Alhamdulillah. Dapat calon simpanan untuk jawatan penolong pegawai tadbir N27. Sebenarnya dah tahu result ni sehari sebelum Hari Raya. This is my 2nd interview for this position. Tak mengharapkan apa-apa sebab dah pernah interview SPA sampai 8-9 kali dan semuanya gagal. Sekali je pernah dapat calon simpanan untuk jawatan Pembantu Tadbir Undang Undang Gred N17 tapi calon simpanan tu terbatal sebab I tak boleh kemukakan bukti paper julai apa kebenda entah I dah tersilap isi. Mungkin selama ni Allah tangguhkan rezeki untuk gred N27 ni, itulah sebab tak dapat apa-apa jawatan gred N17. Sentiasa bersangka baik dengan Allah okay dan positif positif positif. Tak pernah berputus asa. That is just me. Selagi ada rezeki selagi tu kita buat yang terbaik dan berusaha.
I interview jawatan ni masa pilihan raya hari tu. Bulan 5. Seminggu sebelum.
INTERVIEW : 4000 orang 59,000 orang (update. Thanx Baby Saipon)
KEKOSONGAN JAWATAN : 67 orang
CALON SIMPANAN : 1000 orang
Daripada
Kelakarnya kalau ingat pertama kali dulu dapat panggil interview umur 18 tahun lepas SPM. Rambut warna ungu okayy. Apa lagi bila dapat interview government terus cari rambut palsu beli kat Yik Foong sampai RM90 sebab nak cover rambut purple sangat tu kan. Siap cerita dekat kakak-kakak yang ada kat situ rambut I warna ungu I pakai rambut palsu lepas tu dieowang gelak sebab rasa I ni minah lawak. Macam-macam pengalaman interview. Memang best dapat jumpa akak-akak.
Jawatan N17 yang pernah dipanggil ialah Pembantu Tadbir Perkeranian/ Operasi (4 kali) dan Pembantu Tadbir Undang-Undang sekali.
Jawatan N27 yang pernah kena panggil ialah Penolong Pegawai Masyarakat N27, Penolong Pegawai Penguatkuasa N27 dan Penolong Pegawai Tadbir (2 kali).
Tengok betapa banyak kalinya SPA panggil interview dan sabar menanti selama 7 tahun dari umur 18 tahun sampailah umur 24 tahun ni haa. Ni pun nasiblah kerajaan dah ubah calon simpanan daripada tempoh setahun sahaja dah jadi calon simpanan sampai adanya perlantikan tetap. Alhamdulillah. Kita tunggu je lah ya. Kalau ada bagus kalau tak ada pun tak apa. Allah kan baik.
TIPS?
1. Pakai makeup. Jangan tak pakai makeup. Biar muka tu nampak berseri. At least pakai lipstick. I pakai lipstick merah menyala mak jemah okay time interview ni mesti pegawai tu tengok je bibirku bak merah delima. Ate dah tak ada lipstick warna lain, merah je ada memang bantailah warna tu.
2. Pakai pakaian warna terang. I pakai baju warna hijau lumut time tu. Tak adalah terang tapi ni tips yang I dapat from my husband and kawan baik dia.
3. Be confident. Confident. Confident.
4. Jumpa orang yang bekerja dalam jawatan tu. Contoh kalau awak dapat interview jawatan penolong pegawai masyarakat pergi mana-mana jabatan yang ada jawatan tersebut jumpa pegawai tersebut interview dia dulu sebelum kita kena interview. Sama juga kalau kita dapat panggilan interview untuk jawatan pembantu tadbir perkeranian/operasi gred n17 pi jumpa pembantu tadbir tu tanya dia apa job scope dia semua. Insyallah. Lebih memudahkan dan anda pun yakin nak jawab bila pegawai tu tanya nanti. Sekurang-kurangnya dah ada afford kat situ.
5. Isu semasa dia tak adalah tanya I time tu tapi hampir kesemua interview yang I pernah pergi (almaklum ah sampai 7 kali kan interviewnya sampai tak boleh nak bilang banyaknya) memang akan tanya pasal isu semasa dan kementerian so be prepared.
6. Soalan yang dia tanya hari tu ialah "Ceritakan tentang diri anda", "Kenapa awak lebih layak dari calon-calon lain yang lebih profesional", "Apakah job scope jawatan yang awak apply ni", "Awak dah kahwin. Macam mana kalau awak ditempatkan di Johor Bahru. Sanggup ke?"
7. JUJUR! JUJUR! JUJUR!
Harap-harap dapatlah. Dah lah Jumaat ni hari terakhir kerja kat C H Williams setelah 4 tahun berkhidmat sebagai receptionist cum general clerk cum secretary kat sana. Lepas tu rehat 3 minggu. Then bermulalah episod ceria hidupku setelah mendapatkan pekerjaan impian as a Personal Financial Consultant at CIMB Bank, Jalan Tun Sambathan. Dekat depan Padang Ipoh. So siapa-siapa nak I consultkan dia punya personal saving ke personal loan ke housing loan ke dan apa-apa sahajalah yang melibatkan financial bolehlah jumpa I, Ms Nuraini Johari ya. Tak sabar sangat rasanya.
P/S: Siapa tak ambil lagi ASB LOAN? Meh ambil dengan I. Rugi kalau awak seorang Bumiputra tapi tak kaut peluang ni. Bolehlah halu halu saya ya di 05-2411355 selepas 9.9.2013. Waktu tu saya baru lapor diri. Doakan rezeki saya ya. Sama-sama majukan orang Islam kita. Bantu orang Islam kita. Ambil loan dengan orang Islam kita.
