Assalamualaikum korang-koring semua.
Ok finelah, tak boleh berselindung lagi dah. Yeah! Memang betul tekaan-tekaan korang, 23 Ramadhan petang I dah start berhijab. Ok bila nak tulis berhijab ni apehal sebak tiba tiba ni?
Ceritanya bermula..............
Actually I memang dah lama. Dah lama sangat berhajat nak pakai tudung. Adalah dalam 2-3 years back. Selalu ni main test test pakai tudung depan cermin rumah tu tapi test test test, pakainya tak juga. Sampailah dah tetapkan masa dah bulatkan hati nak pakai tudung on the 02/02/2011. Kenapa pilih tarikh tu? Sebab kononnya nak lah ingat bila tarikh pakai tudung. Lepas tu konon-konon dapatlah catit dalam buku sejarah genap umur 22 tahun, AINI BERHIJAB. Dah siap cakap kat kawan lagi iaitu HudaLuna & Kak HannaMaruku kita. Tapi tup tup bila sampai je date tu tak pakai pun. Alasan macam biasa ahh belum ready lagi. Memang serius weyh tak ready lagi. Lepas tu lagi sekali tetapkan tarikh 02/02/2012 konon-kononnya berhijrah bila umur genap 23 tahun.
Tetapi...................
Tak disangka sangka hari ke-23 orang Islam berpuasa menjadi tarikh berkeramat buat I. I pun tak tahu nak terangkan perasaan tu macam mana. Tau-tau lepas balik kerja terus sarung tudung sementara tunggu tunang yang bernama Apek datang ambil. Amboihh dah macam ada banyak tunang je gayanya. Haaa I ni boleh dikatakan masuk dalam kategori, "Tak pakai tudung tapi solat" tu pun banyak terbabas tapi at least dalam sehari ada ahh solat. Tambah-tambah bulan puasa ni, syaitan kena ikat kan, memang jaranglah nak terbabas. So bila jarum tepat je tunjuk pukul 5 petang, terus sarung tudung pergi masjid. Ye lah masjid dekat je kan dengan ofis.
Dulu waktu zaman tak matang (tahun ni juga), pergi masjid tak pakai tudung. Siap bangga lagi sebab tak hipokrit lepas tu beransur ansur sedar diri yang kita pergi masjid kena pakai tudung walaupun kat luar tak pakai tudung sebab bukan nak hipokrit tapi menghormati suasana majlis. Itu ayat I. Ayat orang lain, kira macam menghormati rumah ibadah kita. Tak hormat diri sendiri, hormatlah Dia yang satu. Tapi pelan-pelan I berubah, pergi masjid pakai tudung daripada pergi masjid tak pakai tudung. Ada sekali tu pernah pergi masjid pakai skirt dengan stoking kaki lagi. Malunya bila ingat ingat balik. Tak malu dengan orang tapi malu dengan Allah. T___T
Tapi hari tu hujan makanya tak pergi masjid, solat kat ofis je so suruh Apek ambil kat ofis je lah sebab biasanya kalau I solat dekat masjid I akan suruh Apek ambil dekat bank dekat situ je dan I bila keluar dari masjid tu mestilah pakai tudung juga sampailah I balik dah masuk dalam kereta baru buka. Tapi hari tu, paham-pahamlah kalau I solat dekat ofis je memang tak pakai tudunglah tapi hari tu I pakai tudung. Tudung dekat atas tu. Warna dia soft je. Tudung tu pun Apek belikan sebab nak pakai time pergi interview government hari tu. Tak tahu kenapa kali ni macam nekad. Betul-betul nekad. Dah tak kisah dah apa orang ofis nak kata, apa pandangan orang dan semuanya. Bukan tak kisah tau, tapi dia rasa kosong. Hati dan minda rasa kosong. Tak fikir apa-apa pun. Tak terlintas apa-apa pun. Tau nak pakai je. Bukan untuk hari ni sahaja tetapi untuk hari hari yang akan datang.
