Esok paginya mesej kawan I bernama Mira pasal benda ni. Firasat dia kuat mengatakan tak ada apa-apa. I dengan Apek pulak dah rasa kosong. We always think positive. Allah dah aturkan segalanya cantik untuk semua hambaNya. Mira dah suruh pergi klinik semua but then sumpah I malas gila tapi untuk mendapatkan kepastian sebab I ni memang jenis konon berdikarilah sangat semua buat sendiri nanti kang tak pasal-pasal. Makanya dalam pukul 3 petang semalam mencari seantero klinik yang doktornya perempuan. Dalam 3-4 klinik yang ada yang tutup dan ada yang buka tapi doktornya lelaki, last-last pergi Klinik Bhajan which is tempat I dilahirkan dulu. Nurse suruh minum air jugak. Bila rasa nak kencing baru bagitau dia. I pun melahap minum 2 gelas air, 1 botol orange juice and 1 botol mineral. Memang gila kau rasa nak terkucil sungguh. Then doktor panggil.
Doktor letak gel kat perut. Sejuknya!! Lepas tu dia scan. I tengok kat skrin tu gelap je. Dalam hati, "Ohh dah tak ada lah tu. Takpelah bukan rezeki". Then doktor cakaplah ini rahim, ini pundi kencing tolak usus semua naik and last sekali dia tunjuk ini baby. Tapi kecil lagi. I tanya doktor tu, "Ada lagilah maknanya?". Doktor cakap ada lagi tapi still very the tiny. Datang balik lagi 2 minggu. I bersyukur sangat sangat sangat. Peduli apa dia Singh, I ucapkan ALHAMDULILLAH! Apek duduk dekat kerusi doktor and dia tengok skrin tu dari jauh. I pasti dia pun mengucapkan syukur.
Mau taknya I Sabtu jenuh berjalan kat Melaka. Ahad berjalan dekat KL pulak. Minggu lepas berjalan sakan dekat Genting. Aktif gila dengan aktiviti berjalannya pun. So doktor suruh rest banyak banyak. Jangan banyak berjalan. And doktor bagi pil kuatkan rahim and berhentikan pendarahan. Walaupun dah tak berdarah still kena makan.
I ada tanya macam mana nak tau kita gugur ke tak. Doktor cakap if gugur, darah yang keluar macam period lepas tu akan ada rasa sakit macam sengugut.
And just to share, if kandungan belum cecah 3 months, NO SEX PLEASE! And the bill is RM98 untuk Klinik Bhajan. Rasanya klinik lain dalam RM55 je. Prepare lah apa yang patut ehh.
HAI JUNIOR! WE'RE SO HAPPY TO SEE YOU IN MY UTERUS YESTERDAY! HOPE WE CAN MEET YOU IN THE REAL WORLD THIS COMING OCTOBER, BABY!
6 comments:
oh baby baby!! nasib baik takde ape-ape tau. kite pun tak sabar.. hehehe.
OSHINZ: Hihihihi!! Me too darling. Nasib baik tak ada apa apa. Dedinya dah sedih dah.
kalau u nak cari doktor prempuan, pergi la klinik mak i. hehe. kat bercham raya la tapi.
SUEMAI: ye ke? Tak tau pulak mak u ada klinik. Bercham Raya? Jauh jugak sampai ke Bercham. tapi kalau dah desperate akan ku pergi. Apa nama kliniknya?
alhamdulillah tade pape. jage dr elok3 taw. bnyk rht. :)
CIKCIMI: Okay cik cimi. Comelnya nama cimi.
Post a Comment