Thursday, September 20, 2012

#TRAVELDIARY - Apa bikin 3 hari 2 malam di KOTA KINABALU KOTA DEJAVU?

Assalamualaikum semua. Setelah 13 hari pulang dari Kinabalu baru hari ni ada masa nak update apa yang kami buat dia sana dan ada apa apa tips nak share tak? HELLO! Its Ainee okay mestilah ada tips baik punya untuk dikongsi.


TEMPOH : 3 Hari 2 Malam
TEMPAT TINGGAL : Hotel Switz Paradise by Agoda.com (RM69 seorang untuk 2 malam)
 PENERBANGAN : Air Asia Promo
(Harga tiket pergi balik: RM70 (Girls) RM399 daripada RM50 (Boys)
PELANCONG-PELANCONG : Aini, Apek, Zaza, Syera, Yna, Naz, Yana & Najwa
PERLU INGAT UNTUK BAWA : IC. Baju kalau tak bawa boleh beli tapi IC kalau tak bawa melepas ah kau tak boleh terbang kena beli tiket baru. ^___^
TOURIST GUIDE : Encik Jasdar (019-8337969 & cheapertransport@yahoo.com)
**Best tourist guide ever. RM1690/- untuk 8 orang. Kalau siapa siapa nak pergi Kota Kinabalu nak cari tourist guide termurah terbaik di KK silalah telefon dia. Hantar mesej je pun boleh, dia mesti call balik. Bagitau mana kita nak pergi semua then dia akan state harga. Dia siap belanja kami Buah Tarap dan kuih cincin. Baik sangat Encik Jasdar ni. Serious.

DAY 1
Hari pertama pun dah banyak drama berlaku. Kenapa saya highlight KENA BAWA IC? Sebabnya 12 tengah malam tu dah sedih dah hantar Apek ke Medan Gopeng untuk naik bus ke LCCT sebab flight dia awal pukul 6.30 pagi. Flight I pukul 12.30 tengah hari di mana saya akan naik bus pukul  5 pagi dengan rakan seperjuanganku, Zaza & Syera.  Tiba tiba pukul 5.30 tak silap dapat call dari Apek tanya mana IC dia. Check dalam dompet ohh di dalam dompetku rupanya. Teruslah tak boleh naik belon, kena beli tiket baru which is RM349/-. Daripada tiket elok elok harga RM50/- pergi balik terus jadi RM349/-. Terus naik sama waktu dengan kami perempuan berempat ni.

PENGAJARAN: DOUBLE CHECK DALAM DOMPET ADA IC KE TAK. Kadang-kadang benda yang kita selalu rasa selalu ada dengan kita yang tak ada.

Ok continue semula pengalaman kami di sana. Kami tiba di KK Airport jam 3 petang. Perjalanan dari KK Airport ke pekan KK tak jauh. Hanya 10 minit sahaja naik kereta. Maaf, harga taxi untuk ke pekan KK saya lupa nak tanya sebab Encik Jasdar yang ambil kami dari airport. Yang pasti kalau ramai ramai naik van dia akan caj RM80. Mungkin boleh bargain.

FIRST STOP IS.........
 

MARI-MARI CULTURE VILLAGE

TICKET PRICE : RM130/- per head. 40 minit daripada pekan KK.

Pit stop kedua ada sesi masak masak. We choose Yna Bliss Desa as our best cook in our group. Tips: Letak je ingredient banyak-banyak. Kita bayar mahal woo. Tak payah nak ada rasa bersalah dalam hati sebab makanan dia ni sumpah sedap gila gila gila.
Rope Man
Pelamin kaum Bajau Darat. Bajau darat dan laut merupakan puak yang terkaya di antara semua kaum kerana aktiviti mereka ialah perniagaan. Yang paling membanggakan THEY ARE MUSLIM. ;)
Make a circle and jump around. Lagu yang team kami dapat lagu RASA SAYANG. Team Apek best sebab lagu dia lagu TINGGI TINGGU GUNUNG KINABALU sampai si Syera nyanyi tak henti henti dalam van.
Fireboy. Pujaan Encik Boss.
Last sekali ada culture performance. Memang enjoyable.
Rugilah kalau pergi tapi tak try menari kepit kepit ni.