Apek pun terkejut. Tak sempat dia nak tengok rambut I buat kali terakhir. Kali terkahir dia tengok pagi yang dia hantar I pergi kerja tu lah. Tapi dia memang happy sangat. Ye lah, laki mana yang tak nak kan awek/tunang/isteri dia pakai tudung. Manis je muka. Mulai dari hari tu terus no holding hands. Kononnya no touching ah. Tapi over ahh kan kalau tak touch langsung sebab dah biasa kan. Macam Apek ni dia suka cuit hidung ah, cubit pipi lah, belai rambutlah. Nasib baik lagi 2 bulan je nak jadi halal. Tapi pegang tangan memang tak ada dah dalam kamus. Biasa kalau lintas jalan ada orang pegang tangan ittew tapi kali ni lintas jalan sorang soranglah.
I kalau boleh bila pakai tudung ni memang pakai betul-betul. Tutup dada kalau boleh. Tang baju tu mungkinlah ada tersendat sikit ke apa tapi akan diperbaiki dari semasa ke semasa sebab nak kahwin weyh mana ada duit nak beli baju. Ni pun Apek dah belanja 6 tudung sempenan penghijrahan ni. Terima kasih kekasih.
Ok! Pagi esoknya I pergi kerja I pakai tudung dengan tanpa berfikir 2 kali. Sebab dulu, niat tahan nak pakai tudung sebab takut orang orang ofis tak boleh terima sebab I kan duduk depan. Receptionist gitu. Bayangan I, mereka ambil I kerja sebab I freehair tapi bila dah tanya my rakan sekerja dia cakap pernah je ada sorang receptionist pakai tudung terus hati I bunga-bunga. Pagi semalam memang hepi sangat. Ramai sangat orang puji comel. Ramai sangat memanjatkan kesyukuran. Tambah tambah office boy dari bank, dari syarikat courier yang selalu datang sini. Yang tak menahan tu buka je pintu ofis terus tangan macam berdoa lepas tu cakap AMIN. Ada yang dulu datang tak bagi salam sekarang asyik bagi salam je. Ko tahu tak hepi dia macam mana? Sangat tau! Rasa macam dihargai sangat.
RASA MACAM BARU LAHIR!
Makanya dari hari itu, I bertekad nak menjadi muslimah yang baik. Nak memperbaiki diri dari semasa. Nak memperbaiki solat, nak mendalami lagi ilmu agama, nak hafal maksud di dalam setiap bacaan solat kita. Ni semua berkat doa dari tunang, keluarga, kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang I tak kenal tapi mendoakan supaya I akan berubah suatu hari nanti. Paling-paling I bersyukur, Allah tak pernah tutup pintu hati I nak berhijab. Yeah, I memang sembahyang, I memang bersedekah, I baca Al-Quran time free hair tapi tu semua tak lengkap. Bila I buat benda-benda tu I selalu fikir semua suruhan yang Dia suruh buat ni, diredhai ke sedangkan I tak buat benda paling wajib sekali iaitu menutup aurat. Menutup rambutku, menutup betisku, menutup dadaku. Tapi tu lah selalu pujuk hati sendiri, "Tak apa janji dah buat, terima tak terima biar Allah yang tentukan". Tapi sekarang ni bila fikir-fikir balik I memang selalu buat dosa lepas tu sembahyang minta ampun lepas tu bukak balik tudung-dapat dosa-sembahyang balik. Macam bulatan yang tiada hujungnya.
Anyway banyak sebenarnya nak share tapi rasanya kalau taip boleh jadi karangan 1juta patah perkataan nanti so I berhenti sampai sini je lah ya.
Salam sayang dari ittew. Ittew pun sentiasa doakan kalian.
26 comments:
love this!!!! aku cam terharu baca weyh!!!
T_____T tahniah ainee..
aku terharu baca ainee
terharu sgt!
aku pun even bertudung rasa mcm x sempurna dkt byk benda lagi
alhamdulillah ainee
aku bersyukur ko dah jumpe cahaya ko =)
wah tahniah.hehe. i pernah masuk masjid jamek KL tak pakai tudung.gile malu kene halau or else amik tudung yg dia sediakan.busukkkkk lak tu tudung2 tu.sbr je.masa tu i tatau nk masuk masjid kene pakai tudung.i tot ok la kan org nk smyg tak kisah la pakai tudung ke x.huhu.jahil2..
insyaallah lps kawin i pakai.doakan i jugak eh.slmt hari raya :)
alhamdulillah...
:(
saya terharu baca cerita awak.
saya pun bru bertudung dan ada kisah di sebalik itu.
nnt nk share cerita ni dekat my entry bole?
