Tuesday, July 24, 2012

Tarawih with my kakanda


Alhamdulillah. My first sahur, puasa, iftar and tarawih with ya hubby by ya Apek. May you be my partner in crime, my side kick, my bolster for the rest of my life.

Ok now come the confession.

Actually, I never perform a real tarawih in my life. The last time I went for tarawih is during my Form 3. Itu pun banyak main. Paling rajin pergi Tarawih dengan Wawa & Yana, my sweetheart neighbors. Dan semestinya waktu itu berumur 8 tahun, 9 tahun yang di mana kami adalah kanak-kanak ribena, coklat syiling, tikam-tikam, coki coki yang tidak ada gadget untuk dimain yang paling canggih pun cyber pet maka pergi surau adalah salah satu aktiviti yang kami rasa paling seronok.

To be honest, I segan sebenarnya nak pergi masjid sorang-sorang. Dah lah tu tak tahu pulak nak solat tarawih macam mana. Google dekat Internet cara-cara nak solat tarawikh macam payah sangat. Kena hafal macam-macam surah I tengok.

The truth is, solat tarawikh ni tak sesusah yang kita gambarkan, tak sesusah yang google gambarkan. Simple dan senang sangat. Kalau I dah cakap sangat tu maknanya betul betul simple lah tu. So for those yang takut-takut, segan-segan nak pergi tarawih sebab tak tahu, nasihat I just pergi je. Niat tu jangan ditahan-tahan. Apa yang perlu awak tahu hanyalah:-

1. Niat.

2. Perform solat macam biasa

3. Habis je 2 rakaat, Imam akan baca salawat maka kita akhiri dengan "Allah humma solli ala wasalam alaih".

4. Akhir sekali ada sunat witir yang terbahagi kepada 2 rakaat dan 1 rakaat. Niat macam biasa cuma tukarkan dari perkataan tarawih kepada witir. Untuk 1 rakaat, perkataan arabnya ialah "Roq' a tan". Yang lain just follow imam.

Taraaa!!! Mudah kan sebenarnya solat tarawih ni? Makanya jomlah ramai-ramai pergi tarawih. Masih belum terlambat. I tau ramai orang kat luar sana macam I dulu, teringin sangat nak sangat bertarawih tapi tak taumacam mana, takut nanti salah. Tak apa, itulah gunanya Imam. Dia akan bimbing kita. 


For this few days, Apek kena pergi masjid sorang-soranglah. Kesian my bubu. Tapi kesian lagi kat I terlepas malam malam yang berkat. ;( Untungnya menjadi lelaki.

Ohh ya dan lagi satu, Tarawih ni dengar je macam woahhh 20 rakaat. GILA BANYAK! Tapi bila awak dah solat Tarawih ni kompem tak rasa. Sebab dia 2 rakaat, 2 rakaat kan. Serious tak rasa. BETUL! TAK TIPU! Lagipun apa salahnya buat lebih sikit untuk ALLAH yang kita sayang. Tak cuba tak tahu, cubalah. Addict wooo!!




Selamat berpuasa semua. Marilah sama-sama kita menghayati dan mengumpul sebanyak mana amal di bulan yang mulia ini.

Assalamualaikum. ^__^

2 comments:

oshinz said...

thanks for sharing this dear.. i pun selalu ingat tarawih ni susah.

Ainee Cumi said...

OSHINZ: Tak susah langsung Oshinz. Serius senang sangat. Ni kes sama macam I lah. ye lah kita terbayang 20 kan tu macam banyak sangat kan.

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...