Overall, it was fun. Kami pergi waktu malam. Malam tak berapa nak nampak sangat barang-barangnya sebab gelap. Tapi malam best sebab kita tak nampak serangan daripada kaum Murut yang terkenal dengan misi potong kepala. Takut gila okay. Macam I dengan Yna prefer siang. Zaza pula malam. Lain-lain citarasa. Cadangnya kami nak pergi siang tapi dah sampai pun pukul 3 petang mana nak sempat. Aktiviti ni semua memakan masa 2 jam setengah. Walaupun harga agak mahal tapi sangat sangat sangat berbaloi. Rugi kalau pergi KK tapi tak jejak Mari-Mari Culture Village sebab dekat sini kita akan belajar kaum-kaum yang terdapat di Sabah. Apa budaya mereka. Apa makanan mereka. Apa tradisi mereka. Rumah mereka. Dah habis jalan-jalan dia ada bagi makan. Kiranya RM130/- sekali makan. Memang berbaloi baloi. Fridge magnet RM5/-.

Malamnya, kami jalan jalan di pekan KK. Pekan KK malam malam tak ada apa. Pekan mati. Yang kami perasan kat pasar sini bila jalan sikit nampak orang jual Cili Padi segunung. And beware! Siapa takut lipas silalah berhati hati sebab banyak gila lipas kami jumpa sepanjang perjalanan.

FILIPINO MARKET
Terletak di tengah tengah pekan KK. Ada banyak gerai makan yang jual seafood. Tips daripada Dila ialah sebelum duduk mintak nak rasa sambal/sos dia dulu. Kalau dia buat muka cakap kita dari Semenanjung sebab orang kat Sabah semua baik-baik. Macam kami, kami tak makan dekat Filipino Market sebab tempat dia terbuka takut sakit perut ke apa ke kan.




DAY 2
RESTORAN HAPPY MUSLIM

Pagi-pagi pukul 8 kami breakfast di sini sebelum bertolak ke Kundasang pukul 8.30 pagi. Siapa yang tinggal dekat Switz Paradise Hotel ke Cititel Express ke kalau tak pergi makan dekat Restoran Happy Muslim ni mesti menyesal. Makanan wajib order dan mesti cuba ialah MEE ROJAK DAN NASI AYAM. Mee rojak dia memang power sampaikan kami rasa nak terbang pergi KK balik semata mata nak makan Mee Rojak dia. Harga RM5/- sepinggan. Restoran ni terletak dekat Asia City Mall belakang hotel Cititel Express.

Selepas makan makan kami pun bertolak ke ....................


PEKAN NABALU
Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih. Memang mengantuk sepanjang perjalanan tapi Apek dengan Nazrin tak pernah tidur. Cakap cakap cakap cakap tak henti mengalahkan kami yang perempuan ni.


Biasa je dekat Pekan Nabalu ni. Banyak jual souvenir. Biasanya dekat sini boleh nampak puncak gunung tapi mungkin nasib tak menyebelahi kami, kami tak nampak puncak tu awal pagi sebab dia berkabus. Maka kami tangkap gambar dan singgah pergi tandas sahaja. ^_^


KINABALU PARK
Di sinilah Gunung Kinabalu terletak. Tapi kami tak adalah panjat. Kami singgah dekat kaki gunung je. Tangkap tangkap gambar and feeling feeling luar negara sebab sejuk.

Harga tiket masuk ialah RM3/- seorang.
Daebak!
GENG BERHUHA HUHA. ^__^
Kat sini boleh beli sijil. Harga RM5/- sahaja. Kiranya sijil sampai dekat kaki gunung je lah. Next time nak beli dah sampai puncak. Macam I dengan Apek kami kongsi letak nama tapi sayangnya dia letak nama pendek je. Kami konon-konon nak frame dekat rumah.
GUNUNG KINABALU. Akan kami tiba di puncakmu satu hari nanti.

