Saturday, February 16, 2013

#TravelDiary - 4H3M LANGKAWI


Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki penerbangan AirAsia dari Penang.

TIKET KAPAL TORBANG (AIRASIA) : RM80 (1 orang return) / RM160 (2 orang return)
HOTEL (JS MOTEL, PEKAN KUAH) : RM60 (1 malam) / RM180 (3 malam)
TOL IPOH - JURU : RM16.80
TOL JURU - IPOH : RM16.80
PENANG BRIDGE TOL : RM7
MINYAK (ESSO) : RM70 (pergi balik)
TAXI : RM30 (pergi balik)

HARI PERTAMA
Bertolak daripada Ipoh ke Penang. Masuk masuk dalam airport tengok mak aih mahalnya parking airport sampai RM20 satu hari. Kami pergi 4 hari so total RM80. Reject! Terus cari parking kat mana-mana yang selamat lepas tu ambil taxi. Mahal jugaklah taxi tu charge kami RM15. Total RM30 pergi balik. Still jimat RM40.

Naik kapal terbang ni tak adalah memeningkan kepala kami macam naik feri waktu pertama kali pergi Langkawi. Tak sampai 20 minit dah sampai. Tak payahlah nak order makan dalam plane tu memang tak sempat nak makan pun, sedar-sedar pilot announce dah bersedia untuk mendarat.

Kalau dapat harga murah dari ni grab je tau. Sama juga dengan kereta.


Harga taxi dari satu tempat ke satu tempat. FIX PRICE. Tak pakai meter.
Sampai je Langkawi Airport, terus pergi kaunter teksi. Harga daripada Airport ke Pekan Kuah ialah RM24. Daripada Airport ke Pantai Cenang RM18. Jangan risau harga teksi kat Langkawi ni semua sama. FIX PRICE! Tak ada istilah harga taxi airport mahal. Sama sahaja. Kalau dah ada plan nak sewa kereta ambil je dekat airport. Bargain selagi boleh. Sebabnya kat aiport lagi murah. Kat Pekan Kuah susah sangat nak dapat kereta sewa. Tak macam dekat Pantai Cenang. Banyak choice. Kalau dia bagi RM60, grab je. Murah dah tu. Make sure test drive dulu. Kiterowang adalah sewa kereta satu hari, tak boleh blah keretanya. Dah lah buruk, minyak kuat, clash dalam gila, manual lock. Terus bagi balik kereta tu, return back RM200 je instead of RM250. Dah lah pakai tak sampai 3 jam, memang pakai untuk bawa kereta pergi Pekan Kuah je daripada Pantai Cenang. Dah lah tu isi minyak RM10. Sia-sia je. Pendek kata, first day ambil je semua name card abang-abang kereta sewa tu, balik hotel baru buat decision. Mereka akan hantar kereta dekat kita, jangan risau. Macam I dengan Amirul, lepas ni kalau hari pertama je tak payah nak sewa kereta ke motor ke. Yang penting, balik hotel dulu.

Hari pertama ni tak buat apa pun. Stress pasal kereta je lebih. Malamnya jalan-jalan dekat Pekan Kuah. Masuk semua kedai Haji Ismail Group. Cuci mata dulu.

PERBELANJAAN KAMI
Mc'D = RM22
Airport - Pekan Kuah = RM24
Pekan Kuah - Airport = RM20
Kereta Sewa = RM50
Minyak = RM10
Chocolate + Air = RM11.30
Dinner =RM15      

TIPS: Untuk orang muda-muda macam kita ni, antara Pekan Kuah dan Pantai Cenang, better pilih Pantai Cenang. Lepak kat tepi pantai. Banyak choice nak sewa motor. Banyak tempat makan.


HARI KEDUA

Pagi-pagi dah semangat bangun. Semata-mata untuk island hopping. Oh yeah! Mestilah aktiviti wajib yang harus dibuat kalau pergi pulau. Sebelum tu breakfast dulu sebab kita memerlukan stamina yang power ya bila nak pergi Tasek Dayang Bunting tu.
 

