Tadi waktu nak pergi beli roti. Jalan kaki. Ye lah lagi sebulan kot nak nikah, kenalah exercise sikit jalan kaki lepas tu kenalah diet makan je lah roti. Ofis I ni kena melintas satu jalan yang besar. Tak adalah besar sangat alahainya pun, 3 lane je. Tetapi semalam dan hari ni traffic lightnya rosak. Macam I ni extra confident agaknya, melintas dengan banggalah kan. Cuba fikir logik, ada kereta akan langgar orang? Kang kalau dia langgar, kang dia kena gantung lesen ke apa kan so dia takkan langgar punyalah. Lintas je. Apa peduli!
Lagipun, kereta semua baik hati perlahankan kereta kalau nampak I nak melintas.
Bila nak pergi tu okay lagi. Adalah satu motor baik hati berhenti padahal rasanya tak ada kereta pun time tu and I boleh melintas dengan tenang. Masa nak balik tu I nampak ada pakcik dengan makcik tu nak melintas jalan sampai kena angkat tangan suruh kereta-kereta berhenti. Masa tu jarak I dengan pakcik tu adalah dalam 50 meter tak silap. Kesian I tengok. Walaupun pakcik tu dah angkat tangan suruh berhenti dan bagi laluan kat diri dia dan isterinya untuk melintas, kereta semua selamaba badak je bawa laju-laju. Tapi apa apa pun, pakcik dan makcik tu selamat melintas dengan tangan menunjukkan tanda tolong berhenti tu.
Makanya selepas pakcik dan makcik tu selamat melintas, tibalah giliran I. Uishh time I senang lah pulak. Kereta, lori semua perlahankan kenderaan bagi laluan dekat I. Dengan motor motor sekali. Kan motor selalunya kerek. Dia kalau traffic light rosak lagi suka, main redah je kan. I pun terfikir, kenapa kereta lori motor tu baiknya hati slowkan kenderaan dieowang. Segan pun ada bila ramai ramai berhenti macam tu. I tengok baju I. Ehh I pakai pink hari ni bukannya merah. Nak kata I seksi, I pakai tudung sama dengan makcik tu siap labuh sampai ke pinggang lagi shawl hari ni. Rupa? Tak cantik pun I ni. Perempuan? Makcik tu pun perempuan. Ohh mungkinlah sebab ada pakcik tu kot tu sebabnya orang tak bagi lintas.
Kesimpulannya kalau anda seorang wanita, kalau nak melintas jalan dan ada teman lelaki di sebelah anda dan kebetulan ketika itu heavy traffic, lepaskanlah genggaman tangannya dan melintaslah anda seorang diri nescaya anda akan melintas dengan senyuman bangga sambil melambai tangan kepada kenderaan kenderaan yang memberi laluan persis miss malaysia. Woohaaa!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOURIST SPOT IN KYOTO
ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...
-
Jangan buat main woooo keracunan makanan. Pertama kali I dengan Amirul kena. Umur 26 tahun kena keracunan makanan. Oh my!! Seksa gila. 1. U...
-
Assalamualaikum. OK! Sebelum kemalasan melanda jiwa baik terus update iternary dan budget untuk rujukan teman-teman. Hope it ...
-
Assalamualaikum. Bertemu kita lagi di entri #TravelDiary. Kali ni Aini dan Amirul pergi Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan menaiki pen...
1 comment:
wah.. kesimpulan sangat menarik ye. kite bagi A+ untuk part kesimpulan..
Post a Comment