ENNA: Kalau terharu + nangis baru pakej lengkap enna. Ni semua berkat doa ko jugak enna yang aku tau ada doakan aku pakai tudung kan?kan?
OSHINZ: **nah tisu. Tu lah rasa bertuah. Tenkiu.
HUDA LUNA: Takpe huda. Kita sama-sama perbaiki diri. Mana ada manusia yang sempurna. I love kawan kawan macam ko ni yang pernah nasihat aku. =))
LISA: Tu lah. I ni tau kena pakai tudung tapi saja je buat tak tau. Konon bangga sangat freehair. Dulu ahh. Takpe babe, u pun pelan-pelan. Nanti bila u dapat cahaya tu, u akan rasa apa yang I rasa.
KAK EMIRA: =))
FEZAL: Kang meleleh air hidung tu kang. Nah tisu. Terima kasih sebab hepi untuk aku
tahniah diatas penghijrahan awak ni..sama-sama la kita berubah menjadi lbh baik ke jalanNYA..amin
-ur silent reader-diyana =)
FARHANAH: Awak share lah kalau ada kisah di sebalik awak pakai tudung. Saya share sebab tak nak kawan kawan saya tertanya tanya.
Nak share saya punya entri? Boleh kalau entri saya ni boleh dijadikan pedoman, dijadikan panduan, apa salahnya. Im honored. =))
DIYANA: tenkiu so much sweetie pie. U punya nama sama macam kawan yang pernah jadi kawan I dulu.
alhamdulillah sis dah betudung. im soo happy for u :D nanti time nikah pakai tudung alahai sweetnye :)
Alhamdulillah...i pun sebak baca entry ni.. tak tahu nak ckp apa lg..tp inilah yg terbaik utk kita sbg perempuan islam. Hidayah bukan dtg sendiri...kita yg kena cari. Tahniah!
Semoga kita semua semakin baik dr hari ke hari...
teringat entry i ni.. ^__^'
http://eykameow.blogspot.com/2011/03/7-mac-2011-salah-satu-niat-tahun-2011.html
i menaip dgn penuh perasaan! confident makin bertambah lepas pakai tudung ;)
eni.alhamdulillah.lepasni tgu ain lak okieeee :)
woohooo!
sebak hatiku baca post kamo kakak oi..
btw,ifa happy gila kakak dah bertudung skang!
alhamdulillah!
mmg saya nanti2kan saat ini~
sangat happy !
lps ni giliran ifa ye?XD
ATEYN: Heheheheh! Nikah mmg pakai tudunglah sayang.. Tu ahh sis dah tau dah nak pakai tudung macam mana time nikah cuma tak tau nak pakainya macam mana. Kena tanya kawan kwan yang expert. =))
EYKAMEOW: Maknanya u baru pakai jugaklah ni ehh?? Sebab I pun macam perasan u ada snap pic dengan Huda tak pakai lepas tu I nampak u pakai. I ingat salah orang tapi nama sama. Heheheheh! Eeee u ni comel betul. Geram tengok..
I dah baca entri u. Eeee sama macam I lah, lama pasang niat tapi tangguh tangguh. Kita je tau apa sbbnya kan?kan? Ehh ayat kita samalah tang bukan hari ni tapi untuk selamanya tu. Lebih kurang ah, heheheheh!
Tu ahh ramai org igt kita bertudung sebab dh nak kawin tapi bukan tu niat kita. Tu sebab I update belog ni nak bagitau kenapa I pakai tudung. Bukan sebab orang lain, bukan sebab kena paksa tapi semua ni datang dari hati yang ikhlas.
Moga kita dua akan teruskan perjuangan kita yang baru berhijrah ni. Anyway u comel nak mati ahh pakai tudung ke tak. Heheheheh! ada style
AIN: Ok! Akan aini doakan.
IFA: Eeee geli tau bila kamu buat ayat ayat terharu macam ni.
Haaa kamu bila lagi wahai adik kecilku? Jom ahh pakai sama sama. Boleh akak pau kamu nak beli tudung
sayang.. ALHAMDULILLAH!! dah berhijab mmbr aku sorg neee...
doakan aku weyh satu hari nnt.. taw??
wahhh!! i pun ada simpan hajat macam u. but tu lah, not ready. -__-" alasan!
Post a Comment