1) ISLAND HOPING
HARGA : RM30 sorang
HENTIAN : Pulau Beras Basah, Eagle Feeding at Pulau Singa Basah, Pulau Dayang Bunting
DURATION : 4 jam 
FUN FACTOR : 8/10


Dengar khabar kalau dekat Pantai Cenang boleh dapat RM25 sebab dekat. Abang jeti tu sendiri cakap. Dia kena jual RM30 sebab daripada Kuah, pulau-pulau tu jauh. Tapi seronoklah sebab dapat jalan jauh sikit kan. Ok kalau korang semua daripada Pekan Kuah tak payah nak ambl texi untuk ke Pekan Rabu ni. Pekan Rabu ni dekat je. Keluar je Pekan Kuah dia belah kiri. Jalan menuju ke jeti. Kat sinilah island hoping ke nak pergi Pulau Payar ke semua kat sini. Pulau Payar kalau dekat sini boleh dapat harga RM90 seorang. Murah kan? Murah kan? Compare yang lain sampai RM120++. Ada yang sampai RM250. Kalau tak tahu Pekan Rabu kat mana jangan malu jangan segan, sila ringankan mulut untuk bertanya. ^___^

Overall, memang bestlah cuma kat Pantai Beras Basah tu tak berapa nak best sebab tak ada apa-apa. Pulau Dayang Bunting best sebab kami sewa solar padle boat. Kalau manual RM25 untuk 30 minit. Kalau macam kami ni stok pemalas kami ambil solar, RM30 untuk 30 minit. For me better ambil solar. Eh bukan better tapi its a wise choice. Bayar lebih RM5 tak apa, janji tak penat nak kayuh. Plus, tak payah nak stick sangat dengan 30 minit tu ada kawan satu bot dengan I bawak sampai 40-50 minit, penat abang bot tunggu dia. Ohh, kalau siapa-siapa nak mandi kat Tasek tu kena sewa life jacket RM5.

I banyak baca entri cakap jangan bawa keropok plastik dan air tin bagai tapi bagi I, bawak je. Letak dalam beg. Nak beli kat sana mahal sangat. Jangan risau, monyet tak kacau. Unless korang makan depan dia ataupun bawak beg plastik ala-ala mak joyah pulang dari pasar. Kat Tasik Dayang Bunting tu kalau kat tasik dia tak ada monyet pun tapi perjalanan nak menuju ke Tasik tu banyak monyet. Takkanlah nak makan dan minum sambil berjalan kan kan kan? Best bila sewa benda kayuh-kayuh tu sambil menikmati pemandangan lepas tu makan pulak keropok minum air tin. Dah ala-ala naik private boat. Romantik sangat. Air tin kat sana dah lah tak sejuk, mahal pulak tu. RM3 satu tin. Pukul 1.30 kami pun pulang ke darat.

TIPS : Bawak makanan dan minimum sendiri letak dalam beg and tak payah bawak baju. Atas bot pun baju dah kering. Tak sempat pun nak tukar baju ke apa. Jangan lupa beli gambar piring kat Jeti. RM10 sahaja.


On the way nak balik ke hotel, kami singgah ke Tea Shoppe. Satu-satunya kedai kat pekan Kuah yang ada menawarkan khidmat menyewa kereta, motor dan basikal. Area sebenar dia kat Pekan Rabu tapi kami label sebagai Pekan Kuah sebab alahai dekat je. Kami sewa motor selama 2 hari. 

SEWA MOTOR : RM24 satu hari
DEPOSIT : RM50

Apa lagi, dah sewa motor ni balik hotel naik motor ah. Apa barang jalan kaki. 


2) AGRO MARDI PARK
ENTRANCE FEES : RM5 per person
FUN FACTOR : 4/10 
Kalau tak tahu nak buat apa dekat Langkawi ni best pergi sini sebab dapat makan buah percuma. Padahal tak ada apa pun, cuma jalan jalan tengok betapa kemas dan tersusunnya Mardi tanam pokok.



3) MAKAM MAHSURI
ENTRANCE FEES : RM7 (dulu RM5 sahaja. Baru berkuatkuasa 2013)
FUN FACTOR : 2/10

Lebih kurang macam muzium. Interesting lah untuk tahu hidup Mahsuri. For us, boring. Tapi kalau tak pernah pergi silalah pergi. At least pernah jejak. Apalah rasa pergi Langkawi tapi tak pernah pergi Makam Mahsuri kan.

PERBELANJAAN KAMI
Breakfast = RM7.70
Island Hoping = RM60
Paddle Boat = RM30
Air Tin = RM3
Sewa Motor = RM58
Deposit Motor = RM50
Piring Gambar = RM10
Agro Mardi Entrance Fees = RM10
Makam Mahsuri = RM14
Nescafe Ais = RM2
Chocolate + Air = RM13
Air Tin = RM3
Dinner = RM40


HARI KETIGA 
Ok untuk hari ketiga ni memandangkan ni second last day kami maka habis kami pulun semua tempat yang kami plan nak singgah. Lagipun kami dah ada machine untuk bergerak. Rempitlah apa lagi.