PORING HOT SPRING
Jangan buang tiket tadi sebab boleh guna dekat Poring Hot Spring. Perjalanan ke Poring Hot Spring ni mengambil masa 20 minit tak silap I daripada Kinabalu Park.

Sila bawa baju. Kalau tak rasa nak mandi masa bertolak daripada hotel pun sila bawa untuk persediaan mana tau tukar fikiran ke nak mandi. At least kalau bawa baju boleh mandi, kalau tak bawa baju merana. Macam kami ni tak bawa baju aishh rugi betul. Patutnya bawa je. Nak mandi ke tak nak ke belakang cerita sebab mula-mula memanglah tak nak mandi tapi bila dah sampai sana pegrhh keinginan nak mandi tu sangat tinggi tahu. Bukan setakat ada hotspring, waterfall pun ada okay.


PORING CANOPY WALK
Menggunakan tiket yang super murah tadi kita boleh cuba canopy walk. 3 in I bebeh. Dekat sini kalau nak guna camera dia akan charge RM5/- untuk 1 kamera. Sebabkan kami ni budak baik, Yna dengan Apek bayar RM10/- untuk guna camera dieowang. Memang guna tanpa was-was lah kan. Orang tu cakap kat atas nanti akan ada orang check camera kita. Dia akan tengok gambar apa yang kita tangkap kalau tak ada pass tu nanti kena caj. Alah apa salahnya bayar RM5/- untuk jaga hutan kita. Murahlah tu RM5/-. Jangan nak lari bayar ya.

Nak memanjat ni memerlukan pernafasan yang betul. Tenaga pun kena ada. Sebab memang tinggi sangat sebelum nak sampai ke puncak canopy walk tu. Kalau jalan dengan penuh ketenangan mungkin akan ambil masa 30 minit untuk sampai ke atas. Mintak nyawa weyh nak mendaki tangga tangga ni tapi gambar Apek dengan Nazrin tu jangan percaya. Gimik je semua tu. Tak adalah seteruk itu yang aktiviti meniti tangga ni.
Sampai juga akhirnya. Zaza, Ainee, Apek, Najwa, Syera, Yna, Naz & Yana.
Tips: Jangan jalan terlampau laju. Nikmati keindahan alam tu. Bayangkan kita searas sama tinggi dengan pokok yang tumbuh di hutan.



DESA DAIRY FARM
Sebelum masuk dairy farm ni pun ada entrance fees.

TIPS PERTAMA: Sila bawa student card kalau anda seorang student. Student RM2/- sahaja. Orang biasa RM3/-. Kalau nak buat wedding shoot RM100/-.

TIPS KEDUA: Jangan lupa bawa botol mineral besar sebab kat sini boleh minta nak susu fresh daripada lembu tak proses apa pun lagi dengan harga RM2/- sebotol sahaja. Rasa dia lemak lemak manis. Memang fresh.

Pengalaman kat sini memang best. Betul betul rasa dekat luar negara. Kalau tak pergi sini memang tak lengkaplah pusing Kundasang. Cuaca dia sejuk sangat lepas tu udara dia pun bersih sangat. Rasa tak nak balik bila ada dekat sini. Lembu lembu dia dah lah pandai. Beratur bila nak makan lepas tu time dieowang sibuk makan tu lah susu kena perah.


TIPS KETIGA: Kalau nak tangkap gambar berlatarbelakangkan gunung sila tangkap cepat-cepat sebab kalau lambat-lambat nanti kabus cepat je datang tutup gunung tu.


RUMAH TERBALIK

HARGA TIKET : RM10 seorang
 I, Apek, Naz dengan Syera tak masuk memandangkan kami rasa RM10 tu terlampau mahal untuk sebuah rumah yang tidak normal. Maka kami hanya lalu dan berpura pura ke tandas untuk ambil gambar di depan rumah terbalik ini. Zaza, Yna, Yana dan Najwa kaya maka mereka mengambil keputusan untuk masuk ke rumah terbalik ini. Barang-barang kat dalam tu semua tak boleh sentuh. Dahlah tu bayar mahal tapi tak boleh ambil gambar. Zaza cakap RM10 sangat mahal patut dia caj RM5 sahaja. Ohh kalau RM5 mungkin kamu berempat yang tak masuk tadi akan masuk dengan muka senyum. Tapi sebab dia RM10 kami dah tahu dah tak berbaloi nak bagi duit kat rumah tak normal ni tapi tandas dia memang cantik yaww.


