Friday, August 6, 2010

Chandelier Budget Baik Punya

Hey belog diari. Whazzup??

Hari ni bila I jalan-jalan kat belog orang yang dah nak kahwin kan, ada sorang kakak ni post pasal benda ni yang dia jumpa kat Design Sponge. Memang budget gilalah, kalah destinasi budget wohh. I pun nak jugak budget-budget ni. Jimat duit boleh fokus kat benda lain. Sebab I memang nak sangat ada chandelier kan maka kenalah cari tempat sewa yang murah. Kalau nak beli pun, kena pergi Nilai 3(ada orang cakaplah kat situ murah) tapi risau jugak kang pergi-pergi muka sememeh hampa sebab tak ada chandeliar murah. Semua stok mahal je, macam mana?

TAPI NAK BAGI I SURUH I BUAT DIY DIY NI MEMANG MUKA TAK LAYAKLAH KAN!! NASIB BAIK ADA SI APEK YANG PANDAI BAB BAB NI SAMPAI KEBANYAKAN BARANG YANG DIA BAGI KAT I SEMUANYA DIY DARIPADA BOOKMARK, KAD BIRTHDAY, LUAHAN PERASAAN. Semuanya handmade wohh! Suka sangat dapat BF yang kreatif macam dia tu. Tapi mula-mula I kenal dia memang tak percayalah dia tu pandai lukis semua sebab tengok muka tak macam budak seni langsung! Tapi sekarang dah berjaya jadi Graphic Designer maka apa yang tak percaya lagi kan? Kenalah percaya walaupun sampai sekarang macam Eeee macam manalah I boleh dapat budak sweet lagi kreatif macam Apek tu. Layak ke dengan I yang ganas ni?

DAH! DAH! SILA PROCEED! Membebel plak dia.


Cantiknya alahai! Padahal buat dari kertas lilin je weyh!


MARI BELAJAR CARA-CARA BUAT "brenna’s paper capiz shell chandelier"
**brenna tu nama founder capiz shell chandelier ni.

Ni perbezaan shells sebenar dengan shells yang diperbuat daripada kertas lilin. Tak banyak beza pun cuma yang real punya kalau kena angin adalah bunyi yang sedap macam bunyi klingklingkling gitu tapi kalau kertas memang ajaiblah kalau keluarkan bunyi kan?


Bahan-bahannya:

- Tempat gantung pokok gayut-gayut (I tak reti nak panggil apa tapi dalam English dia dipanggil hanging planter basket)
- white spray paint
- Riben
- Gunting
- 1-2 gulungan kertas lilin
- 2 big pieces of parchment paper<=serius tak tahu apa minatang ni? parchment??pacman I tau lah! Tapi baru tanya apek tadi dia cakap kertas ni macam warna kertas lama-lama gitu.
- Seterika
- Gam Pistol supaya boleh main tembak-tembak, stick glue
- Circle cutter
- Tikar Pemotong



OK! Dah ada bahan-bahan dia semua kan? Gilalah! Bahan-bahan ni semua tak sampai RM50 kot.


Jom belajar cara-cara buatnya.

PERTAMA
Haaa ni lah tempat letak pokok gayut-gayut tu. Apa namanya? I nak panggil bakul bawang boleh tak? Haa mula-mula sekali spray bakul bawang ni dengan spray putih lepas tu biar dia kering. Macam mana nak tahu dah kering ke belum, caranya letak jari kat bakul tu lepas tu kalau agak-agak jari korang tak ada warna putih, HAAA ITULAH TANDANYA! ITULAH TANDANYA! ITULAH TANDANYA DIA DAH KERING!


KEDUA
Haaa sementara nak tunggu dia kering tu, bolehlah ya anak-anak semua buat kulit kerang tu menggunakan parchment paper. Letak 2 helai kertas parchment paper tu dekat atas iron board

KETIGA
Potong 3 lapis kertas lilin. Brenna tu dia potong size 18" maka kita pun kenalah ikut cakap sifu, potong juga 18" ok! Lepas tu susun kertas lilin dengan kertas parchment tu secara selang seli. Alah macam susun sandwich katanya si Brenna tu. Fungsi kertas parchment tu untuk bagi lilin meresap ke dalam lapisan kertas partchment tu di samping memberikan kertas lilin tu permukaan yang halus gitu selembut sutera nyah!


