaja. Tapi kami bawak duit belanja kat sana RM1000. Duit semua tukar kat sana. Dan kesemua RM1000 habis kat sana. Kira damage RM1000 lah. Yang I convert convert tu I guna converter live kat google so tak berapa nak accurate sebab lain tempat, money changer rate dia pun lain. Yang accuratenya perbelanjaan kami ialah RM230+RM277+RM84+RM1000 = RM1591.

Nak tukar duit kat Krabi paling tinggi I nampak dia amik dekat CIMB. RM1 = 9.18. Yang lain purata kat sana dalam 8.08 dengan 9.09. Last day baru I nampak kat CIMB paling tinggi. Tak ada rezeki. Duit Malaysia lagi kurang dari duit Thailand. Apa cer? Masa I pergi Phuket tahun lepas dan 2 tahun lepas okay lagi. Still RM1 = 10BHT.

HARI PERTAMA
Bertolak daripada Ipoh naik Star Shuttle kat Bercham pukul 1.30 pagi. Harga tiket RM42 seorang sehala. Sampai LCCT pukul 5.30 pagi. Lagi sejam je boarding gate tutup. Flight pukul 7 pagi. Sampai sana pukul 7 pagi waktu Thailand. AWAL SEJAM YA WAKTU MEREKA DI SANA! Jangan lupa cop boarding pass. Menyampah aku Air Asia sekarang ni. Dulu tak payah pun nak pengesahan pengesahan ni semua. Buatlah sebelum imigresen ke kan.


PERBEZAAN IMIGRESEN PHUKET & KRABI 
Phuket : Muka semua stok nak makan orang. Semua stok ganas. Garang!
Krabi : Lembut je. Siap greet Good Morning Kapunkap tapi tak ada siapa reply. Kesian! Dan habit mereka sebelum mula kerja mesti pekena kopi.

Turun je dari flight, turun-turun akan nampak tiket SHUTTLE BUS belah kanan. Beli tiket bus dekat sini. Biasa dieowang akan offer taxi. Tapi taxi mahal. Sampai RM60 pergi Aonang. Cakap je terus nak naik bus. Kalau ke Krabi Town dia tak turunkan depan hotel tapi kalau kat Aonang dia akan turunkan betul-betul dekat hotel penginapan kita. Super ohsem!

HARGA TIKET BUS KE AONANG : 150BHT (RM16) seorang
AINI + AMIRUL = 300BHT (RM32)

 

Lepas tu check in hotel. Hotel kami terletak 10 minit daripada pantai. Trip kami kali ni tak melibatkan penyewaan kenderaan. Semua jalan kaki je sebab kat Krabi tak ada tempat menarik yang nak dilawati kecuali pantai-pantai. Sangat tenang percutian kali ni.


Perut dah lapar sangat makanya bila dah check in hotel, perlulah cari makanan. Its a restaurant.
HARGA : 200BHT (RM21.10)
MAKAN : Tomyam putih, Ayam Cili Hijau, Redbull (dari 7E.WAJIB kalau singgah Thailand)



AKTIVITI HARI PERTAMA : NAIK GAJAH & PERGI WATERFALL
HARGA PAKEJ : 750BHT (RM79.10) seorang.
AINI + AMIRUL : 1500BHT (RM158.20) untuk 2 orang

Disebabkan ini hari pertama kami maka tak dapatlah nak pergi island hoping sebabnya aktiviti island hoping start pukul 9 pagi. Kami dah terlambat. Dah 9.30 pagi dah time tu. Ingatkan nak water rafting tapi sayang Krabi dah 4-5 bulan tak hujan makanya air sungai pun kering. Water rafting ada 5km je tak ada 9km. Adoii!! Sayang betul. Banyak baca dieowang cakap best gila water rafting 9km. Kalau 5km je tak berbaloi. Tak ada rezeki maka kami pilih naik gajah je. Nak jugak merasa.

