Sunday, February 20, 2011

SURVEY DEWAN

Hai hai. Hari ni lepas je tengok DVD cerita Arthur terus bersiap nak keluar dengan Apek sebab konon-konon nak ukur dewan lah sangat. Mula-mula ingat nak pergi Silveritage lepas tu terlalu satu bridal house yang Kak Ika suggestkan. Apa lagi berhentilah kat situ kejap tanya harga pelamin semua. Cantik! Uptodate! Yang kurengnya tak ada pakej so bila tak ada pakej makanya harga mestilah mahal sikit kan tapi memang berbaloi baloi ahh sebab terus deal dengan owner dia which is Kak Awa. Memang best! memang uptodate. I nak pelamin roman and they have it. Maju dowhh Ipoh rupanya. Pelamin sahaja Rm2300. Tapi oklah bagi I sebab I suka sangat. Serius tapi still nak survey srvey lagi nanti bulan 5 baru kasi ikat terus. Then dah tanya punya tanya kiterowang gerak pergi Silveritage but then ada kenduri kat situ takkan ahh nak masuk pulak kan buat muka cam tak malu walaupun I dengan Apek memang pernah buat kerja gila but weyh ni dah 2011 kot jangan buat kerja merepek lagi ok so kiterowang pi ahh Dewan Umno which is sebelah Casuarina Hotel.

DEWAN UMNO

Ni lah dewannya dari luar. Apek cakap kalau ajak orang PAS ni mau tak masuk ni. Lawak! Lawak! This is a wedding lahh, bukan politic ahh. Kang tak pasal time wedding I ada sesi debate pulak kang.

Entrance..
Ok first first masuk dah reject dah sebab tengok lantai tak ada karpet. Tak mau! Saya nak yang ada karpet lah. Pintu dia pintu automatik tu.

Dalam
-Ok hari Isnin ni nak call tanya ada tak dewan lain selain daripada dewan ni sebab Apek cakap dulu dia ada buat function kat atas, ada carpet so Isnin ni kena call ahh tanya Puan Aziah.


Lepas tu pergilah Hotel Seri Malaysia pulak.. Belakang Dewan Umno ni je. Teehee! =D


DEWAN HOTEL SERI MALAYSIA

Ni pandangan dari luar.

DALAM
-Pandangan I ehh? Pandangan I dia agak kecik sikit. Mungkin agak sempit tapi sebenarnya itulah yang I nak sebab my wedding ni realy private. Ajak pun sikit sikit je. Tak lebih daripada 400 orang. Serius! Press pun tak boleh masuk woo (nak budget Marion Counter gak). Hanya orang yang dijemput je boleh datang. Ecehh! Kira macam orang orang yang banyak bagi support dalam life I ke banyak bagi impact dalam life I ke itu memang menjadi keutamaan untuk menjadi tetamu I lah. Tapi tu lah kebaikan dia banyak parking space tapi kelemahan dia pulak ruang dia agak sempitlah. Itu je! But akan dipertimbangkan.


Lepas tu Apek dahaga. Gedik betul my Apek ni tau, dah lah tak habis-habis puji sedap sedap sup kambing yang ibu Imasak & bungkuskan untuk dia. Suka beno kambing tau dia ni. Nak cakap penggembala kambing idaklah pulak. Kalau perli orang pun guna perkataan kambing jugak. Apek! Apek! I love u lah cayang walaupun u love your kambing very the muchie.


<3

Haaa waktu ni kat Mcd, Medan Gopeng. I kan makan banyak and my favorite order would always be Happy Meal sebab dapat mainan free. I like sangat. Kali ni musim doraemon so dapat benda yang main masukkan gelung dalam air tu. Tapi I order 2. Satu beef burger satu chicken burger. Banyak makan gila kan? I tau. Apek macam biasa ahh order dia punya BigMac..