1) KILANG MINYAK GAMAT (NUSANTARA GAMAT)
Rasanya tak ada tempat lagi murah daripada kat kilang ni. Kalau beli banyak tak payah mintak diskaun dia akan bagi diskaun siap-siap kat kaunter nak bayar. Lokasi dia menuju ke airport belah kiri.




2) ORIENTAL VILLAGE, CABLE CAR
FUN FACTOR : 8/10
Lokasi cable car ni mak aihh jauh sangat. Sampai hujung Langkawi rasanya. Kami tak naik cable car sebab dulu dah pernah naik maka malas nak naik lagi sebab cuaca sangat panas. Terlambat sampai lagipun. Kami jalan-jalan je kat dalam Oriental Village tu. Ada attraction terbaru iaitu 6D MOTION MOVIE. Tapi masalahnya harga dia mahal sangat sampai RM15 untuk 10 minit. Baik naik cable car. Sama je harga. Paling best bila I naik kereta kuda dengan Amirul. Murah gila. RM10 per person. Baik sangat kuda tu. Dapat tangkap gambar dengan dia, dapat belai dia. Rasa nak je curi bawa balik. Cadang nak pergi Telaga Tujuh tapi sebab I period tak boleh nak mandi maka kami pun batalkan je hasrat tu. Aish, patutnya pergi je kan tak payah mandi. Saja nak tengok. Menyesal pulak. Ibu I cakap tempat tu unik. Ada 7 kawah. Korang kena pergi tau kalau dah alang-alang kat Cable Car tu.


3) PANTAI PASIR HITAM
FUN FACTOR : 10/10
SubhanAllah, warna air laut dia cantik sangat. Tenang sangat kalau lepak kat sini. Kami ni kesuntukan masa tu yang lepak setakat 30 minit je. Kena pergi dan spend some time kat sini. Tapi tempat ni serius jauh sangat.


4)KOMPLEKS KRAF
ENTRANCE FEES : FREE
FUN FACTOR : 8/10
Korang kena peruntukkan masa lama sikit kat sini sebab kawasan dia besar sangat. Kalau rushing rushing tak best nak tengok. Kat sini dapat tengok adat perkahwinan, canting batik, anyaman tikar. Best! Best! Best!

5)AIR HANGAT VILLAGE HOT SPRING
Saja stop by ingatkan bolehlah mandi-mandi ke apa rupanya still under construction. Kotor sangat air dia. Geliiiiiiiiiiiii. Kawan cakap dah 4 tahun dah tutup. Uish lamanya, construct apa tu? Bina rumah pun dah siap agaknya.

6)  KILIM GEOPARK TOUR
FEES : RM250 per boat.
Kalau nasib baik ada tourist ramai-ramai boleh share satu boat RM30 - RM35 sorang.
Dengar cerita macam best tapi kami tak sempat nak give a try. Setakat tengok kaunter tiket dengan jeti. Mampu ke nak sewa bot sampai RM250?? Ni kalau pergi ramai-ramai tong tong duit best!

7) GALERIA PERDANA
ENTRANCE FEES : RM5 seorang
FUN FACTOR : 6/10 
Interesting jugaklah dapat tengok koleksi-koleksi Dr. Mahathir. Cantik-cantik. Oh dan unik juga. Tapi terlampau banyak sampai I dengan Amirul tak larat nak tengok semua. 2 tingkat okayyy. Kira untuk RM5/- sorang tu memang berbaloi sangat. Tapi kalau nak tangkap gambar dalam tu kena bayar kamera fees RM5/-. Hari ketiga ni my yayang dah start sunburn. Nasib  I tak kena. Atenya dia yang tukang bawak motor. I selindung belakang dia. Bijak kan?

8) DATARAN LANG
FUN FACTOR : 1/10
Wajib pergi untuk tangkap gambar dengan Burung Helang. Lepas je tangkap gambar kat situ terus balik sebab tak sanggup nak menahan pancaran matahari. Buatlah bumbung ke tempat teduhan ke kan best. Lagipun tak ada apa pun kat situ. Setakat helang je. ^___^

Haaa banyak tak? Banyak tak tempat kami pergi untuk hari ke-3 ni? Banyak sangat kan? Boleh kata satu Langkawi kami dah tawaf. Mana taknya daripada selatan ke barat ke utara ke timur. Curlasss sangat kan?

