Wednesday, August 4, 2010

Piknik Kejutan Untuk Apek

Peanut Butter+Chocolate=US

Dear belog diari, apa bikin hari ni??
Lama kan I tak geletek-geletek u. Kelmarin pun I update sikit lepas tu tempek gambar bday kek Apek je kan? Janganlah marah, semalam bz sangat lepas tu penyakit kemalasan melanda sebab sekarang ni rumah tak ada internet sebab nak upgrade pergi Unipack. Ehh rasanya kalau tukar pergi Unipack tak layak panggil upgrade kan?kan? So kena tukarlah ehh jadi undergrade. Tak sedapnya bunyi itu wahai belog diari. Tapi tak apa, sebab murah woohh. RM38 sebulan, siapa tak nak kan?kan? Pau sorang Rm10 dalam rumah dah boleh bayar duit internet. Bijak tak saya? Siap boleh beli coki-coki lagi duit balance tu.

Hari tu kan, hari Ahad lepas lah, kan ke rutin harian I sekarang ni menghantar adik ketiga I (Iqa) balik Kolej dia kat Sungai Siput tiap-tiap minggu kan, maka I dah plan nak berpiknik bersama adik-adik I dan tak lupa juga mestilah ajak Apek. Habis nak dekat RM150++ jugaklah sebab beli kek hari jadi Apek lagi, beli telurlah, sardinlah, timunlah, tomatolah, party packlah. Macam-macam! Tapi tak apa, sebab suprisenya menjadi walaupun eddie cakap FAIL!

Mula-mula rancang dengan Iqa dan Ifa je tapi Eddie pun nak ikut sekali. Apa lagi! Layan je lah. Gabra gila kiterowang takut Apek perasan kehadiran kek dalam bonet kereta. Tapi kiterowang kan pro, kiterowang tutup kek Apek tu dengan cadar. Pandai tak? PANDAILAH MESTI!! Kiterowang lepak dekat dengan Zoo Taiping. Tapi tak bestlah kat situ, tak ada angin. Panas gila! Lepas dah habis set up semua, I berpura-pura nak amik barang dalam bonet kereta, lepas tu I bawaklah keluar kek menuju ke arah adik-adik I dan Apek yang tengah dok belek-belek kamera lepas tu dari belakang dia I tunjuk kek kat depan mata dia. And yeah! SUPRISE!!!! Nasib baik Apek betul-betul suprise. Cuma tak ada adegan menangis je, kalau tak mesti A+ punya filem I. Box office wa cakap lu. Itupun nasib baik I halang Eddie bawak tepung gomaklah, telurlah nak lumur lumur kat Apek. Nasib baik tau!

The Picnic Basket


Raksasa-raksasa pada hari tu. Adik pegang watak jahat, Apek pegang watak baik tu sebab mask adik lagi banyak dari Apek sebab adik cakap dia dah bunuh semua kawan-kawan Apek maka dia dapatlah mask tu kononya macam satu kuasalah. Kelakar je tau!


Ifa dengan kemeriahan bunyi


Lepas dah habis makan-makan, perut dah kenyang terus pergi Taiping Central. Nak tahu kenapa-pergi-sana-siap sesat jalan lagi-tu tapi gigih juga nak pergi sana sebab nak realisasikan impian Iqa nak main roller blade. Sumpah menggigil dengar roller blade sebab dah 10tahun tak main. WEYH! 10TAHUN BABE! Kalau tak makan 10tahun pun boleh lupa cara nak makan weyh, inikan main roller blade. Terkangkang den. Tapi memang best pun. Sekali masuk Rm10 tapi yang kurengnya dekat Roller Blade Center tu kasut dia tak dijaga dengan elok. Tak bersih langsung. Busuk yang amat weyh! Bau tahi lagi wangi weyh. Korang tau tak bau cekam? Haa menusuk nusuk kat hidung kiterowang ni tau. Siap basah dengan peluh lagi tu. Pergh!! Letaklah hairdryer ke penyerbur kaki jenama school ke kan?

Kalau pandai main roller blade ni bolehlah masuk tournament Ice Skating kan?


Ifa ada skill wooo! ADA GAYA!!


Tapi Eddie dengan Apek of courselah tak main roller blade tu kan, dieowang pergi main snooker lepas tu tangkap ikan apajadah tah. Punya semangat cerita kejayaan dieowang tangkap ikan kat kiterowang lagi. Tapi dieowang cakap meja snooker dia tak best. Tak licin, bola geli-geli.

Ni lah sweater yang I hadiahkan kat Apek. I LIKE! Abaikan muka Apek dan Eddie yang terencat, fokus pada sweater.


Dah macam pukul 6 macam tu, kiterowang pun hantar Iqa pergi balik Sungai Siput. Celcom Broadband yang Iqa baru beli Sabtu lepas tak boleh pakai, maka kena pergi tukarlah untuk dapatkan balik duit. Tu lah, siapa suruh duduk pendalaman sangat. Nanti kita cari broadband yang boleh dapat line kat perkampungan dalaman tu ehh!

Panjang tak cerita I kali ni belog diari?? Panjang kan? Nama pun diari maka awak kenalah terima hakikat yang tuan awak ni suka membebel panjang-panjang. Lepas tu dahlah gambar lain banyak-banyak ada dalam kamera Apek. Tak suka bila keluar ada 2 kamera. Susah! Dahlah pc kat ofis I ni tak boleh read camera Apek punya format.

7 comments:

Ainna Jalil said...

sengal gila apek ngan eddy
kau main skate katne??
nak pergi!!
oh! happy belated to apek!! :)

zra TheRARA said...

sukenye! nak juin piknik! :D

Ainee Cumi said...

enna: mereka memang sengal. AKU TAK TAHAN DENGAN PERANGAI 2 EKOR LELAKI DURJANA TU!

aku tak main skatelah der, aku main roller blade dekat TAIPING CENTRAL! Jom! Jom! turun ipoh jom pi sana

Ainee Cumi said...

zra: piknik kat depan tasik taiping tu serius tak best, panas! bukanlah kat depan tasik tu tapi berhampiranlah

cha said...

haha so sweet.good idea jugak piknik cmni.tp kalau kt kl nk piknik ktneeee waaaaa

Ainee Cumi said...

k.cha: ahahahah! piknik dekat taman KLCC lah..heheheheh!

Pije. said...

i pun dah downgrade pegi unipack.
netbook comel oooh.

hihik.
sweater apek tu cun lah.
i mmg fokus kan sweater je.memang.memang.

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...