NEW GAYA SEAFOOD RESTAURANT
Makanan memang sedap sangat sangat sangat tapi macam ragu-ragu sebab ada hidang arak. Kat Sabah ni kebanyakan restoran ada tanda HALAL JAKIM tapi boleh jual arak. Pelik. Apa-apa pun makanan dia memang sedap lepas tu murah. Total semua sekali RM300 lebih tapi sorang bayar RM30++ je. Ada 5 jenis lauk. Nanti I post the picture. Serve no pork katanya tapi still meletakkan was-was.

Here is the address:-
New Gaya Seafood Restaurant
Lot A & B, Wisma Lucky Centre, Jalan Kianson,
88450 Inanam, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Tel: +6088 385 020

Nak dekat pukul 10 lebih baru balik hotel and take a good night sleep.


DAY 3
ISLAND HOPING IN TUNKU ABDUL RAHMAN MARINE PARK
Kalau pergi KK tak melompat lompat di pulau memang tak sah dan merupakan satu kerugian yang sangat sangat aishh tak tau nak cakap. Untuk trip kali ini kami pergi ke Tunku Abdul Rahman Marine Park. Tunku Abdul Rahman Marine Park ni ada 5 pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Cara nak pergi ke pulau pulau ini ialah melalui Jesselton Point. Bukak dari pukul 7.30 pagi hingga 5 petang. Ingat! Pukul 4.30 petang adalah waktu terakhir boat akan ambil awak kat pulau.

BOAT TRANSFER FARES (ada banyak choice tapi kebanyakannya sama je harga)

Pulau Manukan - RM23
Pulau Gaya - RM23
Pulau Mamutik - RM23
Pulau Sapi - RM23
Pulau Sulug - RM25
2 Island Hopping - RM33
3 Island Hopping - RM43
4 Island Hopping - RM53

But still this price can be bargain. Semakin jauh kaunter tu semakin bagus tawaran dia tapi I tak sempat nak bertanya tanya sebab our Mr. Jasdar dah belikan tiket untuk kami.


Then there is another thing yang korang kena bayar which is:-
TERMINAL FEES - RM7.20
CONSERVATION FEES - RM3.00
Dua ni wajib bayar. No bargain. Tapi bayar sekali je boleh masuk semua pulau.

BUAH TARAP! Serius korang kat semenanjung ni kena cuba. Lain asa dia. very unique. Lebih afdal sorang satu buah. Buah ni Encik Jasdar belanja. Baik kan? Patutnya bukan musim dia tapi Encik Jasdar cuba juga cari untuk kami.

TIPS PERTAMA: Datang awal ke Jesselton Point so boleh depart awal. Macam kami hari tu kami ke sana pukul 8.30 pagi. Boat berlepas pukul 9 pagi. Kenapa saya galakkan datang awal? Sebab kalau datang awal boleh dapat meja dan bangku untuk letak barang duduk dan makan.

TIPS KEDUA: Beli makanan kat luar. Bungkus! Sebab makanan dekat atas pulau sangat mahal. Dieowang juga ada sediakan buffet. RM50/- satu kepala. Macam kawan kawan dan kekasih hati I beli NASI AYAM from RESTORAN HAPPY MUSLIM then bawa ke sana dan makan lepas penat snorkelling

TIPS KETIGA: Kalau bernasib baik ataupun korang ni memang peramah korang dapatlah kenalan baru di sana iaitu merupakan abang life guard. Kami kenal seorang. Nama dia Din. Memang baik brother ni. Banyak cerita pasal pulau-pulau. The best part is dia bawa I, Apek, Zaza and Naz snorkelling jauh daripada pantai. Dia berenang laju. Apek pegang tangan dia, I pegang tangan Apek, Zaza pegang tangan I, Naz tak tahulah dia pegang tangan siapa. Kat sana boleh tengok Nemo. Zaza cakap dia baca belog sepatutnya kena bayar tapi kami free je. Itulah orang cakap "Jangan sombong di tempat orang".