PERBELANJAAN KAMI
Borong minyak gamat = RM30
Isi Minyak Motor = RM3
Breakfast = RM11
Kereta Kuda (Rocky) = RM20
100 Plus & Mineral = RM3
Lunch = RM12
Galeri Perdana = RM10
Starbucks = RM14
Borong Coklat = RM106
Kain Batik = RM25
Dinner = RM13


HARI KEEMPAT
Kena pulangkan motor pukul 1.30 tengah hari. Ada satu tempat yang I memang nak sangat sangat pergi iaitu Bird Paradise & Wildlife Park. Serious kalau korang pergi Langkawi tak pergi Bird Paradise ni memang rugi. Tambah-tambah kalau ada anak kecil lagilah best. I yang dah 24 tahun ni pun teruja inikan umur 2 tahun dengan 4 tahun.

ENTRANCE FEES : RM25 seorang
FUN FACTOR : 10/10

Masa nak masuk tu, jangan lupa beli makanan untuk bagi haiwan-haiwan makan. Rugi tak beli. RM6 per packet. Best sebab kita dapat bagi haiwan-haiwan makan. Kalau nak best kena pergi pagi-pagi ataupun petang-petang. Time tu semua tengah aktif dan lapar. Ingat lepas dah pergi tempat ni nak pergi Underwater World tapi malangnya tak sempat. Dulu dah pernah pergi tapi tak puas. Oh entrance fees untuk Underwater World ialah RM25 seorang ya.

Pukul 3.30 kami pun bertolak ke airport. Selesa juga airport Langkawi. Much more better than Penang. Sampai je Penang, singgah Tesco untuk makan KFC sebab aunty taxi suruh balik lepas pukul 7 malam sebab time time orang balik kerja kompem Penang Bridge jem. Touch down Ipoh pukul 11.30 malam. Esoknya terus pergi kerja. Penat!

PERBELANJAAN KAMI
Breakfast = RM10
Bird Paradise Entrance Fees = RM50
Minyak Motor = RM4
Lunch = RM13
KFC = RM25   

PENGINAPAN MURAH & SELESA DI PANTAI CENANG
AMZAR MOTEL (04-9551354/2354)
Fan Room = RM35
Chalet = RM45
Hotel 1 = RM75
Hotel 2 - RM95
Amzar Hotel = RM115
Amzar Family Room = RM150
**hotel sila cari kat www.agoda.com. Tak pernah mendukacitakan kita.

BORONG COKLAT & BELI PERKAKAS DAPUR & BELI KAIN BATIK PELEKAT 
Coklat - Harga basically semua sama. Tanda Halal tu yang penting. Time kami pergi, kalau nak beli Cadbury yang ada tanda Halal ada jual kat Pasaraya One Stop.

Kain Batik - Banyak pilihan dekat Haji Ismail Group dekat area tepi belah kanan Pasaraya One Stop. Haji Ismail Group ni kaya, sampai 2-3 cawangan dia kat Pekan Kuah.

Minyak Gamat - Kalau terlupa dan terasa tak cukup nak beli minyak gamat tapi nak pergi kilang dia macam jauhlah sangat, tak apa. Dekat ada satu kedai toke cina sebelah kedai Haji Ismail Group yang jual banyak choice pelekat tu jual murah untuk satu dozen. Satu dozen RM10.


Pasaraya ni je ada jual Cadbury Halal, Haji Ismail Group tak ada pun. Tak taulah kalau tak perasan pulak kan.
KIsses ada yang Halal ada yang tidak. Check dulu. Beli yang chocolate, yang chocolate susu tak sodap.
Minyak minyak gamat. Ibu punya 2 dozen. Yang lain tu semua buat sedekah kat jiran dan kawan-kawan.
Khas untuk adik beradik, ibu, ayah, mama dan kawan kawan terdekat.
PLEASE TAKE NOTE UNTUK ORANG MUSLIM, BILA NAK BELI COKLAT SILA CARI LOGO HALAL. KEBANYAKAN MUSLIM TIDAK TAHU, KEBANYAKAN COKLAT YANG TIDAK ADA LOGO HALAL MENGANDUNGI KANDUNGAN ALKOHOL. CONTOH COKLAT YANG ADA ALKAHOL IALAH FERRERO ROCHER, DAIM DAN TOBLERONE. KAT LANGKAWI APA YANG KAMI LIHAT COKLAT CADBURY YANG DIIMPORT TIADA TANDA HALAL. SAYA MOHON SILA CARI COKLAT YANG ADA TANDA HALAL. SEDIH TENGOK ORANG MAIN AMBIL JE DAN BAYAR COKLAT-COKLAT TU TANPA USUL PERIKSA BAHAN-BAHANNYA.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)

Nabi Muhmmad S.A.W bersabda,  
"Arak adalah ibu segala maksiat dan ianya adalah maksiat paling mengaibkan".