Aonang Beach
Nak pakej murah cari tempat ni. Dia dekat dengan bus stop. Betul-betul nak dekat sampai pantai.
Money exchange pulak ada dekat depan tourist information tu. Tinggi jugak dia amik. RM1=9.09BHT.
Waterfall dia tak best sebab tak ada air. Baru cadang-cadang nak mandi. ;(
Boleh bagi gajah makan kulit dia. Jangan buang.
Korang kalau naik gajah jangan lupa bagi gajah kita tu makan tau. Kesian dia penat-penat bawak kita. Hari tu I dah bergenang air mata dah sebab tengok air mata gajah tu. Gajah memang keluarkan air mata ke? Sebab apa eh? Sedih gila. Rasa berdosa gila. Terus tanya Apek, boleh ke naik gajah sebenarnya. KIta ni tak beratlah apalah. Semualah. INGAT! BAGI MAKAN TAU KAT GAJAH KITA!

Lepas tu balik cari makanan ah apa lagi, lapar woo. Then jalan-jalan kat Pantai Aonang and again cari makanan untuk makan malam. Semestinya cari gerai tepi jalan. Murah, rare dan HALAL. Gerai yang kami pergi ni terletak di hujung jalan Pantai Aonang. Jauh jugaklah menapak tapi sangat berbaloi. Untuk korang yang nak pergi tempat dia senang je. Jalan je sampai penghujung jalan kat Pantai Aonang tu.

Pancake Tuna & Pancake Banana Chocolate. 50BHT (RM5.30)
50BHT
10BHT each
Percaya tak harga dia 20BHT sahaja. Isi ayam tebal gila. Rangup dan pastinya super sedap.
Serius kat deretan ni korang kena minum air tembikai dia. Fresh dan sangat sedap.
40BHT
80BHT

HARI KEDUA

AKTIVITI HARI KEDUA : PHI PHI ISLAND TOUR
BAYARAN : 1000BHT (RM105.60) per person including lunch by speedboat
AINI + AMIRUL : 2000BHT (RM211.20)
ITINERARY :
8.45am - 9am : Pickup from hotel
Bamboo Island -Lepak lepak kat pantai. 45 minit.
Viking Cave - Ya Allah. Cantik sangat air dia tapi berhenti tak sampai 5 minit. Teruk gila. Part ni tak best sebab kejap sangat. Boat lain yang sampai dulu pun tak gerak gerak lagi kami dah gerak.
Lohsamah Bay - Snorkelling
Pileh Bay - Stop dan lelepak sikit
Maya Bay - Serius tempat ni cantik sangat. Cantik sangat sangat sangat. U should explore. 45 minit jugak masa kat sini.
Monkey Beach - Again snorkelling
Phi Phi Don - Berhenti lunch. Sini lama sikit. Phi Phi Island ni ada banyak kedai dan super besar.
Lepas tu ada satu tempat ni tak ingat nama tapi scenery memang cantik sangat sangat sangat. Ada boat tu siap berhenti lagi tapi boat kami ni jalan je kerjanya. Pfft!! I ada masukkan gambar. Memang cantik.

NASIHAT : Sila pilih speedboat kalau tak keras bontot kome. Duduk kat belah hadapan boat tak pun tepi boat sebab nanti bila dia berhenti boleh berdiri kat atas kerusi tu. Kalau duduk tengah tak merasa nak intai-intai. Atau kalau tahan nak sedut bau enjin bolehlah duduk belakang sekali.



Selesai island hoping macam biasa cari makan ahhhh kat Aonang tu haaa.

Pancake Honey. 260BHT. Tak berapa sedap. Chocolate Banana jugak winner.
Gerai tuk tuk - jual kerabu mangga & bubur.
Kerabu mangga - 50BHT. Bihun sup itik - 50BHT. Stik ayam - 20BHT. Cucuk-cucuk - 30BHT