TIPS KEEMPAT: Kalau boleh, peruntukkan satu hari suntuk ni memang untuk island hoping je. Ruginya kalau kita dah sampai tapi tak pergi semua pulau. 

TIPS KELIMA: Pergi ramai-ramai dengan kawan. The more the merrier. Macam kami semua ada 8 orang so bila 4 orang pergi snorkelling, 4 lagi tinggal jaga beg. Lepas tu snorkelling gear pun tak payah nak sewa untuk semua orang ya. Sewa 4 je cukup. Lagi satu bila nak beli tiket semakin ramai yang pergi semakin banyak kita boleh tawar menawar.

TIPS KEENAM: Amboih banyak betul tipsnya eh. Masa nak pilih life jacket tu check betul betul. Pelampung dia patah ke tak? Klip dia semua ada tak? KLip bawah ada tak? Sebab benda benda macam ni menentukan keselesaan untuk kita semasa snorkelling. Kalau pelampung patah kita rasa rimas. Kalau klip bawa tak ada nanti life jacket asyik tertarik ke atas. Kalau kita ni jenis badan kecil, silap silap terkeluar daripada life jacket tu. Bahaya sangat. Dan kalau anda tak berniat nak snorkelling just nak lepak tepi pantai tak payah gatal pergi sewa life jacket. Atas boat ada life jacket sendiri so tak payah sewa. Harga sewa alatan tu RM10 paling murah I tengok.


Kami sempat ke Pulau Sapi sahaja sebab flight kami pukul 5 petang. Next time we will visit you KOTA KINABALU. Thats the end of our trip.


BY THE WAY, PLEASE BE A RESPONSIBLE TOURISTS. PLEASE MAKE SURE YOU CLEAN UP YOUR PLASTIC BAG, YOUR LEFTOVER FOODS, YOUR MINERAL BOTTLE BEFORE YOU LEAVE. ITS A SAD THING WHEN I WAS SNORKELLING, I FOUND A PLASTIC BAG SWIM HAPPILY BESIDES ME. AND PLEASE DON'T TOUCH THE CORAL. DON'T STEP ON IT. IT WILL DIE DUE TO YOUR ACTION. ITS OUR RESPONSIBILITIES TO TREASURE THIS CIPTAAN ALLAH S.W.T.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TIKET FLIGHT - RM70
MAKAN MAKAN - RM50
MARI MARI CULTURE VILLAGE - RM130
TOURIST GUIDE - RM212
ISLAND HOPING - RM35
TIKET MASUK SANA MASUK SINI - RM10

Overall budget termasuk transport, tourist guide, makan makan, tiket flight air asia promo dan hotel untuk seorang ialah RM400-RM600 sahaja.
Hope all of you enjoy travelling.

-THE END-

30 comments:

Jun Cupcakekasih said...

interesting....

Ainee Cumi said...

KAK JUN: Sangat! Pergilah kalau ada kesempatan.

Shahkasahias said...

tq... esok nak pegi kk nie... :)

Shahkasahias said...

tq... esok nak pegi kk nie... :)

Ainee Cumi said...

Enjoy your holiday Shah

Bear Kontot said...

Wow.. budget awak ok2.. tp sy pnyer cam mhl..hurm (kurang nasib kot)..

Bear Kontot said...

Wow.. budget awak ok2.. sy pnyer over kot.. hurmmm..

Ainee Cumi said...

BEAR KONTOT : Tak apa awak. Tu semua pengalaman. Kata orang kat Bali, WE HAVE TO BUY EXPERIENCE". Anggap je awak beli experience tau.. =)))

masz said...

sis..ok ke hotel tu?

Ainee Cumi said...