Oleh itu tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk ataupun setitik.

Enjoy the tips and tricks people. Maafkan segala kekurangan seperti gambar terlalu banyak ke. Ini semua dengan harapan Bikpah akan gersang bila baca. Hihihi!
 Hujung bulan 8 nanti Jakarta pula ya 5 hari 4 malam. ^______^

50 comments:

zarifahmr said...

fuhhh gersang habis. walaupun tenet macam dajei gigih aku tunggu loading. best je aku rasa? kekeke

Huda Zulkahar said...

sgt2 best entry sis.. :D informative lak tuh..

Ainee Cumi said...

ZARIFAH : Kalau dah upload sampai 85 keping gambaq ko tak gersang aku tak tahulah macam mana. Ahahahha!

Entah! Tu lah lain orang lain rasanya, macam adik ngan ibu ayah mama aku suka.

Ataupun aku hebat dan bijak buat entri ni nampak best. Ahahahah!

Ainee Cumi said...

HUDA: Tenkiu Huda. Nanti kalau ada travel travel lagi Aini update ya. =)

Rara said...

Bestnyaaaaaaaaa. Dalam perancangan juga nak ke sana. Ainee budget berapa ye untuk semua ni?

Ainee Cumi said...

RARA: Kalau macam Aini termasuk pengangkutan dan penginapan semua untuk 2 orang total RM1,282.60. Macam Aini dengan Amirul tak berkenan sangat Langkawi. Rara give a try lah dulu. Lain orang lain citarasanya. =)

jooleata said...

Hai ainee,

Nk tnyalah pakej snorkelling suma n island hoping amek dkat jeti pekan rabu tu ke?

Dia dkat jeti feri ke jeti yg lain?

Do emakl me jazzeyra.aj@gmail.com

Bnyaakk nk tnya.. hehe

Thanks

Ainee Cumi said...

Hai hai jooleata. Ok saya email awak jap eh.

lili zakiah said...

Best baca blog u ni...

Ainee Cumi said...

LILI ZAKIAH : Okay ini sangat terharu ya. Thank you so much.

Anonymous said...

tumpang lalu . hee . nk ckp psal coklet , klu yg xda tnda halal tu , import . klu ad tanda halal tu mostly made dkat malaysia. cntoh , cadbury yg berkotak, made in australia . yg plastik made in malaysia . byk lg coklet kat lgkawi . cntoh , ismail group . ni milik spnuhnya org islam .

ha , psal kilim geoforestpark tu rm250 ? utk dua jam ke ? sebb klu ambik ngn sy , rm200 utk 2 jam . rm350 utk 4jam . satu boat 10org . nnti klu dtg langkawi lg , n nak booking boat utk mangrove tour kilim geoforest park , boleh cntact sy , 0134298299. (siti nor hidayah) :) tq .

Ainee Cumi said...

ANONYMOUS: Kalau nak tumpang lalu silalah beri salam dulu. Hehehe. Assalamualaikum Puan Siti.

Ok about the chocolate, as I mentioned kat entry tu "KAT LANGKAWI APA YANG KAMI LIHAT COKLAT CADBURY YANG DIIMPORT TIADA TANDA HALAL." See! I dah tulis yang diimport. Take note ya, yang diimport tu lah yang selalu ada kandungan alkohol. Ismail Group memang orang Islam tapi bukan dia yang buat cokat tu. Dia hanya intermediaries. Penjual yang membeli dari kilang juga untuk dijual kepada end user. Australia? Memang sah bukan negara Islam. Memang sah minum arak. Please! Jangan disebabkan kita suka makan coklat, halal haram letak tepi. Tolong check ada Halal ke tak. JIka dari Malaysia check ada tak halal Malaysia. Kalau dari Australia ada tak halal Australia. Kalau tak ada tolong letak balik. Ingat Allah, ingat Al-Quran, ingat Rasul. Jangan kita pandang remeh bab halal haram makan ni. =)

Kalau dengan awak saya tak tahulah murah. Janganlah terkejut sebegitu rupa. Saya pun terkejut juga dengan awak lagi murah sebab saya dapat harga ni daripada kaunter Kilim tu jugak.