HARI KETIGA
AKTIVITI HARI KETIGA : 4 ISLANDS
BAYARAN  : 850BHT (RM90) seorang
AINI + AMIRUL : 1700BHT (RM180)
ITERNARY :
9am - pickup from hotel
Phranang Cave - okay kat sini kita akan melawat gua. Gua tu sangat lucah sebab ada banyak totet laki. Dia adalah dia punya legend story. Nak tahu lebih lanjut sila google. Kami tak duduk pun kat gua tu. Kami jalan-jalan kat sekitar situ. Pasir halus sangat. BEST! Dia ada dia punya view point tapi kena panjat. Tinggi. Kami pulak tak ada selipar macam mana nak panjat gunung tu maka hasrat terpaksalah dilupakan.
Chicken Island - Berhenti untuk tangkap gambar. Lepas tu snorkelling kat bahagian belakang island tu.
Poda Island - Lepak tepi pantai. Feymes dengan batu seketul dia tu.
Tup Island - Makan lunch. Sedap sangat. Lepas tu dibawa ke island yang dihubungkan dengan jalan pasir. Kalau air pasang tak nampak tapi kalau air surut boleh nampak satu pulau tu link between each other. Kat sini tak payah snorkelling pun boleh nampak ikan. Ombak dia bertemu antara satu sama lain. 

KOMEN : Sangat best sebab kami dapat tour guide yang sangat sangat sangat best. Nama dia Abdul Wafi. Orang Islam Thailand. Serius sesuatu tour tu bergantung pada yang membawanya. Kalau tour guide tu best maka pergi 4 pulau je tak payah sampai 8 pulau pun boleh terpahat memori tu dalam kepala sebab rasa semua ahli dalam boat tu macam family.

TIPS : Island ni tak jauh pun. Cuba tengok peta. Maka kalau nak jimat boleh naik long tail boat. Tak payah speedboat pun tak apa. Long tail boat rasanya dalam 400BHT dah boleh dapat.

Bus dieowang siap ada kipas gerak gerak tu. Tengoklah lampu dia. Pergh! Rare gila.

TIPS : Masukkan roti dalam botol bagi roti lambat habis. Tapi jangan buat macam ni dekat Chicken Island sebab ikan dia memang banyak gila silap silap ikan tu gigit korang. Cuba bagi roti daripada atas boat.

Landak laut. Salah satu haiwan laut yang beracun dan boleh membawa maut. Best gila tourist guide tu menyelam lepas tu dia bawak naik atas. Siapa berani cuba pegang dipersilakan. Dia akan ajar macam mana tak nak bagi kena duri dia.I punya cuba cubalah. Best kot! Such an experience.
Long Tail Boat


On the way balik ni, kami ada jumpa banyak sangat gerai orang Islam tepi jalan. Nak tahu dekat mana boleh dapat banyak makanan Islam? Dekat Noppharat Thara Road. Kalau nak jalan kaki dari Aonang memang patahlah kaki. Kalau korang bernasib baik, balik je dari Island Hoping dia akan berhentikan dekat satu pulau lain bolehlah explore kat sana then cakap kat dia nak balik sendiri. At least jimat duit nak pergi sana. Dan ianya lagi murah daripada Aonang. Pancake pun murah.

Lepas je dah berisland hoping kami pun bersiap siap nak cari tiket bus nak balik esok. Lepas tu terus ke Krabi Night Market yang konon feymes sangat tu. =D

Tiket bus dari Aonang ke airport ialah 200BHT (RM22) seorang. Dua orang total 400BHT (RM44). Still jimat sebab kalau naik taxi dia akan charge 600BHT (RM64). Paling awal ada pukul 5.30 pagi. Flight kami pukul 7 pagi. Jangan risau. Sempat punya. Kat airport ada surau boleh solat Subuh di sana.


Kedai beli tiket bus terletak di hadapan Mcd

The bus stop. 50BHT (RM5.30) from Aonang to Krabi. From Krabi to Aonang 60BHT (RM6.40). Tunggu je dekat bus stop tu, nanti akan ada satu songhtaeow putih akan datang ambil kita. Jangan terkejut dia akan sumbat je penumpang selagi mahu. I sempat berkenalan dengan couple from Singapore. Kesian husband dia kena berdiri dekat belakang tu haaa. Gila betul taxi kat sini. Kelakar pun ada.