Time ni berusaha bergosip dengan Apek. Cerita pasal apa tak tau. Apek pulak main tangkap tangkap gambar pulak. Belasah kang baru tau. And we discuss about the pelamin that we want on our BIG DAY. Dah tahu konsep macam mana nak dah, dah tahu dah kerusi macam mana yang kiterowang nak. And kiterowang dah sketch dah pelamin tu just like we did on our engagement day. Sketching je kerjanya. Mangsanya YM lah mesti. Yeah. We love to communicate via YM pretending to be designer and client. As usual im the fussy client and Apek is the loyal humble patient designer. Hehehehe! Opss, sorry guys, I tak boleh tunjuk lagi the design. Nak dekat dekat karang baru tunjuk ok. Tapi serius suka sangat. Macam nak tengok banyak banyak kali je. Actualy Im thinking of nak buat satu design pelamin yang baru macam pelamin tunang I hari tu without copying others but then source sangat terhad, takkan kiterowang nak buat pelamin sendiri lagi. Matilah! So we just opt for the lastest designs but all time favorite gitu. Kalau ikutkan design dalam otak I ni, I nak ada letak picket fence lah atas pelamin tu then ada air pancutlah then ada peti surat ala ala english tu lah, a lot of white butterflies and white flowers. Wauu!! Tapi memang impian tinggal impian je lah..=))

Waktu ni Apek tengah sketch kad kahwin. I cakap kat dia I want something pure, classic and elegant. Lepas tu something yang dapat membayangkan konsep wedding kami on that day. Haaa cenggitu.. Pening Apek dengan I yang cerewet gila ni but then dia dah sketch and I suka sangat. Love it! Kalau tak surely Apek pening sebab dia kena amend banyak banyak banyak kali sampai I puas hati. Yeah, I am Fussy!


And then dah habis makan semua kiterowang pergilah Silveritage but then memang hampa seribu kali hampa Silveritage punya dewan dah kunci. Alahai, hampanya. Makanya snap pic dari luar je lah.


SILVERITAGE HALL

PORCH
Kalau kat Silveritage ni dah dapat bayangkan dah kat depan tu nak letak frame besar besar gambar kiterowang dua. Kiri & kanan. Actually banyak ahh benda nak DIY ni. Tapi tu lah kelemahan silveritage ni parking susah nak cari.


Ok nak tahu tak sebenarnya kiterowang nak buat reception dekat mana??


Taraa! Nilah Town Hall kalau nak tahu. Cantik kan? Deposit semua pun dah bayar but then luar je cantik gila dalam dia hampeh tu yang terpaksa cancel tu. Tapi serius ahh lawa ah TownHall ni. Agak keciwa jugak lahh bila cancelkan reception kat sini. Lawa kan? Parking pun senang.


Ni dalam dia. Waktu booking tu tak tengok pun dalam sebab luar macam dah lawa gila kan so kiterowang expect macam dalam sure ahh lagi lawa kan so mahal sikit pun takpe sebab macam berbaloi baloi lagipun my mum nak sangat buat I punya reception kat sini. And my mum pun tak pernah masuk dalam dewan ni rupanya. First thing yang I reject of course tak ada carpet. Weyhh tak ada carpet weyh? Tak leh terima tak boleh terima. Then lagi satu, space dia terlalu besar. Syiling dia terlalu tinggi. Banyak benda kena cover. Nanti tetamu masuk nampak kosong je dewan. Tak syiokk ahh. Then jarak tempat makan dengan pelamin jauh sangat. Nampak my pelamin very the tiny karang. Dun like! Dun like! So TownHall walaupun cantik di luar, dalam out. I rasa management should reconsider of re-beauty this hall. Letak carpet ke then the dinding letak wallpaper putih ke instead of the wooden sebab wooden tu pun macam dah terkopak kopak je Apek dengan I tengok. Hall ni memang banyak sangat orang booking. Kalau nak booking make sure setahun sebelum tu terus je book kalau dah berkenan sangat. OK?

So, TOWN HALL reject. Tengah dalam proses minta deposit balik.

Makanya, itulah acara I dengan Apek pada hari ni yakni semalam sebab waktu nak publish ni dah pagi dah pun. So dewan still tak decide lagi. Apek suka Silveritage, I suka Seri Malaysia. We'll see which one is better. We will consider the pro and cons.

WHAT DO U GUYS THINK? WHICH ONE IS BETTER? OR DO U HAVE ANY OTHER SUGGESTIONS?

No comments:

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...