Friday, July 27, 2012

SOFA BERMANJA MANJA

Gambar ihsan dari Galaxy Note Iqa Joe. Nanti I update proper image of ze sofa. Yang atas tu waktu sesi pemasangan.

Alhamdulillah semalam sofa sampai. Setelah diorder daripada 2/6/12. Dia ambil masa sikit sebab dia kena custom dulu. Apek yang pilih warna ni. Yang dekat showroom tengok warna purple. Nak warna purple tapi pilihan warna memang tak ada warna purple so Apek pilih maroon. Bantal coklat. It turns out AWESOME! Modern look.

Dulu baru-baru masuk rumah semua kawan kawan nak datang rumahlah. Tanya bila nak buat housewarminglah, nak lepaklah, nak gosiplah. Semua ada, tapi awal-awal I cakap NO! NO! NO!. Bukannya tak nak bagi datang tapi segan sebab tak ada apa pun lagi. Kawan-kawan semua cakap tak kisah tapi I kisah okay. Tak sukalah nak bagi orang duduk bawah. Nak sembang pun tak selesa tau. Adik-adik I tak apa duduk bawah. Dioewang tu pengujung tetap rumah kami. Tapi sekarang dah ada sofa. Marilah! Marilah! Marilah datang kalau sudi. I masakkan pancake boleh makan dengan Nutella atau madu. Ke korang nak makan french fries dengan nugget? Pilih je. Sambil tengok Running Man.

Selesa sangat sofa ni. Apek dengan I beli dekat Wescourt. Harga bolehlah tahan. Kat Wescourt pun boleh tawar menawar okay jangan ingat kat pasar borong je. Bukan setakat sofa je I tawar-tawar, coffee table pun. Harga sebenar RM500. Gila kau sampai RM500 untuk meja je. Ini tak boleh jadi maka I cot cet cot cet pung pang pung pang dapatlah RM300. Hebat tak? Hebat tak? *angkat kekening bangga. Tu yang alang alang tambah coffee table sekali tu. Overall tak sampai pun RM2K tapi nak dekat sampailah but still below RM2K. Apek bila I tawar-tawar dia buat-buat tengok perabut lain tak nak masuk campur. Tapi I kalau orang dah cakap tak boleh I tak akan tawar lagi, ye lah sebab kesian kan. Orang pun cari makan juga tapi yang Jack ni macam rela je apalagi ambil kesempatanlah. ^__^ Pendek kata, rezeki.

Yeah! We paid it cash. Bukan macam Courts Mammoth yang ada buat promosi suruh orang tambah hutang tu. Promosi raya dia bukan main lagi sampai tahun depan baru start buat bayaran. Kemain kau Courts memang menggugat keimanan makcik makcik tau. Kesian pakcik-pakcik merana bulan-bulan.


NEXT AIM : ZE DINING TABLE

2 comments:

mirajamaluddin said...

Mantopppp kau nyahhh

Ainee Cumi said...

MIRA: Mantop kan?? Lepas ni kau datang tak yah duduk bawah lantai dah. Boleh berbaring baring di sofa ini.

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...