THE KRABI NIGHT MARKET (FRIDAY - SUNDAY)
- tak banyak choice untuk makanan halal
- harga baju bolehlah dapat 100BHT (RM11)
- souvenir pun boleh dapat murah
- disebabkan pergi night market ni, duit kami pun habis maka tak dapat nak merasa urutan si mamat dan minah Krabi. Cucuk duit kat bank pun tak boleh sebab tak bagitau bank kita nak gi Krabi. Lepas ni make sure kalau nak pergi luar negara sila bagitahu bank supaya bila dah desperate cash dah habis boleh pergi cucuk. Hikmahnya ialah kami tak overspend. =)
- nak choice makanan muslim ialah dekat pantai nga rot pha yang I cakap tu. Atas sikit dari Aonang.


Lepas balik dengan kekecewaan daripada Krabi Night Market sebab tak ada apa-apa yang best, kami cepat cepat cari gerai roda tiga nak beli Duck Noodle Soup. Korang kena try. Sedap wooo. 50BHT (RM5.40). Yang pasti HALAL. Boleh cari di sepanjang gerai gerai Aonang tu. Waktu kami nak beli, brother ni dah gerak dah. Kami dua-dua jerit, "BANG! BANG!". Amboih! Dah macam kat Malaysia. Nasib baik dia tengok belakang and berhenti. Rupanya esok dieowang punya Perayaan Tahun Baru. Songkla namanya. Maka kebanyakan gerai pun tutup awal hari ni termasuklah gerai tepi jalan yang kami selalu pergi tu. Inilah last dinner kami di Krabi sebab esok subuh dah nak berangkat pulang dah.


Postcard for us and for my lil sister. Tapi sampai sekarang tak dapat dapat apa cer entah. Sudahlah malang souvenir tertinggal kat hotel. Balik Ipoh baru perasan. Harapnya postcard ni tibalah dengan selamat hoiii. Fridge magnet pun tak ada. Haishh sedih..





HARI KEEMPAT
Naik bus ke airport dan pulang dengan selamat. Sejam je dari Krabi ke LCCT.

Krabi Aiport
Terminal menunggu. Mengantuk I tunggu pintu ni bukak sampai memang tidur betul betullah.

Kalau betul betul nak snorkelling, Thailand memang tak boleh beat Malaysia. Bali pun. Malaysia is the best weyh!! Sila bangga wahai rakyat Malaysia yang sukakan pulau. Redang lagi best. Tunku Abdul rahman marine park kat Sabah pun champion. Ikan dia kat sini sama je. Coral pun mati. Phuket is better. Tapi air dia memang menggundang ketabahan jiwa. Cantik sangat! Okay itu boleh beat. Hihihihihi!

WAJIB MAKAN
- Tomyam putih
- Tomyam merah
- Air Tembikai
- Kopi Ais
- Duck Noodle
- Kerabu Mangga
- Meatball
- Banana Chocolate Pancake
- Ayam Panggang
- Pad Thai
- Nasi Lanta
- Laksa Thai

Kat sini kalau nak massage pun murah gila. RM20 je untuk urutan biasa selama sejam.Dan redbull yang berjaya kami beli untuk trip kali ni adalah sebanyak 20 botol. Duduk sini boleh kencing manis wooo sebab kami batak tengok Redbull murah. RM1.30 je sebotol.


P/S :Next travel is JAKARTA & BANDUNG (September 2013) and okay ini yang paling excited. HELLO KOREA SELATAN on APRIL 2014.

Monday, April 15, 2013

WE'RE BACK FROM KRABI


Alhamdulillah. Will blog about it soon. Macam biasalah kan....

P/S: Impian nak ada travel agency sendiri so that "Everyone can travel".

Tuesday, April 9, 2013

Polis jaga rumah sementara waktu..


BORANG MAKLUMAT BALIK KAMPUNG. Boleh download dekat sini.

