Monday, July 23, 2012

Better be aware IPOH FOLKS

 Assalamualaikum and good morning peeps.

Hows your day? For my Muslim friends, how are your fasting thing going? For my 1st day of Ramadhan, I felt so weak. Maybe it's because I didn't took some rice during the 'Sahur' because I am mistaken of the Imsak time with Subuh time. Penat masak ayam madu sedap-sedap tau. Gigih je masak pagi-pagi tu last last makan waktu berbuka.

For the 1st, 2nd and 3rd Ramadhan, Apek and I went for Tarawikh at Masjid Jalan Dairy. Okaylah sana, not bad. Best! Tapi untuk orang yang datang lambat kesian sampai ke bawah-bawah dieowang solat. Alhamdulillah, I selalu dapat saf ke-2 lepas je habis yang 8 rakaat I dapat saf pertama sebab ramai orang balik kan?

Semalam I solat 8 rakaat je sebab risau rumah tinggal lama-lama sebab on the 1st of Ramadhan, rumah I ada orang masuk. Pukul 11.20 malam. Kebetulan hari tu Apek tukar tempat duduk dia tengok tv  mengadap ke tingkap. I pulak duduk tempat yang biasa dia duduk. Tiba-tiba tengah khusyuk tengok TV, Apek bangun dengan pantas dan buka lampu luar lepas tu buka tingkap. I yang memang penyibuk ni mestilah asyik tanya, "Kenapa B? Kenapa B?". Apek cakap, "Tak ada apa-apa, tak ada apa-apa". I pun macam terfikir "Ehh Apek ni nampak hantu ke?". Terus I pun nak join sekali, I pun bukak tingkap lagi satu. Ke kiri ke kanan I toleh toleh nak tengok apa yang Apek cari. Lepas tu Apek buka pintu and I keep on staring at the outside via the windows. Bila Apek buka je pintu, I nampak satu badan manusia panjat pagar batu rumah kiterowang ke rumah sebelah. Ok time ni serious scary. Menjerit I. I cakap, "B! B! Tu ada orang! Ada orang!". Apek pun cakap, "Mana? Mana? %#@%276^#$^( (all the harsh words) punya orang". I nampak okay muka dia. Apek tak nampak. I nampak cara dia panjat. I nampak kaki dia panjang mana. Dia tinggi. Kurus. India. Kulit tak gelap. Kulit dia cerah. Rambut pendek. Baju dia sumpah I lupa.

Jiran sebelah kiri I terus keluar tanya kenapa? kenapa? I punya menggeletar tak hingat punya. Bayangkan, I baru je duduk sebulan lebih dah ada orang nak masuk rumah I. Gila apa?? Jiran I cakap kawasan tu memang selalu ada orang masuk. India jugak. Ok ini sumpah menakutkan. Ye lah penat penat kita cari duit beli barang orang nak ambil barang kita suka suka hati.

Untuk orang yang tinggal area Ampang, Rapat Setia, Gunung View, Gunung Rapat & Ipoh Jaya... BE AWARE! Kawasan ni macam dah jadi HOT SPOT. Tambah-tambah kereta. Banyak kes kena pecah cermin sebab orang nak ambil beg yang orang ingat ada laptop dalam tu. Even kalau nak pergi sembahyang ke, pergi pasar malam Rapat Setia/ Ipoh Jaya ke better simpan beg dalam bonet. Kalau laptop cabut bateri.

By the way, I dah buat report semalam since I nampak muka penjenayah tu kan. Tapi yang I keciwa tu polis tu tak ambil keterangan penuh pun. Dia tak tanya pun ketinggian orang tu macam mana, kurus ke gemuk ke, putih ke gelap ke. Apa pun dia tak tanya. Waktu kejadian pun dia tak tanya, I yang bagitahu. Tak apalah, janji dah buat report. Ye lah mana tahu orang yang sama ke kan, patutnya dia checklah.

So few steps to be taken by me & Apek.
1) Pasang lampu censor yang bila ada orang jalan jalan lampu tu akan menyala dengan sendiri
2) Pasang CCTV (amboih melampau kan? Sebabnya jiran cakap manusia ni waktu petang pun dia masuk wohh)
3) Pasang grill dekat laluan nak pergi ke atap tu
4) Simen kaca-kaca dekat tembok batu (tempat yang pencuri tu panjat untuk larikan diri hari tu)
5) Simpan kasut-kasut dalam rumah (rasanya dia nak curi kasut semalam)

Mintak-mintaklah dijauhkan daripada benda-benda macam ni. Sama-sama kita berdoa ya di bulan yang mulia ini. =))

4 comments:

cha said...

hish bahayanya. kazaa pun baru ni ckp nak beli censor tipu tu. yg dia kejap2 menyala tu dia ckp klau org nak masuk mesti ingat tu censor ke apa kan. mcm kene beli je. hati-hati ainee

ilyezaty said...

hadoi babe.
i dh jadi seram sejuk pulak.
selalu sorg je dok kt umah..

Ainee Cumi said...

K.CHA: Haa tau takpe. At least kita dalam rumah ni pun boleh aware ada orang masuk rumah kita. And pencuri tu pun mesti terkejut kalau lampu tiba tiba pasang. Ini bayangkan kiterowang tengok TV kat depan tu dia boleh berani nak masuk rumah. Belum time kiterowang tidur lagi tu. GILA AHH!

Ainee Cumi said...

ZATY: Alah janganlah seram sejuk. Yang paling penting number telefon balai polis terdekat kena ada then kena make sure ada weapon untuk protect diri. I pun nak masuk kickboxing ah pas ni.

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...