KEEMPAT
Lepas dah habis susun lapis lapis, bolehlah iron dia. Jangan pasang suhu panas-panas, kang terbakar tak jamin ehh! Pasang yang very the loowery. Lepas tu pelan-pelan keluarkan kertas lilin tu di antara kertas partchment tu tadi. Ulang proses yang sama.=))


KELIMA
Dah habis iron tiga-tiga lapis tu, tibalah giliran untuk potong dia bagi bentuk bulat-bulat. Tapi ada ke jual pemotong versi bulat-bulat ni kat Malaysia ni? Kat mana ehh?? Kat mana ehh?? Haa dia suruh potong 2 1/2 inci. Kan tadi dalam salah satu bahan ada karpet pemotong kan? Haaa karpet tu kita guna untuk selefontape kertas lilin tu atas dia so dat tak adalah dia main lari-lari dengan kita, lepas tu simen rumah mak kita pun tak adalah calar balar kan? Kang ngamok mak kita tu kang!


KEENAM
Dah potong-potong habis benda bulat tu, kita kena potong riben pulak. Perghh!! MEMANGLAH PENAT BUNN!! Panjang riben tu bergantung pada diri kita sendiri dan macam mana kita attach riben tu kat bakul bawang tu samada single or double strand. Brenna dia buat antara 7 (single) & 16 inches (doubled). Korang boleh gantung riben tu kat bakul guna gam kalau single straid ataupun simpulkan macam gambar kat atas ni.

***REMEMBER!! MULA DARI BAWAH KE ATAS TAU NOT THE OTHER WAY ROUND!


KETUJUH
Ok! Dah penat tempek ikat riben tu kat bakul bawang, jangan putus asa! JANGAN PUTUS ASA! Sikit je lagi nak habis tu. Ingat tak step 2-5 tadi? Haaa kerang tipu-tipuan tu kan, haa ingat pun lagi. **Bagus! Bagus! Tepuk tangan untuk diri sendiri sebab berjaya sampai peringkat ni!...

Ambil gam tembak tembak tadi, make sure gam tu panas so dat dia dapat melekat dengan kuat. Ehh ye ke? Haaa tempek gam dekat hujung-hujung kerang tu je then tampal dieowang secara bertindih tindih macam gambar kat atas. Biasanya dekat riben tu ada 2-3 kerang je. Nanti kita tengok hasil dia yang last mesti nampak setiap string ada 2-3 kerang sahaja. CUN WA CAKAP LU!!

**INGAT! MULA DARI BAWAH OKK!!!


KELAPAN
Sekarang boleh loncat kegembiraan sebab dah settle. Yahooo!!! Cuma nak bagi cantik, bolehlah letak lampu kecik comel kat dalam tu. Pandai-pandailah setting. Dah selesai semua, duduk atas sofa sambil mengeluh panjang dan bolehlah bangga dengan diri sendiri sebab berjaya buat Chandelier cun tapi dalam budget.



HASILNYA

Tak ada lampu

Bila ON lampu!


Cantik kan? Siapa buat, dia hebat maka kalau siapa nak rasa diri hebat maka kena buat untuk buktikan diri hebat.

6 comments:

Anonymous said...

camne nk letak mentol yer???

Ainee Cumi said...

Letak kat tengah tengah. Ikat dia. Ataupun boleh letak lilin

GlowIn TheDark said...

Sis, bole tau x kt mne nk dptkn wax paper tu.. :-)

Ainee Cumi said...

Hai.. Wax paper tu boleh dapatkan kat mana mana kedai buku atau supplier kertas.

Dalam bahasa melayunya kertas minyak.

Iera Lee said...

kat mana jual cutter tu ek? ada tak size 10cm lebar x 4cm tgi?yang manual ade tak?

Ainee Cumi said...

IERA LEE : Cuba search kat goggle. Taip Cutter Circle. Kat situ ada list supplier. =)

TOURIST SPOT IN KYOTO

ARAHIYAMA 1. ARASHIYAMA Jangan lupa singgah dan duduk santai-santai di tepi sungai berhampiran Togetsu-Kyo Bridge. Serius mendamaikan...