Terima kasih sudi tinggal komen di sini, untung untung boleh tambah rezeki. Siapa siapa nak pergi Kilim Geoforest yang termurah yang takkan anda dapat di mana-mana bolehlah kontek Nor Hidayah ni ya. Terima kasih.

Assalamualaikum. Saya tak marah cuma menegur. Peace yawww.

iina said...

Salam

Nak komen pasal coklat.. walaupun takdetanda halal.. kebanyakan coklat dari luar negara ada tanda untuk vegetarian atau vegan. Ini boleh diguna pakai sebagai bahan dalam tuh hanya ada unsur dari sayuran sahaja. Tidak semua coklat ada tanda halal sebab kebanyakan yang ada logo nie jika datang dari negara islam atau punya kesatuan pengguna islam.

Pada saya takde masalah kalau takde tanda halal.. tapi as long as ada tanda vegetarian dan kita study sikit kandungan dia dah mencukupi.. saya pernah duduk di Uk selama 6 tahun.. kat sana hampir semua local produk dia takde tanda halal.. roti.. biskut.. butter.. jem.. name it..kalau nak harap tanda halal semata2 memang tak makanlah..

Just nak share info nie.. jangan terus cakap takde tanda halal tak boleh makan langsung.. islam tuh kan mudah dan ada cara serta penyelesaiannya..

iina said...

Salam

Nak komen pasal coklat.. walaupun takdetanda halal.. kebanyakan coklat dari luar negara ada tanda untuk vegetarian atau vegan. Ini boleh diguna pakai sebagai bahan dalam tuh hanya ada unsur dari sayuran sahaja. Tidak semua coklat ada tanda halal sebab kebanyakan yang ada logo nie jika datang dari negara islam atau punya kesatuan pengguna islam.

Pada saya takde masalah kalau takde tanda halal.. tapi as long as ada tanda vegetarian dan kita study sikit kandungan dia dah mencukupi.. saya pernah duduk di Uk selama 6 tahun.. kat sana hampir semua local produk dia takde tanda halal.. roti.. biskut.. butter.. jem.. name it..kalau nak harap tanda halal semata2 memang tak makanlah..

Just nak share info nie.. jangan terus cakap takde tanda halal tak boleh makan langsung.. islam tuh kan mudah dan ada cara serta penyelesaiannya..

iina said...

Salam

Saya nak perbetulkan sikit statement you.. kebetulan sampai sini sebab nak survey pasal coklat dan terus rasa nak share dan komen sikit..

Tidak semua coklat yang diimport yang tiada tanda halal itu ada alkohol.. kadangkala walaupun takde tanda halal.. ada sesetengahnya ada tanda untuk vegetarian atau vegan.. ini juga boleh digunapakai sebagai salah satu guide.. vegetarian atau vegan itu maknanya semua kandungan itu 100% adalah bahan sayuran..

Semasa saya tinggal di UK(more than 6 years).. coklat cadbury adalah antara coklat fav saya.. yang mana memang ada tanda vegetarian atau vegan itu.. kena teliti dulu kandungan terlebih dahulu.. kebanyakan negara bukan islam ada simbol vegetarian ini sebab ramai penduduknya yang vegetarian.. malah kadang saya rasa lebih selesa dengan packaging produk kat sana berbanding di malaysia.. yang kadang tak jelas pun kandungan apa yang ada.. kadang ada tanda halal.. tapi amat jarang yang ada tanda vegetarian atau vegan.. (kalau ada nie memang yakin lagi)

Saya rasa statement kata semua coklat import yang takde tanda halal tuh mesti ada alkohol tuh berat.. kenalah tengok kandungan terlebih dahulu.. kami yang biasa duduk di oversea lebih peka benda2 macam nie.. sampai tahap kami faham dan hafal kandungan E yang macam2 label untuk tahu emulsifer tuh dari lemak haiwan atau tidak.. ;)

Ainee Cumi said...

IINA : Waalaikumussalam Iina. Saya hargai apa yang awak nak tegur. Terima kasih. Saya tak cakap semua saya cakap selalunya. Contohnya ferrero rocher ada arak. Saya cakap kalau boleh elakkan. Semua pilihan nak makan atau tidak di tangan kita. Kalau macam awak duduk di UK, kita faham kat sana susah nak cari makanan yang ada tanda halal nak tak nak nak makan kena tengok kandungannya. Tapi kalau kita yang duduk di Malaysia yang ada organization HALAL dan JAKIM sendiri suruh elakkan perkara yang syubhah. Why not kita pilih makanan yang tidak diragui statusnya. Contoh yang saya bagi dekat Langkawi. Ada coklat cadbury yang ada halal dan yang tidak ada. Why not kita pilih yang ada tanda HALAL?

