Thursday, March 28, 2013

ADIK ADIK YANG MEMBAHAGIAKAN

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah. Our baby business makin mendapat tempat di hati pemuda dan pemudi. Thank you thank you so much for your support. Mana belum tahu apa baby business I sila search for NIMI Projek kat Facebook and jangan lupa klik like. Kalau berkenan boleh private mesej or email to nimiprojek@yahoo.com.

Lately, memang kami tak cukup tidur especially Mr. A. I ni kalau rasa mengantuk memang tak boleh ditahan-tahan dah. Tapi semalam rekod tu tidur pukul 4.30 pagi nak siapkan order for Maizatul Akma. Biasalah dalam industri printing ni paling suka buat hal printer dengan komputer. Dugaan betul tapi tak apa sabar itu akan membuahkan hasil. Itu yang lambat tu.

Dah 2 - 3 bulan komputer Mr. A meletup disambar kilat. Habis graphic card dia semua terbakar. Semua tak boleh diselamatkan. Semalam macam dah tak tahan sangat dah nak tunggu warranty for mother board, cadang nak belilah komputer baru sebab my laptop nak loading AI memang lembap sangat. Susah sangat nak design. Tapi alhamdulillah, Allah tu Maha Mengetahui, Mr. A pun dapat call cakap komputer dia dah siap. Jimat ribu ribu. Keluar ratus ratus je. Alhamdulillah.

Semalam adik-adik I datang rumah menolong proses menyiapkan kad kahwin customer sampai pukul 2 pagi okay. Sebelum tu pancing belanja chicken chop dulu. Terharu sangat dapat adik-adik sweet macam ni. Siap buat trial and error lah, QC lah. Macam-macam sampai Ifa pun dah jadi pekerja mahir. Ingatkan nak buat rotation of work tapi sebab dia dah mahir maka tak jadilah. Nanti slow sebab nak kena mula daripada bawah. I am bless to have them in my life. Macam manalah sampai hati nak halau nak buang dieowang ni? NO WAY! NO MATTER WHAT IS THE REASON!

Iqa & Ifa, doakan akak dengan Apek dimurahkan rezeki okay supaya akak boleh belanja korang everyday. Boleh bawak korang jenjalan sekali pusing bumi.


Pekerja mahir tanpa gaji. Kad kahwin ala buku sekolah.

Some simple deco for our small office. =)

You can visit our website at www.thenimiprojek.blogspot.com for more pictures.

2 comments:

oshinz said...

oh my.. comel sangat deco tu. seriously. hehe. bestnya ainee..

Ainee Cumi said...

OSHINZ: Hehehehe! Comel eh? Tapi tu semua tak ada gambar sebab untuk pakai bila ada photobooth.

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...