MASZ : BIasalah hotel murah kan. Bolehlah untuk tidur. I bagi 3/10

Anonymous said...

pembetulan, Kota Kinabalu is not Pekan. it is Bandaraya.

nuerul said...

Salam ainee, im nurul
im interested with ur trip,nk tnye u ainee, kalo nk ke manukan and mamutik + snorkelling sempat tak? Coz my return flight on 7.15 pm.in sya allah la..

nuerul said...

Salam ainee, im nurul
im interested with ur trip,nk tnye u ainee, kalo nk ke manukan and mamutik + snorkelling sempat tak? Coz my return flight on 7.15 pm.in sya allah la..

nuerul said...

Salam ainee, im nurul
im interested with ur trip,nk tnye u ainee, kalo nk ke manukan and mamutik + snorkelling sempat tak? Coz my return flight on 7.15 pm.in sya allah la..

nuerul said...

Salam ainee, im nurul
im interested with ur trip,nk tnye u ainee, kalo nk ke manukan and mamutik + snorkelling sempat tak? Coz my return flight on 7.15 pm.in sya allah la..

nuerul said...

Salam ainee, im nurul
im interested with ur trip,nk tnye u ainee, kalo nk ke manukan and mamutik + snorkelling sempat tak? Coz my return flight on 7.15 pm.in sya allah la..

nuerul said...

Salam ainee, im nurul
im interested with ur trip,nk tnye u ainee, kalo nk ke manukan and mamutik + snorkelling sempat tak? Coz my return flight on 7.15 pm.in sya allah la..

Fina Sophie said...

kk is not a pekan dear. bandaraya ;)

Fina Sophie said...

kk not a pekan dear. bandaraya :)

Fina Sophie said...

ainee, 1690 tu including apa semua? urgent please.

Ainee Cumi said...

ANONYMOUS: Maafkan saya Anonymous. Hehehehe.

Ainee Cumi said...

NUERUL: Sempat sangat awak. Sebab nak ke airport tu kejap je. Dalam 10-20 minit je so memang sempat nak pergi semua tu. Enjoy Sabah! Best!

Ainee Cumi said...

FINA SOPHIE : Hehehehe. Sori. Aini semua tempat Aini panggil pekan. Heheheheh. Macam Ipoh pun bandaraya Ipoh tapi aini panggil pekan gak. Hehehhehe.

Ok 1690 tu kan Fina dia include transport pi Nabalu park dengan kundansang dengan pulau pulau tu then amik dari aiport and hantar ke airport. Kalau tiket tiket dengan makan tu semua duit kita sendiri. Tapi awak boleh try je contact Mr, Jasdar tu dia memang baik. Boleh bargain dengan dia.

AMCJ Resources said...

bulan 11 tu aku dah pergi... Island Hopping.... tp x puas.. sbb g under tour.... bulan 3 ni aku nak gi lagi... sambil tgk blog cam best pulak... simple dan padat... cuma rejek island hopping.. aku nak spend sehari untuk tido puas2 dalam hotel...

Anonymous said...

Ada plak pekan kk..bandr laaa hooo

Ainee Cumi said...

AMCJ RESOURCES : Ahahahaha selamat menidurkan diri. Enjoy!! KK best. Aini pun rasa nak pergi lagi sekali sebab tak puas island hoping.

ANONYMOUS : hehehehhe

norsalihah shaleh said...

hi.. dtg sini seb tgh draft iti ke kk next month.. thank u so much seb bg idea. nk tny, masa pergi island hoping tu kan, bertolak blik pukul brapa? satu pulau jer dpt pegi.. sayangnya

Amirah Naziera said...

hai, nak tanya.. Encik Jasdar tu okay kan? i memang nak booking dia utk 1day trip to Kundasang...

Amirah Naziera said...

hai, nak tanye.. Encik Jasdar tu okay kan?? i nak booking dia utk 1day trip ke Kundasang....

Ainee Cumi said...

NORSALIHAH : Bertolak balik pukul 1 petang rasanya. Dah lupa. Btw thank you awak. Feel appreciated. =)

AMIRAH : Okay sangat. Contact je dia.