Maaf jika status halal dan syubhah ni menghangatkan. Kita cuma insan manusia. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu dari diri saya sendiri. Terima kasih atas teguran awak. At least nanti saya pergi luar negara saya boleh pakai tips awak. Saya akan ingat pasal VEGAN. Serius saya baru tahu berkenan coklat atau makanan yang ditulis VEGAN. Tenkiu Iina. =)

Anonymous said...

salam.. saya akmal.. nak tanya, klu kite tak nak sewa bot utk island hoping, tp nk sewa bot juz utk ke pulau tasik dayang bunting, cmne ek?sesape ade ape2 maklumat tak?

Anonymous said...

Salam Ina....

Wallah pun awak Dok uk 6thn skali pun..awak kene igt mencari yg halal tu fardhu kifayah tuk Muslim...

Coklat Cadbury Bukan Ada arak... Kandungan E dlm ingredient tu samada Dari Haiwan...kebanyakan Nya di ragui status Nya...status kalo Dari Tulang Babi. halal ke?? Harus awak Makan ke...kalo status Dari E tp jika ia Dari Lembu sekalipunnnn..Ada Kamu pk Haiwan tu do sembelih?.... Kamu pemakan bangkaiiii?? Pasti takla..

Pensyarah Ada buat Kajian apa yg meragukan pd status E tu...dlm senarai tu harus la kite elakkan.....

Islam tu mudah to Jgnnnnn terlalu di permudahkamm... Sila buat rujukannnn Dari ko men yg Salah megenai halal..Dan boleh refer Jakim kalo ilmu xde...

shidah hamid said...

Pasai ceklat pon jadi hot..huhu..
Anyway, kite bc entry awok utk tips tmpat menarik di lngkawi.. thanks. Sgt bergune utk budget planning.

Peter Sylvester said...

Nk call tuan punya blog ni ble..nk tanya lbh lnjut lg

Peter Sylvester said...

Menarik..jln cerita pun best juga

Peter Sylvester said...

Nk call tuan punya blog ni ble..nk tanya lbh lnjut lg

Peter Sylvester said...

Nk call tuan punya blog ni ble..nk tanya lbh lnjut lg

Peter Sylvester said...

Nk call tuan punya blog ni ble..nk tanya lbh lnjut lg

Peter Sylvester said...

Nk call tuan punya blog ni ble..nk tanya lbh lnjut lg

dyanazmeera said...

hi. nak tanya. awak memang dah booking awal semua pakej tu atau ambik on the dot je?

Ainee Cumi said...

AKMAL : Akmal. AIni rasa memang tak ada kalau nak pergi dayang bunting je. Tak tahulah pulak. Awak pergi je kat jeti tu tanya. Mesti ada information

Ainee Cumi said...

SHIDAH HAMID : Hehehehe. Hot sangat kan topik coklat ni. Hopefully tips ni berguna. Enjoy!

Ainee Cumi said...

PETER : U can email me at aineejohari@yahoo.com

Ainee Cumi said...

DYANAZMEERA: Semua on the spots awak. Tapi Aini biasa buat research dulu tu yang macam bila pergi travel tu selamba je buat semua on the spot.

Anonymous said...

hi, saya Nana
tumpang tanya,
kalau utk sewa skuter tu,
just bayar sahaja ke, atau dia akan mintak apa2 document?
thanks

pak belalang said...

Hari pertama tu cik masuk hotel terus ke? Hotel ambik kt pekan kuah atau pntai cenang? Sbb sy tgh plan dlm bln 2 ni.. info yg sgt berguna..

pak belalang said...

Hari pertama cik terus duk hotel kt pntai cenang or pkan kuah? Sy tk prnh gi lgkwi lg.. bru nk plan hnemoon bln 2...

pak belalang said...

Hari pertama tu cik masuk hotel terus ke? Hotel ambik kt pekan kuah atau pntai cenang? Sbb sy tgh plan dlm bln 2 ni.. info yg sgt berguna..

Anonymous said...

Kak ad no tpon blik akak sewa tu dak?

Anonymous said...

As salam..nk tny kalo kita x sewa knderaan..ade ke trnsport awam nk ke satu2 tmpt..cntoh dr jeti-kuah..kuah-tmn brung..tmn brung ke-cble car..ade ke ek..sbb rncg nk pg tp mlas nk sewa2 knderaan cz mlas nk drive..