I dengan Amirul selalu kalau pergi jalan jauh mesti akan inform balai polis terdekat. Macam I akan inform ke balai polis kat Medan Gopeng tu sebab polis kat sana efficient sangat.Oh tak lupa juga bagitahu jiran. Kenapa kena bagitahu jiran? Supaya bila ada orang bawak lori nak angkut barang kita, jiran alert yang itu bukan kita tapi pencuri sebab kita mana ada kat rumah. Kita kan tengah bercuti tang bila pulak nak pindah rumah bagai.

So korang yang nak jalan-jalan jangan lupa inform balai polis okay. Sebelum inform print out dulu borang ni. Isi. Kemudian submit ke balai polis berdekatan.

Yeah! JUST THAT SIMPLE! Ramai orang tak tahu benda ni atau kalau tahu pun malas nak buat. Senang maaa kenapa nak malas-malas? Rajin sikit okay demi keselamatan kucing di rumah. Hihihihi.

Polis akan buat rondaan sepanjang kita tiada kat rumah kita. Ohsem sangat polis kat Malaysia. Thank you abang abang dan kakak kakak polis. Pakcik dan makcik polis juga. =)



 
OH HELLO KRABI! KITA JUMPA PUKUL 7 PAGI NANTI YA.
Warna merah tu lah Krabi kalau nak tau.

Friday, April 5, 2013

The Wedding of M & F

Wishing Card by NIMI Projek

Props by NIMI Projek

A4 Board with frame stand by NIMI Projek

 OK! Part atas atas ni mestilah promote NIMI Projek dulu. Semua ni diorder oleh pengantin kat bawah ni haaa. Tapi sayang time I pergi tak ada orang jaga kaunter wishing card. Apa-apa pun terima kasih kawanku kerana menyokong business kawanmu ini. Kalau bukan kawan-kawan bagi support siapa lagi kan kan kan. Thank you so much kawan-kawan yang support business I dan Amirul. Terharu sangat..


Ini bukan pengantin ya. Ini budak baru nak ada kereta. Maka bila dia baru je dapat kereta sehari, kawan dia yang bernama Aini haruslah jadi kawan pertama naik kereta dia dan membuli dia untuk hantar baranglah, teman beli baranglah and banyaklah lagi. Padan muka! Selama ni aku jadi driver, hari tu kau jadi driver okay. Thank you one day PA.
Haaa inilah pengantinnya. Berbaju pink gitu kauuu. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Alhamdulillah sorang lagi kawan dah menikah. =)

Budak suka ambil gambar. Datang PA aku habis dia kena halau. Kahkahkah!


Bride wannabe.
Best gilaaaaaaaaa bila kawan yang bawak kita.. Ambillah aku selalu ya lepas ni Yna. Tahun depan rumah dah dekat dah. Kau di bawah aku di atas.


 Dan kat bawah ni separuh dari order yang buat kami berjaga sampai pagi. Pukul 5 pagi baru tidur. Alhamdulillah! Rezeki dari Allah. Korang-korang kalau nak tempak kad kahwin jangan segan jangan silu, kami ni custom made order punya orang, boleh kasi custom lu punya impian. Email email email to nimiprojek@yahoo.com. Ada satu lagi kad berkonsepkan Islamik dengan ala ala tiket konsert. Bolehlah like kami di Facebook juga ya. =)



Kad kahwin ala buku sekolah by NIMI projek

Hardcover card by NIMI Projek

Kad kerawang by NIMI Projek

Sekian sahaja saya penulis, Nuraini Ismail Johari melaporkan kejadian pada hari ini.

Wednesday, April 3, 2013

Langkah kedua....

Alhamdulillah. NIMI Projek dah under account sendiri under CIMB ISLAMIC.
Jangan main-main, nak keluar duit bukan sebarang keluar kena ada dua dua punya signature ohh. Kemain gila kuasa kami dua.

Nak sangat bukak akaun MAYBANK tadi tapi kena tunggu esok. Sebab dah eager to have our own current account, CIMB pun jadilah. Hopefully we make the right choice sebab hampir kesemua orang suruh bukak kat CIMB.

#REVIEW Baju nikah