Saturday, April 16, 2011

Tudung Bawal VS Shawl


Memandangkan hari ni konsert Justin Bibir, nah tataplah gambarku dengan buku budak Biebier ni puas puas. Tak! Tak! Im not the bieberer, ni buku kawan adik I lah. Agak ahhh I fanatik sangat kat Bieber. Lagi minat I dengan Justin Timberlake kot. Ahahhhahaha! Tapi lagu lagu budak kecik ni memang sedap. I like..


Hari ni sahabat rapat I buat kenduri tahlil. I ni biasa ahh tukang nyemak kan memang orang pertama ahh sampai umah dia walaupun agak lewat sikit still orang pertama. NI semua sebab dok lilit lilit pashmina sebab weyh nak attend kenduri tahlil kot, agak ahh kalau freehair pun respect ahh sikit kan. Siap tengok video Maria Elena lagi cara cara pakai pashmina. Sumpah tak tipu tapi resultnya hampeh. Serabai nak mampos, respek betul gadis gadis yang pakai tudung lilit sana lilit sini tu. I ni?? Ambil masa sampai 30minit pun still tak jadi jadi okay!!! So terus pergi rumah Ain, mintak pinjam tudung adik dia je sebab kat rumah ada tudung pashmina tu satu je sebab adik perempuan dah angkut semua tudung dia pi kolej lepas lepas tu terasa tudung ibu seperti tudung orang tua sangat ahh pulak. So yeah off to rumah Ain.


Mula-mula Ain bagi shawl. Eeee tak mau shawl sebab tak bawak anak tudung. Lepas tu dah pening tak tau nak pakai tudung apa sekali nampak tudung bawal tersadai kat penyampai terus cakap kat Ayu nak pinjam. Perghh gila heeaven ok pakai tudung bawal. Senang, ringkas and sangat selesa.


Selesa sangat pakai tudung sempena nama ikan bawal ni. Tak yah susah susah lilit sana lilit sini. Oh yeahh besides me is my mak datin Ain okay.. Bling bling gitu tudung you datin. I like!!


What pandang-pandang???
Tudung Bawal VS Shawl yawww..


Terima kasih ahh Datin Ain, susah susah je bagi I ni makan banyak-banyak tapi daging ko juga yang habiskan sebab aku tak suka makan daging kan?? Eeeee lama tak jumpa, tadi jumpa best gila okay. Lepak lama gila walaupun lepak dalam rumah je. Miss u like hell and trima kasih daun keladi ada budi gua balas balik for that eye lash curler. Aku akan make sure bila aku lentikkan bulu mata, aku akan teringat kat ko. =D

Best taw kenduri tahlil ni. Ada banyak makan. Ada laksa, ada keohteow, ada cendol, ada roti jalan. Macam-macam. Bayangkan I makan banyak gila sampai kena pastikan esok joging selama 30 minit lepas tu jalan laju-laju selama 30 minit supaya apa yang makan tadi akan terbakar dengan jayanya dan tak sempat menambahkan lemak yang dah sedia ada.


Ini rupa I bila pakai tudung lilit lilit sumpah amik masa gila lama okay nak bersiap. Lain kali dah tahu dah kalau malas dan dah lambat sangat nak siap, silalah pakai tudung bawal yang sekarang ni I rasa dah jarang beno orang pakai. Semua orang pakai shawl je skang, apa barang derrr pakai tudung bawal kan?? Tapi weyhh gua kagum ahh dengan kenikmatan pakai bawal, serius cakap ahhh.




Ohh ini rupa lepas habis kenduri. Belemuih. Muka penat gila sebab penat melayan tetamu. I sebagai kawan yang paling baik sekali manalah boleh datang dan makan je mesti ahh kena tolong sekali kan?? Ohh bout the hijab, we'll both will wear it soon. Really soon. Just takes time je. Yeah, kalau bagi alasan tak bersedia lagi kang habis kena tempelak kan its all about ketentuan Allah, Allah dah suruh pakai, pakai ahh kan but then bukan tak nak pakai langsung, just.. Aihh susah nak kata. Btw,
Doakan our heart tak pernah tertutup untuk menutupi aurat okay.. (^_^)

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...