Friday, May 6, 2011

BERNIAGA TAPI TAK JUJUR


Hai Assalamualaikum semua.

Jujur!! Hari tu adalah dalam beberapa minggu lepas yang dah terlepas, I dengan Apek pergilah mencari telekung yang boleh buat I jatuh terguling guling, boleh buat mata jadi juling bila tengok dia tapi memang susah. MEMANG SUSAH! Memang susah nak cari telekung yang boleh buat I jadi extra hyper lebih dari hari-hari biasa. Dah penat jalan punya jalan punya jalan kat Greentown sampailah I dengan Apek sampai satu kedai ni. Telekung dia memang mak aihh cantiknya kerawang. Dah lah cantik, murah pulak tu. Kerawang banyak=RM75. Murah kan? Dah lah tu ada warna yang I dok cari. Nak tau warna apa? WARNA MERAH menyala yang oii. Merah cili. Bukan meron ke merah hati ke apa, ini merah yang memang rare lah kalau nak cari kat telekung.

Sebab apa nak warna merah?? Sebabnya macam satu kebetulan pulak semua barang hantaran I warna merah. Serius tak rancang langsung kot. Cincin batu ruby dah warna merah (ye lah kau nak expect ruby warna biru memang tak lah), perfume pun botol warna merah, kasut dengan handbag pun warna merah. Of course lah dah alang alang semua merah, telekung pun mestilah I nak warna merah kan. Itupun Apek cakap, kalau tak sumpah tak perasan nok. Sebabnya barang hantaran untuk I mestilah disimpan oleh Apek kan tu yang dia perasan tu. Asal buka laci almari je nampak merah, asal bukak pintu almari nampak merah sampai mata pun naik merah.

Ok! Sambung cerita. Bila I nampak je telekung merah tu perghh seronok gila macam time I beli kasut tu. DIZ IS IT! Tapi bila belek belek telekung tu, tengok tengok ada macam kotoran kat bahagian atas tu. Sikit je kotorannya tapi still ketara lah. I sebagai si cerewet of course ahh nak yang lain, nak yang bau baru bukak dari plastik kan so I tanyalah akak tu "Ada lain tak?", sambil buat muka paling kiut. Akak tu mungkin gabra akan kehilangan customer kalau dia cakap enggak ada dong makanya dia pun dengan pantas seperti pacat pergi belakang konon nak amik telekung stok baru. Lama! Lama gila kiterowang tunggu sampai I pun macam terjatuh suka dekat warna kuning. Banyak kerawang jugak.

Guest what? Dia datang dengan telekung yang sama tapi she's claim to be itu stok baru. Bila I dengan Apek pegang macam lembap lembap gitu. Nampak sangat dia cuci kan?? Then dia cakap kotoran yang lain tu boleh basuh kat rumah. I macam "OKAY! Saya nak yang tadi tu lah sebab yang ni atas dia macam dah terkoyak", ohh tidak lupa buat muka comel blur blur gitu. Mungkin gonyoh lama sangat tu yang sampai terkoyak kot kat atas tu kot. Then dia macam terkejutlah I nak yang tadi first-first punya, serious nampak gila muka terkejut dia dengan anak dia. Lepas tu konon-konon dia pergi belakang lagi sekali nak ambil telekung yang first-first I tengok tadilah padahal telekung stok lama dengan stok baru adalah telekung yang sama. Lepas tu I dengan Apek pun tunggu lah lagi. Guest what? Dia cakap dia dah basuh telekung yang kotor tadi tinggal telekung stok barulah sangat tu je.

Tengok! MENIPU! BERNIAGA TAPI TAK JUJUR.

Apalah salahnya mula-mula tadi dia cakap je itu stok last, tak ada stok baru. Serius, I akan beli kot sebab dah teruja dah dapat jumpa telekung yang diidam-idamkan tapi sebab dia tak jujur, dia menipu dan takut akan kehilangan RM75 jika bersikap jujur makanya sayonaralah kak, saya lebih rela cari kedai lain daripada beli dengan orang yang tak jujur macam akak ni. Nak meniaga kenalah jujur, barulah berkat.

Kesimpulannya, WEYHH SAMPAI SKANG TAKDE TELEKUNG NI! MANA NAK CARI WEYH? I KAN OVER, NAK BANYAK BANYAK KERAWANG YOU TAPI NAK MURAH. ADO? ADO? NAK WARNA MERAH CILI PULAK TU. So siapa ada nak pergi travel ke bandung?? Ohh baru teringat ada kawanku belajar Medic di sana. Nak sergah Fariza sekarang. Chow!


P/S: Yes! Akhirnya cincin batu merah Apek dah beli semalam dah tapi Apek bukan ruby okay, lupa nak tanya pulak nama batu tu. Mungkin nama batu tu 'Phoenix of Fire' kataku kepada Apek. Apek boleh pula gelak bila I cakap tu nama batu tu. Betui ahh, tak caya pulak. ^_^

11 comments:

Neysa Viviana said...

ada gak org kedai pangai mcm tu kan. tah paper jer... tapi mmg susah wei crik telekung kaler2 ni.

Ainee Cumi said...

CTIE-K: Tu ahh sanggup weyh menipu. Teruk betul.. Aku bukan nak cari telekung yang color color tu weyh, aku nak kerawang dia warna merah

Huda Luna said...

haha aku leh byg muka gabra dia tu mcm ne

zaza. said...

makcik farizza dekat jakarta lah. haha. info tak betul you nih. and dentistry tak salah. jom jomm I teman you cari telekung dekat bandung, you baya all expenses! AHAHAHA.

iedchan said...

betull..i tak ske jugak peniaga tak jujur...ishk2...sabar k..

I folo u dear okay..hehe..i b2b jugakk..:))

Pije. said...

bako je u!bako jeeeee!

Ainee Cumi said...

HUDA: Terkejut kot. Ahahhah!

Ainee Cumi said...

ZAZA: Ye lah malas ahh nak tulis Jakarta semua. heheheh! Medic=dentist. Ahahhaha! Lagi satu buat apalah nak terbang pi bandungs ana untuk telekung tu plus kena sponsor u amboihh melampau ya kamu kawan. Belanja mcd boleh ahh. hheheheh! I dah roder kat farizza dah. =))

Ainee Cumi said...

IEDCHAN: U pun B2b? Ok I list u dekat my beloglist under orang lain nak kawin, I yang sibuk.. Heheheh!

Ainee Cumi said...

PIJE: Sumpah rindu lu ahh minah gila.. I bako u je lah, ok?

Fafau De Craft ( Zana ) said...

eyy...trknya!xpe..nnt crk tmpt lain k...

Kedai Runcit Online

I ni jenis pemalas betul nak keluar dari rumah. Kalau boleh semua nak orang belikan buatkan hantarkan and etc. Masak bolehlah rajin jugak ...