Thursday, August 19, 2010

Dapat kad rayalah weyh! KORANG ADA?


Bila I amik Apek pagi ni, Apek terus hulur kad raya. WEYH! KAD RAYA! KAD RAYA WEYH!! Macam dah lama gila tak dapat kad raya.

Dulu waktu zaman sekolah, poyo gila sanggup tu pergi Super Kinta yang dah bankrup tu nak beli kad raya nak bagi kat kawan-kawan sebab ingatkan kalau dah bankrup kad raya akan menjadi murahlah kan kalau beli kat sana tapi cis hampa memang hampa, harga sama je, tak ada bezanya! Lepas tu semangat kat rumah tulis ucapan panjang berjela konon nak mintak maaf dari hujung rambut ke hujung kaki sebab banyak mencarut, banyak mengeluarkan kata kata pedas lalu hati kawan terbakar. Paling tak boleh blah, I rasa ayat feberet I ialah "Aku nak mintak maap dari hujung rambut yang wangi ni sampai hujung kaki yang tak busuk ni". PERLU KE KO NAK MENTION PASAL BUSUK KE TAK RAMBUT DENGAN KAKI KAU? MINTAK MAAF SUDAH! Malu shit kalau teringat. Heheheheh! Sampai sekarang kot I simpan kad-kad raya yang kawan I bagi. Ada tu siap suruh balaslah apalah tapi selalunya bila I dah semangat tulis semua kad I simpan buat perkasam sebab malas nak pergi beli setem dan pos.

Best kan zaman kecik kan?? Kan?? Sekarang ni korang tak ada hati ke weyh nak bagi I kad raya selain dari si Apek tu. Dah lah si Apek tu setelah 5 tahun kapel, baru la ni dia nak bagi kad raya. Tapi tak apa, kad raya tu HANDMADE OHHHH!!! Cantik sangat! I suka! Terima kasih bee honey. Tahun depan nak lagi yeah.

No comments:

MY FIRST LA SENZA

Hampir sejam jugaklah Apek menunggu kat luar sebab isterinya dok test test the perfect one. REVIEW LINGERIE LA SENZA 1. Best gila 2. Des...