Anonymous said...

Boleh bgtau x dkt mna nk dpt pakej snorkling tu...my number 0124859348

rara said...

nak belik cokelat langkawi online ? meyh page fb kami :) https://www.facebook.com/kedairuncitonlinecokelatlangkawi

Anonymous said...

salam...

i nk tnye psl sewa motor tu, mmg de dkt kuah je ke?

dkt area airport lgkawi ade x?

and i nk mntk pndapat u, better i cri sewa motor kt airport or naik cab g cenang, and cri je kt sne??

- syira -

Kisah Si Dairy said...

suka tengok pemandangan di sana...cantik...

Has Liana said...

$alam sesiapa nak ke Langkawi saya ada homestay btul2 tgh pekah kuah.. 3blik full aircond pantry n ruang tamu.. semalam rm250 2 mlm ke atas hanyalah rm220 sahaja.. selain itu saya juga mnyediakan mangrove tour 2 jam dgn hrga rm170 sahaja !!! island tour keta sewa pn ada hubungi sy na 0134569984 ana..

Anonymous said...

Terima kasih byk ilmu yg kak dapt dr blog ni tq byk2 senang kak nk bajet mse nk p sna dgn husband nanti

darina sekeri said...

tq tuan tanah... saya ank ikut sejibik2 semua tmpt yg awak pegi ni kecuali kilang gamat tu. sbb saya bawak ank. confirm la bdk 5 thn boring g kilang tu smua...

post awak sgt informative! !!

saya nk g langkawi bln 1 (bln depan)... ni baru gigih study psl langkawi

darina sekeri said...

tq tuan tanah... saya ank ikut sejibik2 semua tmpt yg awak pegi ni kecuali kilang gamat tu. sbb saya bawak ank. confirm la bdk 5 thn boring g kilang tu smua...

post awak sgt informative! !!

saya nk g langkawi bln 1 (bln depan)... ni baru gigih study psl langkawi

Ainee Cumi said...

ANONYMOUS : Serasaya dia tak mintak dokumen apa-apa pun. Deposit je. Tapi jaga-jaga ada roadblock juga tau. Just in case untuk sesiapa yang berhajat nak bawak sewa motor tapi tak ada lesen

PEKAN BELALANG : Maybe its too late tapi utuk sesiapa yang golongan muda muda cam kita ni baiklah duduk kat Pantai Cenang. Macam Aini tersilap. Pilih pekan kuah pulak. Memang buhsanlah sebab pekan kuah tu untuk makcik makcik suka shopping. Heheheheh!!

ANONYMOUS : Boleh search kat AGODA.COM

ANONYMOUS : Memang tak ada dan harapanlah awak. You know lah kan Malaysia kalau bab transport awam memang mimpilahhh... So better sewa kenderaan ataupun kalau malas drive boleh amik pakej orang akan drivekan kita. Dia amik kita kat hotel je.

ANONYMOUS : pakej snorkelling tu dekat pekan kuah.

RARA : Okay Rara. Kalau Aini nak beli coklat Aini beli kat page awak okay. Modern dah skang. Senang je nak beli coklat kat Langkawi. Online pun boleh.

ANONYMOUS : Kalau awak pergi balik pun naik flight better sewa je dekat airport sebab senang. Nanti balik tak payah nak cari teksi ke apa. So my answer is airport. =)

ANONYMOUS : Heheheeh!! Enjoy your vacation with your hubby sis.

DARINA: Semoga ianya bermanfaat. =))))) Enjoy sister. =)

Anonymous said...

salam. i nk tanya, kalau nk ke langkawi for 4h3m for 2person, better ambik package or redah je semua cari sendiri? yg mna better?

Anonymous said...

Nasi goreng mamak ada logo halal tak?

qal said...

Hai... saya nk tnye letak kereta kat area mana? Sbb teman pun dari Ipoh bwk keter g penang. Kalau rm20 sehari matilanakkk. Thanks

Anonymous said...

Salam tuan tanah..hehe..nk tnya..ap hotel yg terbaik dkt chenang..

Ainee Cumi said...

ANONYMOUS : Redah sendiri je sebab kat Panti Cenang banyak sangat orang jual pakej.

QAL : Letak dekat TESCO lepas tu panggil taxi hantar ke airport dalam RM15 je sehala.

ANONYMOUS : Hotel terbaik tak pasti sebab lain orang lain citarasa dan budget. Boleh usha AIRBNB dengan AGODA