22 comments:
Bukan 4000,59000 orang...
BABY SAYPON : Ya Allah. Serius? ya Allah, bersyukurnya. Terharu sangat jadi salah sorang dalam 1000 orang tu.
Tahniah...sy pun ada pegi iv ni..Alhamdulillah sy dpt jwtan ni..baru smlm kwn I kt spa ckp kat I...sebenarnya daripada 67 vacancies tu..40++ dah ada org...lgi 20 tu ambik melalui temuduga la...ni la kejadian kalau ada yg pakai kabel...sgt x sihat uollsss!...
ANONYMOUS: Iya ke?? Tak mengapalah kalau begitu. Alhamdulillah. Rezeki awak pun dah dapat position tu kan. Awak orang negeri mana?
tebaik.... sama ler kita.... calon simpanan.... tunggu dan terus menunggu.... kalo dpt ipoh jugak ok gak tuh.. huhuhuu
ANONYMOUS: Eh awak ada dapat tak surat calon simpanan tu? Aini sampai skang tak dapat
tahniah awak dpt jadi calon simpanan, nnti dia panngil la 2, saya nak tanya, soalan apa ekk selalu dia tanya kalau untuk pembantu undang-undang, ingat lagi tak sebab saya google xberapa nk dpt info sgat?
CHIK DET : Okay untuk pembantu undang undang yang dia tanya saya pada waktu tu ialah:-
1. Apa tugas tugas dia?
2. Bagi dua nama menteri dan jabatannya
3. Apa nama ketua hakim negara
4. Siapa menteri kewangan kedua kita?
Tips dari saya ialah awak pergi makhamah jumpa dengan pembantu undang-undang. Tanya dia apa tugas dia semua secara personal atau mintak list. Diowang ada list. Then mintaklah tips sikit sikit dulu diewang interbiu apa soalan yang ditanya.
Saya dapat simpanan dulu untuk pembantu undang undang tapi saya digugurkan sebab tak dapat tunjuk kertas julai yang saya ada isi dalam SPA padahal saya tak amikkertas Julai. Tersilap. Tak apa tak adaezeki.
All the best awak. Doa banyak banyak
tq sgat2, dapat jugak sikit sebanyak insyaallah, setelah usaha, tawakal jer la, good luck untuk awak jugak
CHIK DET : Tu lah sama sama harapnya ada rezeki untuk kita.
salam...saya baru semak status pendaftaran semalam...Alhamdulillah..status calon simpanan tu brubah kepada LANTIKAN TETAP...kira dapatla ek?? ader minta kwn yg ada kwn di SPA cek...diorang ckp dpt...tunggu surat jer....Alhamdulillah...amin3...klau ader maklumat lain...wasap num ni yer...0128537064
Ainee,ape cerita? Reserve candidates memang tak akan dpt surat ker?
Ainee,ape cerita? Reserve candidates memang tak akan dpt surat ker?
sy pn dpt calon simpanan jgk tp xtau lah dapat ke idak jaw N27.
sy baru2 ni ada ikut intervw pembantu pendaftaran KP17. Results kuar 14.04.2014 nti. hrp2 ada la rezeki. klmrin, sy heran ckit cz dpt pggilan dr SPA, diorg tnya sma ada sy ada ambik Paper Julai cz dlm sistem sy ada mbik thn 2003. sy ckp la xde. pastu dia tnya sy baru2 ni ada ikut intrvw pem. pendaftaran kn? sy jwb ya. itu je. sy pun pelik cz dah bertahun2 isi SPA tetiba ada plak pggilan tpon mcm tu. hrp2 la ada rezeki.
Admin, msa dpt calon simpanan dorg akn col ker atau mcm mna?
slm. sy pun baru2 ni dah pegi intvw pembantu pndaftaran. klmrin daripada SPA col tnya sma ada sy pernah ambik paper Julai thn 2003. pastu sy jwb la x pernah mbik cz dlm sistem SPA sy ada mbik paper Julai tu. pastu dia tnya sy lg baru2 ni ada ikut intrvw pembantu pndaftaran kn? sy jwb ya. itu je. sy pun hairan gak cz dah bertahun2 isi SPA x pernah plak kena pggil telefon. hrp2 la ada rezeki sy. mggu dpn pun dpt pggilan intrvw utk jwtn pem. pembangunan masy s17. hrp2 antara 2 jwtn tu, ada la yg sangkut.. :-) Ada sesapa pernah dpt pggilan dr SPA mcm tu ker?
Yg dapt simpanan lantikan tu dah kira ok..sya dkt 8 bln tgu bru dpt lantikan tetap..
Salam sis..smpai ni snyap aje..xde panggilan pon..cal spa jwpn still samama..ade yg dh dpt pnggilan ke utk intview n27 thn 2013
salam, saya nak bertanya ada x sesaper yg mngalami masalah sama mcam sy ni xdapat nak check result temuduga..bila check asyik bgi statement yang mnyakitkan hati "maklumat anda tiada dalam sistem" any suggestion?
salam, saya nak bertanya ada x sesaper yg mngalami masalah sama mcam sy ni xdapat nak check result temuduga..bila check asyik bgi statement yang mnyakitkan hati "maklumat anda tiada dalam sistem" any suggestion?
salam semua...
klu simpanan lantikan confirm dpt ker??
SEMUA : Lupakan je lah kenangan pergi interview ni sebab baru dapat email dari SPA suruh renew application.
Post a Comment