Thursday, April 26, 2012

BATTLESHIP (Popcorn Wednesday)


When is our last time catching a great movie together? Hurmm! Let me think!! Ohh, our last movie is like 4-5 months ago if I'm not mistaken. Lama gila okayy!! Semalam supposedly Apek ada badminton dengan kawan-kawan dia but then sorry my dear I terpaksa curi masa dia sikit sebab I tertinggal barang dekat salah satu kedai kat Ipoh Parade akibat terlalu teruja membeli-belah. Almaklum ah gaji baru masyukkk. =D

Disebabkan nak menebus kesalahan dia tak dapat main badminton I pun pujuk dia dengan ayat, "What about we watch a movie together this night? Untuk menebus kesalahan I yang tertinggal barang dan buat u tak dapat main badminton". Weyh! Sumpah dia sangat down okay sebab tak dapat main badminton semalam tapi lepas tengok Battleship kemain suka dia.

Bertolak dari rumah pukul 9.30 malam sampai sana pukul 9.40 malam, cari parking lagi dah ambil masa berapa minit dah walaupun Aeon Station 18 tu besar dan baru tapi masih ramai lagi orang pergi Jusco okay. Kelam kabut jalan laju-laju nak pergi TGV lepas dapat parking takut kaunter tiket tutup. Lepas dah beli tiket yang berharga RM8/-satu tu, I dengan Apek pergi Jusco untuk beli pasir dan makanan Bobotie which is our lovely darling the only one cat in ze house. Terkedek kedek jalan pergi kereta balik untuk letak barang yang banyak gila lepas tu ubah parking. Lagi 10 minit wayang nak start. Beli popcorn dengan air lagi. Movie date yang rushing betul tapi FUN!!

Lepas je balik movie yang habis pukul 12.40 pagi tu terus pergi rumah ibu dengan ayah. My parents ni so sweet. Even anak dia dah kahwin pun ambil berat kemain lagi. Dieowang pergi pasar malam lepas tu belikan I sayurlah, daginglah, tulanglah untuk masak lepas tu pergi rumah I & Apek, kami tak ada kat rumah. Tu lah nak buat suprise lah tu kengkononnya kan. Nak tengok anak dia ni kemas rumah ke tidak ke kan. Haishh! So sweettt!! Terima kasih ayah dan ibu. I love you infinity. =))


P/S: Ya Allah, baru kira tadi total spending aku semalam tak sampai 4 jam ialah RM248.20. Gila betul! Kena belajar berjimat ni. SANGAT BOROS! CRITICAL CONDITION! Tarik nafas dalam-dalam dan lepas.

2 comments:

oshinz said...

am on my way to watch avengers. hehehehe..

Ainee Cumi said...

OSHINZ: Ok jeles. I tengok minggu depanlah. I tengok hari Rabu je almaklum ah kena berjimat.